Harian Metro: MetroPlus |
- Peniaga ambil mudah
- Kedai tak promosi pakej
- Jejas imej negeri terbersih
- Keistimewaan kacip
- MPPD usaha tingkat imej Bandar Tentera Darat
- Ukir 102 buah dalam 24 jam
- Sungai Petani terbaik
- Mengaku tak salah
Posted: 09 Feb 2012 06:45 AM PST KUALA LUMPUR: Tidak perlu logo halal kerana semua pelanggan tahu hidangan disediakan memenuhi standard masakan Muslim. Itu antara alasan yang diberikan segelintir pengusaha restoran apabila ditanya mengenai logo halal di kedai mereka. Walaupun berulang kali diuar-uarkan pihak berkaitan mengenai penggunaan logo halal baru, ia seperti tidak dipedulikan mereka dan menganggapnya tidak memberi kesan kepada keuntungan berikutan perniagaan sudah dikenali ramai.
"Sebelum ini, kami tidak menggunakan atau menampal sebarang logo halal di premis kerana pelanggan yakin dengan makanan disediakan dan kami tidak pernah mendapat rungutan berkaitan logo itu.
Pengguna, Zahari Muhammad, 47, berkata, penggunaan logo halal di premis makanan belum tentu menjanjikan makanannya halal kerana segelintir peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk menarik pelanggan.
"Justeru, pihak berkaitan harus memantau perbuatan itu kerana logo tidak boleh menjamin kebersihan makanan dan sepatutnya pelayan perlu memakai tag nama bagi mengenal pasti identiti mereka," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
Posted: 09 Feb 2012 06:44 AM PST KUALA LUMPUR: Tiada promosi mahupun tanda pengenalan yang jelas. Itu antara komen diberikan pengguna ketika ditanya mengenai Menu Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu. Walaupun ia menawarkan harga lebih berbaloi selaras peningkatan kos hidup ketika ini, perkara itu ibarat masih baru di kalangan pengguna, malah ada langsung tidak mengetahui kewujudan menu itu.
Pelanggan, Ahmad Saiful Bahari, 27, berkata dia sendiri langsung tidak mengetahui kewujudan apatah lagi mencuba menu itu yang sepatutnya boleh dimanfaatkan rakyat sejak awal.
Bagi Mohd Azlan Dollah, 22, penggunaan media elektronik terutama televisyen menjadi medium terbaik menghebahkan menu berkenaan untuk mengurangi beban golongan berpendapatan rendah.
"Saya yakin inisiatif kerajaan ini membantu golongan bekerja serta pelajar yang menghadapi peningkatan kos sara hidup di bandar raya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
Posted: 09 Feb 2012 06:44 AM PST MELAKA: Sampah yang bertaburan di tepi jalan utama di Jalan Bacang, berhadapan Taman Pasir Puteh, Bachang, di sini, mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan. Keadaan itu sekali gus menjejaskan imej negeri Melaka yang diiktiraf negeri maju, malah negeri terbersih di negara ini.
Lebih teruk apabila sampah yang dibuang di tepi jalan bertaburan akibat dikais ayam sehingga mencemarkan lokasi terbabit yang juga laluan utama.
"Kita meminta kerjasama dan keprihatinan orang ramai supaya menjaga kebersihan di mana jua tempat termasuk kawasan awam atau terbuka," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
Posted: 09 Feb 2012 06:43 AM PST PETALING JAYA: Sebut saja kacip, pasti terbayangkan besi yang mempunyai bahagian tajam seperti pisau bersama pemegang dan sering dikaitkan dengan aktiviti mengunyah sirih. Namun, pernahkah kita terfikir fungsi kacip sebenarnya melangkaui peredaran masa yang menggambarkan era perkembangan tamadun manusia serta budaya suatu ketika dulu.
Penolong Kuratornya, Bonny Eddy berkata, pameran sehingga 31 Mac depan bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai alat tradisional ini.
Katanya lagi, antara yang paling menarik perhatian di ruang Pameran Thematik ini ialah kacip berbentuk kuda dipercayai berusia hampir 100 tahun.
Turut dipamerkan beberapa kacip direka khas untuk mempunyai dwifungsi seperti gabungan antara kacip dan playar, menunjukkan kacip tidak hanya tertakluk pada kegunaan memotong buah pinang sahaja.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
MPPD usaha tingkat imej Bandar Tentera Darat Posted: 09 Feb 2012 06:43 AM PST PORT DICKSON: Usaha memberikan imej yang baik dan memperhebatkan lagi status bandar ini sebagai Bandar Tentera Darat terus dilakukan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menerusi pelbagai aktiviti bukan saja berkaitan kebudayaan malah landskap. Ia bertujuan memberi kelainan dan menarik perhatian pengunjung kerana daerah itu turut menjadi destinasi pelancongan terkenal di negara ini.
Menurut beliau, sejak pengisytiharan itu, jumlah pelancong dan pengunjung termasuk di Muzium Tentera Darat semakin menunjukkan peningkatan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, pihaknya menyambut baik langkah MPPD itu. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
Posted: 07 Jul 2011 06:38 AM PDT BANDAR BAHARU: Seorang pengusaha katering berjaya mencatatkan namanya dalam Malaysia Book Of Records (MBR), apabila mengukir 102 biji buah-buahan dalam tempoh 24 jam tanpa henti di Dataran Bandar Baharu, di sini, baru-baru ini. Sharil Azkhan Ahmad, 27, dari Kampung Bagan Samak, di sini, mendapat sokongan ahli keluarga dan rakan, menempa nama dalam MBR sempena penganjuran Karnival Juara Rakyat Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu.
"Saya mengukir empat biji buah dalam masa satu jam dan diberi waktu rehat selama 15 minit untuk makan, bersolat dan ke tandas oleh MBR. Saya mengukir pelbagai jenis corak bunga di atas pelbagai jenis buah mengikut kesesuaiannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/07 |
Posted: 07 Jul 2011 06:36 AM PDT TIGA atlet dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Petani dipilih peserta terbaik dalam kategori masing-masing di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Muda/Yan Kali Ke-44. Mereka terdiri daripada Ain Asyilah Ismail, Mohd Ariff Daniel Mohd Rostam dan Mohd Afiq Jamil.
Ain Asyilah, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Petani Jaya mengungguli Kelas 4 Perempuan (P) selepas mengutip tiga emas dalam acara 100 meter (m), 4x200 m dan lompat jauh.
Pungutan pingat dilakukan Ain Asyilah, Mohd Ariff Daniel dan Mohd Afiq turut membantu PKG Sungai Petani menjuarai kejohanan itu dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak 20 iaitu 10 emas, 7 perak dan 3 gangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/07 |
Posted: 01 Jun 2011 11:12 AM PDT MANILA: Ketua suku kaum berpengaruh di selatan Filipina semalam mengaku tidak bersalah membunuh 57 musuhnya dan wartawan dalam perbicaraan hari pertama kes pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah politik negara itu. Andal Ampatuan Snr, 70, yang dikawal komando polis hanya berdiam diri ketika lebih 20 anggota keluarga mangsa merenungnya di mahkamah.
"Tidak bersalah," kata Ampatuan Snr, diikuti dengan ejekan daripada keluarga mangsa.
Mahkamah masih belum membacakan tuduhan terhadap 21orang yang turut ditahan. Pakar undang-undang berkata, perbicaraan itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun memandangkan sistem kehakiman yang lemah di Filipina.
Terdahulu, seorang pembantu rapat Ampatuan yang kini menjadi saksi pendakwa raya, Lakmudin Saliao memberi keterangan, dia adalah anggota suku kaum itu ketika mereka merancang pembunuhan berkenaan, enam hari sebelum kejadian. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: MetroPlus To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment