Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 18 Dec 2012 09:01 AM PST

Maut dipercayai didera

Posted: 17 Dec 2012 11:14 AM PST

ALOR SETAR: "Ketika berbual melalui telefon bimbit ibunya malam tadi (kelmarin), dia memberitahu mahu pulang ke rumah kerana rindu neneknya. Tak sangka pula ia perbualan terakhir kami," kata Norhanisha Othman, 23, ibu saudara Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang mati dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.

"Polis akan menyiasat dari segala sudut termasuk kemungkinan mangsa menjadi mangsa dera hingga menyebabkan kematiannya, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes," katanya ketika dihubungi. Norhanisha berkata, kakaknya, Nurhafiza, 25, yang juga ibu mangsa menghubungi keluarganya bagi memaklumkan anaknya terjatuh dari tangga sebelum dibawa ke sebuah klinik.


"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan sebelum kes dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya.


Menurutnya, sebelum ini arwah pernah mengadu dipukul ibunya dan suspek yang berusia 20-an, malah terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya setiap kali pulang ke rumah ibunya di Flat Simpang Kuala, di sini.

Norhanisha berkata, arwah dijaga oleh ibunya, Padzilah Ismail, 46, sejak dilahirkan sehingga kini disebabkan kakaknya yang bekerja sebagai pembantu restoran sudah berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, ketika mangsa berusia lima bulan.


"Muhammad Faiz memang tinggal dengan ibu saya, tetapi sejak beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang ke rumahnya selepas mengenali lelaki terbabit yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Malah, saya pernah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas menemui beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini.


Padzilah pula berkata, dia terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan cucu sulungnya yang sepatutnya pulang ke rumahnya semalam, walaupun baru dua hari kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan lelaki terbabit.


Menurutnya, dia sememangnya tidak merestui hubungan anaknya dengan lelaki terbabit kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.


"Saya menghalang mereka berkawan rapat. Apa yang saya bimbangkan selama ini akhirnya berlaku apabila cucu saya menjadi mangsa dan meninggal dunia dipercayai akibat didera.


"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku, tetapi pasti akan merindui arwah kerana dia seorang yang petah bercakap, aktif dan comel," katanya. Dalam pada itu, Iskandar berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak tunggalnya itu selepas Aidilfitri lalu berikutan Muhammad Faiz dijaga keluarga bekas mentuanya.


"Saya terkejut apabila dimaklumkan arwah meninggal dunia dan tidak menyangka perkara seumpama ini berlaku, malah langsung tidak tahu mengenai hubungan bekas isteri dengan lelaki itu. Namun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya dalam nada sebak.


Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai, di sini, pagi ini.


Dalam pada itu, pekarangan luar wad kecemasan HSB kecoh apabila datuk dan ibu saudara mangsa berang terhadap suspek.


Suspek yang dilihat menaiki kerusi roda mendakwa kakinya turut patah akibat terjatuh dari tangga bersama mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dengan datuk dan ibu saudara mangsa, sebelum dileraikan polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 18 Dec 2012 09:01 AM PST

Pasar Pudu perlu bersih tarik pelanggan

Posted: 17 Dec 2012 09:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di Pasar Pudu mampu memberi saingan perniagaan kepada pasar raya besar sekiranya mereka sentiasa mengutamakan kebersihan pasar terbabit.

Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd Rahman berkata, pasar itu mempunyai kelebihan kerana peniaga dapat menjual barang pada harga murah.


Menurut beliau, bagaimanapun, terdapat beberapa persatuan penjaja merungut kewujudan pasar raya besar berhampiran pasar itu menjejaskan jualan dan pendapatan mereka.

"Kalau soal harga, barangan di Pasar Pudu dijual lebih murah daripada pasar raya, tetapi pelanggan lebih suka membeli di pasar raya kerana persekitarannya yang bersih.


"Sebab itu, peniaga perlu meningkatkan kebersihan di kawasan ini," katanya selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega Pasar Pudu di sini, semalam.


Mengulas lanjut Rolan berkata, ke arah usaha itu, peniaga diminta menggunakan mesin pengisar sisa buangan moden (Spiral Waste Bin) yang disediakan DBKL.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 18 Dec 2012 09:01 AM PST

Upacara pukau dalam bilik hotel

Posted: 17 Dec 2012 09:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing cukup licik apabila memilih hotel sebagai 'markas' untuk memudahkannya melakukan amalan pemujaan bagi memukau mangsa yang datang ke biliknya sebelum menghilangkan diri sebaik mangsa menyerahkan wang dan barang berharga.

Lelaki terbabit juga menjadikan pekerja dan tetamu hotel sebagai mangsa.


Lebih mengelirukan, lelaki berusia 30-an itu menggunakan kad pengenalan palsu ketika mendaftar bilik selain mempunyai pelbagai nama.

Menurut pengurus sebuah hotel di Jalan Ipoh yang mahu dikenali sebagai Munira, 27, empat pekerjanya sudah menjadi mangsa ekoran terpedaya dengan kata-kata lelaki terbabit selain seorang tetamu hotel yang hampir ditipu RM10,000.


"Tetamu hotel saya nyaris menjadi mangsa lelaki terbabit ketika mereka terserempak di lobi hotel ketika lelaki itu memberitahu kononnya selepas ditilik mangsa terkena sihir. "Bagi memulihkan penyakit itu, mangsa diminta bertemunya di bilik hotel bersama wang tunai iaitu bayaran perubatan RM10,000," katanya.


Bagaimanapun, Munira berkata, mangsa meminta diri pulang ke biliknya untuk membersihkan diri dan berjanji datang ke bilik lelaki terbabit selepas mengeluarkan wang simpanan.

"Ketika itu, mangsa seolah-olah tersedar dengan tindakannya dan mencurigai kata-kata lelaki itu. Saya mengesyaki lelaki terbabit mungkin menggunakan ilmu hitam sebagai taktik menipu mangsa supaya arahannya dituruti," katanya.


Selain itu, seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Halimah, 43, yang bekerja di hotel berkenaan berkata, dia tidak menyangka kebaikan yang ditunjukkan lelaki itu hanya lakonan sebelum dia ditipu.

"Saya dan rakan mengenali lelaki itu selepas beberapa kali terserempak dengannya di kawasan hotel. Memandangkan dia sudah lebih seminggu tinggal di sini, hubungan kami semakin rapat sebelum saya meminta pertolongannya untuk menguruskan permohonan mendapatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.


Katanya, lelaki itu memberitahu akan menghantar permohonan Halimah kepada kenalannya di DBKL selain meminta bayaran RM430 dan sebentuk cincin.


"Saya ternampak beberapa peralatan pemujaan di atas katil bilik lelaki terbabit selain bau asap kemenyan ketika menemuinya, tetapi masih menurut arahannya untuk menyerahkan wang dan cincin berkenaan," katanya.


Selain Halimah, tiga lagi rakannya turut menjadi mangsa kaki belit itu yang menyebabkan kerugian lebih RM3,000 sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Komuniti Putra semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 18 Dec 2012 09:01 AM PST

Geng Ambi tumpas dalam Ops Lejang

Posted: 17 Dec 2012 09:08 AM PST

GOMBAK: Geng Ambi yang aktif mencuri kereta sebelum meleraikan komponennya sejak dua tahun lalu tumpas selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan ahlinya bersama hasil samun di Rawang Perdana dan Taman Bukit Rawang, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menubuhkan pasukan Ops Lejang di Rawang pada Jumaat lalu selepas menerima laporan kehilangan kereta milik seorang kakitangan Hospital Selayang beberapa hari sebelum itu.


Menurutnya, pada jam 11 malam Jumaat lalu, polis menahan tiga lelaki berusia 16 hingga 20 tahun di Rawang Perdana ketika meleraikan komponen kereta yang disyaki dicuri.

"Hasil soal siasat ke atas suspek, kami menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita yang juga penuntut berusia 20 tahun di Taman Bukit Rawang, kelmarin.


"Dalam serbuan itu, kami merampas sebuah Proton Perdana, sebuah Proton Wira dan sebuah motosikal yang masing-masing dilaporkan hilang di Selayang dan Sentul.


"Kami turut merampas komponen kereta Honda Civic dan Proton Putra yang sudah dileraikan. Kedua-dua kenderaan itu dilaporkan hilang di Ampang," katanya.

Abdul Rahim berkata, sebuah rangka kereta Proton Putra yang sudah dipotong turut ditemui.


"Sindiket ini yang dikenali sebagai Geng Ambi bergiat aktif sejak dua tahun lalu di Gombak, Sentul dan Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 18 Dec 2012 09:01 AM PST

Polis tahan 10 lelaki siasat kes bunuh jurutera

Posted: 17 Dec 2012 09:06 AM PST

SEPANG: Polis menahan 10 lelaki berusia 17 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan samun membabitkan seorang jurutera komputer berusia 35 tahun di perumahan teres dua tingkat, Taman Putra Perdana, di sini, pada 8 Disember lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Polis Rosli Mohd Isa berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat orang ramai, polis menahan tujuh daripada 10 lelaki terbabit di Segamat, Johor, manakala tiga lagi di Putra Perdana, Sepang pada 13 Disember lalu. "Seorang daripada suspek ditahan berusia 24 tahun mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan pernah ditahan membabitkan kes pecah rumah di Sepang. "Kami merampas televisyen LCD 32 inci, iPad serta dompet milik mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18


No comments:

Post a Comment