Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


RM15,000 untuk buah zakar Bieber

Posted: 14 Dec 2012 01:35 PM PST

LOS ANGELES: Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.

Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.


Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.

Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.


Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.


Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.


Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.

Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.


Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.


Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.


Dokumen berkenaan menyatakan: "Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. "Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber." Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.


Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Jacintha kritik layanan buruk kakitangan senior

Posted: 14 Dec 2012 01:32 PM PST

LONDON: Jururawat yang ditemui mati tergantung selepas menerima panggilan palsu, dilaporkan meninggalkan nota mengkritik kakitangan senior Hospital King Edward VII.

Jacintha Saldanha, 46, terpedaya oleh panggilan palsu daripada dua pengacara sebuah stesen radio Australia yang menelefon isteri Putera William, Kate Middleton.


Satu inkues diberitahu, ibu dua anak dari Bristol itu ditemui di kuarters jururawat oleh seorang rakan dan seorang pengawal keselamatan Jumaat lalu.

Mahkamah Koroner Westminster di London juga diberitahu, tiga nota turut ditinggalkan di biliknya dan ada tanda kecederaan pada pergelangan tangan Jacintha.


Menurut laporan Daily Mirror, sepucuk surat itu mengkritik cara dia dilayan oleh rakan seniornya di hospital swasta berkenaan.


Akhbar itu mendakwa, keluarga Jacintha marah dengan pendedahan berkenaan dan suaminya, Ben Bar- boza mendesak diadakan siasatan penuh terhadap kematian jururawat itu.

Ia memetik satu sumber yang rapat dengan keluarga itu sebagai berkata: "Sepucuk surat itu, yang terpanjang ialah mengenai hospital itu dan nadanya bersifat kritikal. "Barboza mahu siasatan penuh diadakan. Antara kandungan surat itu, Jacintha mendedahkan beberapa layanan buruk yang diterimanya di hospital itu.


Mayat jururawat itu ditemui tiga hari selepas dia menyambungkan panggilan palsu daripada pengacara sebuah stesen radio Sydney, Michael Christian dan Mel Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, meminta supaya disambungkan kepada Kate.

Isteri William itu dirawat kerana mabuk hamil di hospital King Edward, tempat Jacintha bekerja.


Koroner Westminster, Dr Fiona Wilcox memulakan inkuesnya pagi semalam sebelum menangguhkannya hingga 26 Mac tahun depan.


Ketua Inspektor, James Harman ketika memberi keterangan, berkata, terdapat kecederaan pada pergelangan tangan jururawat itu apabila dia ditemui tergantung di kuartersnya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Pengacara radio terima ancaman bunuh

Posted: 14 Dec 2012 01:31 PM PST

SYDNEY: Pengacara radio yang membuat panggilan palsu sehingga mendorong seorang jururawat membunuh diri, ditempatkan di sebuah 'rumah selamat' yang dikawal selepas mereka menerima ancaman bunuh, malam tadi.

Mel Greig, 30, yang beberapa hari lalu menangis di televisyen ketika dia dan rakan setugas menceritakan mengenai penyesalan mereka terhadap kematian Jacintha, dilapor dihujani dengan cacian.


Sepucuk surat yang ditujukan kepada seorang lagi pengacara dalam kes itu, Michael Christian, 25, memberi amaran: "Peluru dengan nama anda tertera padanya sudah ada di luar sana.

Polis di Sydney melancarkan siasatan terhadap ancaman itu.


Sementara itu, rekod panggilan telefon stesen radio 2Day FM mungkin dirampas oleh badan pemerhati penyiaran yang menyiasat kes panggilan palsu itu.


Stesen berkenaan mendakwa cuba menghubungi Hospital King Edward VII di London sebelum menyiarkan panggilan palsu itu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan hospital berkata, ia tidak dihubungi. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Penjaja Jakarta jual bakso babi

Posted: 14 Dec 2012 01:29 PM PST

JAKARTA: Agensi Pertanian dan Maritim Jakarta Selatan semalam berkata, penjaja di tiga daerah di sini menjual bakso babi yang disangka mereka diperbuat daripada daging lembu.

Ketua agensi berkenaan, Agung Priambodo berkata, pihak berkuasa mendapati penjaja yang berniaga di Cilandak, Kebayoran Baru dan Kebayoran Lama itu membeli daging babi mentah dari sebuah rumah sembelihan di Cipete untuk digunakan dalam penjualan bakso mereka. "Penjaja terbabit terpedaya dengan harga murah daging berkenaan. Daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 rupiah (RM14.28) sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram," katanya sebagaimana dipetik daripada beritajakarta.com.


Harga daging lembu semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kerajaan mengehadkan kuota daging import untuk melindungi pengeluaran daging tempatan. Berikutan itu, sesetengah pihak yang licik cuba mengambil kesempatan permintaan tinggi itu dengan membungkus daging babi yang haram dimakan umat Islam bagi menggantikannya dengan daging lembu. Dalam sidang akhbar diadakan, polis dan wakil Asosiasi Pedagang Daging Lembu Indonesia (ASDI) mendakwa rumah sembelihan yang terletak di pasar tradisonal Cipete di Jakarta Selatan terbabit sudah melakukan penipuan itu sejak dua tahun lalu. Pekerja di rumah sembelihan terbabit mendakwa mereka ditipu oleh pembekal yang melumurkan darah lembu ke atas daging babi itu. - beritajakarta.com

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Thailand ikrar tingkat kawalan keselamatan terhadap guru

Posted: 14 Dec 2012 01:29 PM PST

BANGKOK: Thailand semalam berikrar memperketat kawalan keselamatan terhadap guru di wilayah selatan ketika risalah ancaman untuk meningkatkan serangan ke atas pendidik beredar walaupun kebanyakan sekolah ditutup ekoran bimbang dengan tahap keselamatan.

Dua guru ditembak mati Selasa lalu dalam beberapa siri serangan terbaru terhadap golongan pendidik. Sesi pembelajaran di kira-kira 1,200 sekolah ditunda minggu ini di wilayah selatan yang majoriti dihuni umat Islam, di mana pergolakan selama sembilan tahun telah mengorbankan ribuan nyawa.


Menteri Pendidikan, Phongthep Thepkanjana memberitahu wartawan bahawa "pihak berkuasa perlu meningkatkan langkah keselamatan" terhadap guru yang sering menjadi sasaran kumpulan pemisah yang melihat sistem pendidikan sebagai usaha kerajaan untuk menerapkan budaya Buddha.

Risalah ancaman untuk meningkatkan keganasan terhadap pendidik yang berlaku sejajar dengan lawatan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra ke wilayah itu semalam, turut meningkatkan risiko serangan.


"Kami perlu memperketat keselamatan terhadap guru," katanya sambil menambah pihak berkuasa berharap peningkatan langkah keselamatan kepada kira-kira 20,000 guru di wilayah itu akan membolehkan sekolah dibuka semula Isnin ini.


Risalah yang tidak ditandatangani sebarang kumpulan itu berbunyi "Perang belum lagi berakhir, usah hitung dulu mayat guru", kata Sanguan Intarak daripada persatuan guru tempatan. Menurutnya, mereka percaya risalah itu diagihkan di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan wilayah bergolak kerana tahap keselamatan di wilayah itu lebih longgar. Hampir setiap hari serangan, termasuk tembakan, pengeboman dan pembunuhan berlaku - bermaksud keganasan menjadi sebahagian daripada kehidupan kebanyakan penduduk di wilayah Narathiwat, Pattani and Yala di selatan Thailand. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Tiga ditahan, dadah RM2.5j dirampas

Posted: 14 Dec 2012 01:29 PM PST

BANGKOK: Seorang wanita rakyat China dan dua lelaki suku kaum bukit tempatan ditahan dalam satu serbuan dekat bandar raya ini yang membawa kepada penemuan serbuk methamphetamine dan setengah juta pil dadah berkenaan bernilai AS$800,000 (RM2.45 juta), kata polis Thai semalam.

Bertindak ekoran maklumat diterima, polis antidadah menahan warga China, Xiangye Chen dan dua lelaki tempatan dari kawasan bukit di utara negara itu di pinggir Bangkok. Serbuan terhadap sebuah kediaman disewa ketiga-tiga suspek, polis menemui 50 kilogram serbuk meth yang turut dikenali sebagai ais dan 500,000 tablet methamphetamine dalam dua bagasi besar. Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubamrung yang mengetuai pembanterasan dadah di seluruh negara memberitahu wartawan, suspek mengakui membawa dadah terbabit ke Thailand dari negara jiran.


Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dadah dan jenayah melaporkan minggu ini bahawa rampasan serbuk meth di Thailand meningkat kepada 1.2 tan pada tahun lalu, peningkatan 75 peratus berbanding tahun sebelumnya. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Lebih sejuta pekerja asing bakal dihantar pulang

Posted: 14 Dec 2012 01:28 PM PST

BANGKOK: Lebih sejuta pekerja asing di Thailand, kebanyakannya dari Myanmar berdepan tindakan dihantar pulang selepas tarikh akhir memperoleh permit kerja tamat semalam.

"Selepas hari ini, mereka yang bekerja di Thailand secara haram perlu pulang ke negara asal dan hanya boleh kembali melalui saluran sah," kata Pengarah Pejabat Pentadbiran Pekerja Asing, Dechar Peukpattanaruk. Thailand, ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara sangat bergantung kepada pekerja asing. Rakyat Myanmar menyeberangi sempadan ke Thailand untuk mengisi kekurangan pekerja dan pengangguran walaupun selepas negara mereka mengamalkan dasar terbuka.


Kumpulan majikan Thai menggesa tarikh akhir itu ditunda, bimbang dengan masalah kekurangan pekerja sedia ada kian meruncing dalam pasaran buruh yang terhad. Program pengesahan nasional itu mensyaratkan pekerja asing mendapatkan pasport sementara di negara asal untuk memperbaharui atau memohon permit kerja di Thailand. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


22 murid cedera ditikam

Posted: 14 Dec 2012 01:28 PM PST

BEIJING: Seorang lelaki menikam 22 murid sekolah rendah dengan pisau dalam satu serangan di negara ini semalam, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, penyerang sudah ditahan, kata jurucakap pihak berkuasa tempatan di Guangshan, wilayah Henan di tengah negara itu, tempat insiden berlaku. Seramai 22 murid sekolah rendah ditikam, selain seorang penduduk kampung, tetapi tiada mangsa dilaporkan meninggal dunia. Akhbar kerajaan China News Service berkata, lelaki itu menyerang murid berkenaan dengan pisau di luar sekolah menyebabkan mereka tercedera. China menyaksikan beberapa serangan terhadap kanak-kanak sejak dua tahun lalu, termasuk lima kejadian pada 2010 yang membunuh 15 kanak-kanak dan dua orang dewasa serta mencederakan lebih 80 yang lain.


Serangan itu memaksa pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di kawasan sekitar sekolah dan menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai punca kejadian sedemikian.

Jenayah ganas kian meningkat di China sejak beberapa dekad kebelakangan ini ketika ekonomi negara itu kian memuncak dan jarak antara golongan kaya dan miskin semakin meluas. Kajian turut mensifatkan peningkatan ketara gangguan mental, sesetengahnya mengaitkan ia dengan tekanan berikutan gerakan kehidupan menjadi lebih pantas dan sistem sokongan sosial makin pupus. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Singapura kedua terbaik untuk khidmat teksi, jalan raya bersih, selamat

Posted: 14 Dec 2012 01:28 PM PST

SINGAPURA: Singapura menduduki tangga kedua untuk perkhidmatan terbaik teksi, jalan raya yang bersih dan jalan raya yang selamat dalam satu kaji selidik dijalankan laman pengembaraan TripAdvisor.

Kaji selidik bandar raya oleh TripAdvisor melihat bagaimana pengunjung dan masyarakat tempatan memberikan pendapat terhadap 40 bandar raya pelancongan utama, termasuk dari segi pengangkutan awam terbaik, keramahan masyarakatnya dan keramahan pemandu teksinya. Senarai 40 bandar raya itu disusun Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO) pada 2010, berdasarkan kepada negara yang menerima bilangan terbesar ketibaan pelawat antarabangsa.


Kaji selidik di Internet itu mengumpul lebih 75,000 maklum balas daripada pengunjung yang menulis pendapat mereka di laman TripAdvisor baru-baru ini terhadap bandar raya terbabit seperti Tokyo, Zurich dan Dubai. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


Remaja 16 tahun mangsa terbaru perompak stokin

Posted: 14 Dec 2012 01:28 PM PST

TOKYO: Seorang pelajar sekolah tinggi Jepun yang diserang oleh perompak stokin adalah mangsa terbaru dalam beberapa siri serangan sama yang mensasarkan golongan remaja, kata polis semalam.

Pelajar berusia 16 tahun itu sedang berjalan di pinggir timur Tokyo apabila dia ditolak ke tanah oleh seorang lelaki yang mencabut stokin dipakai di kaki kirinya sebelum melarikan diri. Sekurang-kurangnya empat lagi pelajar sekolah tinggi di kawasan kejiranan sama menjadi mangsa kepada perompak stokin itu sejak September lalu.


Mangsa terbaru tidak dicederakan pencuri terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an atau 40-an. Tidak diketahui sama ada suspek adalah lelaki sama bertanggungjawab dalam semua insiden itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15


No comments:

Post a Comment