Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bukan untuk seks

Posted: 18 Dec 2012 08:19 AM PST

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.


Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.


"Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.


"Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu," katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.

Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. "Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Wanita maut selepas terima paru-paru perokok

Posted: 18 Dec 2012 08:16 AM PST

LONDON: Seorang wanita berusia 27 tahun yang mengidap kelainan kelenjar sekresi fibriosis sistik meninggal dunia setelah mendapat paru-paru daripada seorang penderma perokok tegar.

Jennifer Wederell dari Hawkwell, Essex, meninggal di kediamannya Ogos lalu, 16 hari selepas menjalani transplan di Hospital Harefield, London.


Bapanya, Colin Grannel berkata, dia yakin anaknya tidak akan bersetuju dengan transplan itu jika dia mengetahui penderma terbabit ialah perokok tegar.

Hospital berkenaan meminta maaf kerana tidak memberi pilihan kepada Jennifer untuk menolak transplan itu.


Jennifer didiagnosis menghidap fibriosis sistis sejak berusia dua tahun dan setelah mencapai usia 20-an, dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen 24 jam sehari.


Jennifer telah mendaftar sebagai penerima transplan paru-paru sejak 18 bulan lalu dan pada April tahun lalu, dia diberitahu bahawa ada penderma yang sesuai. Grannel berkata, keluarganya sentiasa menunggu hari itu sejak bertahun lamanya dan menjangka transplan yang dijalani Jennifer akan berjalan lancar.

Jennifer berkahwin dengan lelaki idamannya, David Wederell pada September tahun lalu tetapi Februari lalu, kanser dikesan di paru-parunya. Grannel mendakwa anaknya mati akibat kelalaian pihak hospital.


"Pihak hospital tidak pernah menyatakan bahawa paru-paru yang digunakan dalam transplan itu adalah milik seorang perokok tegar," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Makan mayat rakan untuk hidup

Posted: 18 Dec 2012 08:16 AM PST

MOSCOW: Dua rakyat Russia yang diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup, lapor akhbar Isnin lalu.

Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan tidak menyenangkan di dunia. Hanya dua daripada lelaki terbabit akhirnya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu dan penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin mengenai kanibalisme kian meningkat. Dua lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa kanibalisme berlaku.


"Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberi keterangan kanibalisme memang berlaku," kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda. "Ia bukan pembunuhan.

"Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan dilaluinya," katanya. Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin. "Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa linggu, lapor NVPress.ru. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Romeo ikut jejak Beckham

Posted: 18 Dec 2012 08:16 AM PST

LONDON: Peribahasa ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi amat sesuai menggambarkan hubungan David Beckham dan anak lelakinya, Romeo.

Romeo yang berusia 10 tahun mengikut jejak bapanya menjadi model iklan terbaru untuk jenama Burberry dari Britain.


Anak kedua pasangan Beckham itu menggayakan fesyen musim panas/bunga 2013 Burberry. Dalam penampilan sulungnya, Romeo dilihat bergaya dengan model dewasa seperti Cara Delevingne, Edie Campbell. Gaya Romeo itu yang diabadikan oleh jurukamera Mario Testino berjaya menarik perhatian Pengarah Kreatif Burberry, Christopher Bailey. Di iklan tersebut, adik dari Brooklyn Joseph ini nampak mengenakan trench coat dan memegang payung bermotif kotak-kotak hitam putih.

Sebagaimana dipetik daripada Huffington Post, Romeo langsung tidak kekok untuk bergaya di hadapan kamera. Dia turut mendapat pujian Bailey. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Lanza pernah bakar diri

Posted: 18 Dec 2012 08:15 AM PST

NEWTOWN (Connecticut): Pemuda yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di sekolah rendah Sandy Hook di sini Jumaat lalu, Adam Lanza didakwa pernah membakar dirinya tahun lalu.

Akibat perbuatannya itu, dia melecur pada beberapa bahagian tubuhnya, tetapi tidak berasa sakit.

Perkara itu diberitahu ibunya, Nancy Lanza kepada seorang teman yang enggan dikenali.

Wanita itu memberitahu akhbar New York Daily News, Nancy memaklumkan kepadanya seminggu sebelum pembunuhan beramai-ramai Jumaat lalu bahawa keadaan Lanza semakin teruk.


"Nancy memberitahu saya dia bimbang dengan keadaan anaknya yang semakin buruk. Dia menghadapi kesukaran untuk mendekati anaknya," katanya, semalam.


Menurutnya, Nancy yang menjadi mangsa pertama anaknya dalam tragedi berkenaan, juga pernah memberitahunya tahun lalu, Lanza pernah membakar diri.

Dia membakar pergelangan kaki dan lengan. Walaupun melecur akibat perbuatannya itu, Lanza tidak berasa sakit.

Keadaan itu disebabkan oleh gangguan kesihatan yang dihadapi Lanza sejak kecil.

Menurut teman Nancy itu, wanita berkenaan memang memiliki beberapa senjata api di kediamannya.

"Dia akan membawa anaknya ke lapang sasar untuk berlatih menembak.

"Nancy berbuat demikian sebagai cara untuk lebih rapat dengan anaknya itu," kata wanita berkenaan.

Seorang lagi rakan Nancy, Rich Collins berkata, wanita itu sering menyuarakan rasa kesal kerana Lanza tidak pernah mengucapkan sayang kepadanya.

Jumaat lalu, Lanza menembak mati ibunya sebanyak empat kali di kepala sebelum ke sekolah lamanya dengan membawa tiga senjata dan membunuh 26 orang, 20 daripadanya murid sekolah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Warga Jepun diiktiraf individu tertua di dunia

Posted: 18 Dec 2012 08:14 AM PST

TOKYO: Rekod Dunia Guiness mengiktiraf lelaki berusia 115 tahun dari wilayah Kyoto, barat Jepun sebagai orang paling tua di dunia, lapor media tempatan, Nippon Hoso Kyokai semalam.

Pengiktirafan terhadap Jiroemon Kimura dibuat selepas kematian orang paling tua di dunia, Dina Manfredini, 115, dari Amerika Syarikat, meninggal dunia di Iowa pagi kelmarin, kurang dua minggu selepas dinobatkan dengan gelaran itu.

Datuk Bandar Kyoto, Yasushi Nakayama ketika mengesahkan status Kimura menggelarnya 'kebanggaan bandar kami'.

Kimura, bekas kakitangan pos mempunyai 14 cucu, 25 piut dan kini menetap bersama keluarga anaknya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Henti hantar amah!

Posted: 18 Dec 2012 08:13 AM PST

JAKARTA: Anggota Suruhanjaya I Dewan Perwakilan Rakyat, Muhammad Najib semalam mendesak kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke luar negara secepat mungkin.

"Satinah hanya menunggu masa di Arab Saudi untuk menentukan sama ada dia boleh diselamatkan atau tidak. Ratusan Satinah hanya menunggu giliran," katanya kepada wartawan semalam, merujuk kepada pembantu rumah Indonesia berusia 40 tahun yang dihukum pancung kerana membunuh majikannya di Riyadh.


Menurut Najib, pembayaran diyat untuk menyelamatkan wanita itu bukanlah jalan keluar kerana ia akan mengundang pembayaran diyat yang lebih mahal dan lebih banyak lagi kes akan muncul.

Menurutnya, Suruhanjaya berkenaan telah sekian lama mendesak kerajaan menghentikan penghantaran rakyat negara itu untuk bekerja sebagai pembantu rumah.


"Kerajaan tidak perlu bimbang mengenai kekurangan pendapatan yang diperoleh menerusi sumbangan Tenaga Kerja Indonesia," katanya.


Selain itu, beliau juga berkata, Indonesia hanya di antara beberapa negara miskin dan terkebelakang yang masih menghantar wanita ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

"Melihat penderitaan mereka di negara orang sungguh menyedihkankan, memilu dan sekaligus memalukan," katanya.


Satinah sebelum ini dilapor menjalani hukuman pancung pada 14 Disember selepas didapati bersalah membunuh majikannya. Nura Al Garib, pada 2007 silam. Dia diakatakan bertindak demikian selepas tidak tahan didera oleh majikan dan keluarganya.

Dalam pengakuannya di mahkamah, Satinah berkata, dia membunuh majikannya itu kerana tidak boleh menerima tuduhan mencuri wang milik keluarga berkenaan berjumlah 38,000 riyal.


Usaha kerajaan Indonesia untuk menyelamatkan pembantu rumah itu masih belum berjaya. Kerajaan Arab Saudi memberi peluang untuk membatalkan hukuman pancung itu dengan menetapkan bayaran diyat berjumlah tujuh juta riyal (RM5.74 juta). - BT

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Syahrini cari kekasih lelaki tempatan

Posted: 18 Dec 2012 08:08 AM PST

BANDUNG: Kisah cinta Syahrini tidak sehebat kariernya.

Penyanyi itu baru beberapa bulan lalu putus hubungan dengan Bubu, jejaka dari Malaysia dan kini bersendirian.


Bagaimanapun, Syahrini berharap 2013 yang akan tiba kelak akan mengubah nasibnya dalam bercinta, didampingi seorang lelaki untuk dijadikan kekasih dan seterusnya suami.

"Mudah-mudahan saya akan menemui kekasih hati pada 2013. Dan saya menaruh harapan yang tinggi agar ia lelaki tempatan. Lebih senang," kata penyanyi itu yang nama sebenarnya ialah Fatimah Syahrini Zailani.


Apabila ditanya mengenai kriteria lelaki yang menjadi idamannya, Syahrini menjawab: "Saya tidak mempunyai ciri-ciri khusus bagi memilih kekasih. Yang penting dia mempunyai agama dan ibu saya reda dan menerimanya. "Masalah fizikal dan rezeki perkara kedua," katanya. - DT

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Israel usaha jalin hubungan diplomatik dengan Indonesia

Posted: 18 Dec 2012 08:07 AM PST

TEL-AVIV: Israel meneruskan usaha intensif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Indonesia.

Beberapa kempen dilakukan oleh Israel dan satu daripadanya dengan menjemput tokoh Indonesia ke negara Zionis itu.

Facebook Israel berbahasa Indonesia memaparkan berita yang dipetik daripada Israel National News mengenai kunjungan lima tokoh Indonesia ke Israel.

Facebook itu turut memaparkan berita mengenai pakar Neurologi dari Universiti Hassanudin Makassar, Andi Asadul Islam menghadiri acara Pembukaan Seminar di Hospital Rambam Haifa, Israel.


Ia memetik Andi sebagai berkata: "Dalam kursus ini, kita dapat belajar bagaimana membangunkan sebuah sistem untuk operasi dalam keadaan kecemasan dan kemalangan melibatkan mangsa yang ramai."


Selain menghadiri kursus, Andi dan peserta dari Indonesia yang lain juga dibawa melawat ke tempat tarikan pelancong, antaranya, Yad Vashem, dan tempat lain di BaitulmaqdisNazaret, Yafo, Akko dan Zichron Yaakov

"Sebagai seorang Islam, saya tertarik dengan lokasi Islam di Baitulmaqdis," kata Andi.

Ia antara propaganda yang diletak di akaun Facebook Israel Berbahasa Indonesia.

Selain menyebut nama beberapa tokoh negara ini, ia turut memaparkan propaganda negatif terhadap Palestin. - Republika

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


Lagi mangsa selesema burung

Posted: 18 Dec 2012 08:07 AM PST

JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat selesema burung, menjadikan jumlah yang maut seramai 10 orang, tahun ini.

Mangsa dari Bogor, Jawa Barat, meninggal dunia 6 Disember lalu selepas seminggu mengalami akibat demam panas.

Ketua Penyakit Berjangkit Daripada Haiwan, Kementerian Kesihatan, Rita Kusriastuti berkata, kanak-kanak itu dijangkiti virus H5N1 (selsema burung) kerana bermain dengan ayam di rumahnya.

Pegawai kesihatan minggu lalu berkata, mereka menemui virus yang lebih kuat daripada H5N1. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19


No comments:

Post a Comment