Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


2 DJ tertekan, jalani kaunseling

Posted: 09 Dec 2012 11:37 AM PST

LONDON: Dua juruhebah Australia yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge masih bersembunyi semalam, tetapi memberitahu majikan mereka, masing-masing ingin membuat permohonan maaf secara terbuka.

Rakan kepada bekas model, Mel Greig berkata, juruhebah itu 'amat tertekan' dan menjalani 'kaunseling psikologi secara intensif' bersama rakan sejawatnya, Michael Christian.


Hari ini (semalam) ketua mereka di Southern Cross Austereo berkata, kematian jururawat yang menjawab panggilan itu 'tidak dijangka dan sangat dikesali' menegaskan 'tindakan segera' sedang diambil.

Dua juruhebah terbabit akan memberi kenyataan kepada polis tempatan selepas permintaan daripada polis London kepada rakan sejawat mereka di New South Wales. Syarikat yang memiliki stesen radio itu berkata, mereka telah menyuarakan hasrat untuk membuat kenyataan kepada media.


Jurucakap Southern Cross Austereo berkata: "kami belum dapat memastikan bila mereka sudah bersedia untuk memberi kenyataan kepada media dan bagaimana kami akan melakukannya, tetapi mereka memang mahu berbuat demikian.


"Mereka masih berdiam diri saat ini dan kami sangat prihatin dengan keadaan mereka," katanya.

Jururawat yang ditipu, Jacintha Saldanha, 46, ibu kedapa dua anak ditemui mati Jumaat lalu di kediaman kakitangan dekat hospital, tempat Kate Middleton, 30, dirawat kerana alahan kehamilan yang teruk.


Walaupun juruhebah terbabit kelihatan tidak melanggar undang-undang, tetapi mereka bakal disoal siasat polis. Scotland Yard sedang menyiapkan laporan mengenai kematian Jacintha dan memerlukan kenyataan mereka.

Timbalan Komisioner Polis New South Wales, Nick Kaldas mengesahkan mengenai siasatan itu sambil berkata: "Belum dibuktikan lagi wujudnya salah laku dan mereka sebenarnya belum membuat sebarang permintaan.


"Mereka belum menghubungi kami, memberitahu hasrat mereka dan akan menghubungi kami semula jika mahu sesuatu dilakukan," katanya kepada Sky. "Belum ada apa-apa permintaan lagi," katanya.


Ketua radio stesen Sydney 2Day FM merayu simpati untuk juruhebah rancangan pagi itu ketika mereka diboikot oleh pengiklan yang tidak mahu bersekongkol dengan kelucuan mereka.


Pegawai Perhubungan Awam stesen radio itu, Sandy Kaye berkata: "Kami sangat bimbang dengan keadaan kakitangan kami yang berbakat. Mereka benar-benar tertekan. Mel bagaikan tidak bersemangat dan dia memang seorang yang mudah patah semangat. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain

Posted: 09 Dec 2012 11:28 AM PST

LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam.

Galloway yang mewakili kawasan barat Bradford dan mempunyai populasi besar pelbagai etnik berkata, peraturan itu akan mendiskriminasi wanita Islam.


Peraturan bagi setiap orang yang bekerja di Parlimen menetapkan: "Anda perlu membuka sebarang penutup yang menutup muka." Galloway berkata: Semua orang tahu perlunya kawalan keselamatan. "Namun, peraturan ini seperti satu paksaan dan mengelirukan saya. Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama dan perlu sensitif mengenainya," katanya.

Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen berkata, ia mungkin lebih baik untuk pelawat: "Ia mungkin lebih baik jika mereka disapa seseorang dengan wajah yang dapat dilihat dengan jelas," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Sorok dadah dalam kemaluan

Posted: 09 Dec 2012 11:26 AM PST

BANGKOK: Polis semalam menahan dua suspek wanita yang menyembunyikan 5,900 pil methamphetamine dalam kemaluan dan seluar dalam mereka.

Polis berkata, dua wanita terbabit berasal dari suku kaum bukit di wilayah utara Chiang Rai. Wanita berkenaan ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Don Muang dari daerah Mae Fah Luang selepas polis menerima maklumat. Kedua-dua wanita itu mengakui masing-masing diupah 30,000 baht (RM2,990) untuk menghantar methamphetamine atau pil 'ya ba' kepada seorang penduduk suku kaum dikenali sebagai Yi Tasampue yang kemudian turut ditahan. Dalam perkembangan lain, polis di Huai Khwang di daerah Bangkok menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas menemui 62 kilogram serbuk methamphetamine atau ais miliknya dalam satu serbuan.


Polis mengambil tindakan selepas menerima maklumat bahawa terdapat urusan jual beli dadah dekat kelab snooker di kawasan itu. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Drebar teksi larikan barangan penumpang

Posted: 09 Dec 2012 11:26 AM PST

MANILA: Seorang pemandu teksi dtahan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino semalam kerana didakwa melarikan barangan milik dua penumpangnya.

Ketua Bahagian Perisikan dan Penyiasatan Polis Lapangan Terbang, Alden Gay berkata pemandu teksi itu dikenali sebagai Michael Estolada disyaki menjadi anggota geng rompakan yang beroperasi di lapangan terbang berkenaan.


Gay berkata, Estolada melarikan barangan milik lelaki warga Australia, Michael Collin Robert dan tunangnya rakyat tempatan, Delia Ybanes, yang baru tiba dari Bangkok. Robert berkata, dia gembira Estolada berjaya ditahan dan barangan miliknya dikembalikan. - MT

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


21 wanita Thai diselamat daripada sindiket pelacuran

Posted: 09 Dec 2012 11:26 AM PST

BANGKOK: Lima wanita tempatan semalam tiba ke tanah air selepas diselamatkan dari rumah pelacuran di Bahrain minggu lalu.

Ketibaan mereka disambut Pegawai Kanan Polis Divisyen Antipemerdagangan Manusia, Leftenan Kolonel Chusak Apaipak dan Presiden Yayasan Pavena Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita, Pavena Hongsakula. Mereka antara 21 wanita negara ini yang diperdaya oleh sindiket pelacuran di Manama dan berjaya diselamatkan baru-baru ini selepas ibu kepada seorang daripada mangsa yang berusia 23 tahun mendapatkan bantuan daripada yayasan itu. Mangsa menghubungi ibunya dan memberitahu dia bersama beberapa lagi wanita Thai dikurung di Hotel Arabia dan Plaza Exhibition di Manama.


Yayasan itu kemudian menghubungi kedutaan Thailand di Bahrain yang bekerjasama dengan polis negara berkenaan untuk menyelamatkan wanita terbabit.

Daripada 21 mangsa, 12 diselamatkan dari Hotel Aarabia dan selebihnya dari Plaza Exhibition.


Ekoran daripada itu, dua suspek ditahan dan didakwa dengan tuduhan memperdagangkan manusia. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


11 tan dadah dirampas

Posted: 09 Dec 2012 11:25 AM PST

TEHERAN: Polis peronda sempadan Iran berjaya merampas lebih 11 tan dadah, membunuh seorang penyeludup, dalam satu rampasan terbesar sejak Revolusi Islam pada 1979, lapor media, semalam.

Ketua Polis Sempadan Iran (bersempadan Pakistan), Brigadier Jeneral Hossein Zolfaqari berkata, ia rampasan terbesar sejak revolusi dengan berat 11 tan di kawasan Jakigour di Sistan-Baluschestan.


Hossein dipetik media sebagai berkata, seorang daripada penyeludup dibunuh manakala beberapa lagi cedera tetapi berjaya melarikan diri menyeberang sempadan.

Hossein berkata, 10 tan adalah candu dan selebihnya hashish dan menambah serbuan itu adalah hasil operasi selama 36 jam.

Iran yang merupakan laluan penting untuk dadah ke Eropah dan Timur Tengah, dan mengikut angka rasmi, pihak berkuasa berjaya merampas 350 tan dadah, kebanyakannya candu sejak awal tahun ini.
Tiga pengawal sempadan terbunuh Oktober lalu ketika operasi di Sistan-Baluchestan.

Lebih 4,000 anggota polis dan tentera terbunuh sejak tiga dekad lalu dalam pertembungan dengan penyeludup yang biasanya bergerak dalam konvoi dan lengkap dengan senjata berat, kata pegawai.

Iran berkata, ia membelanjakan AS$700 juta (RM2.14 bilion) untuk membina tembok di sepanjang 1,700 kilometer sempadan timur dengan Afghanistan dan Pakistan dalam usaha membanteras penyeludupan.

Usaha Iran itu dipuji oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membantu negara itu dari segi kewangan dan bantuan lain.

Namun begitu, Amerika Syarika menuduh beberapa pegawai Iran, terutama dalam pasukan elit Pengawal Revolusi, membenar pengedaran dadah yang dikeluarkan di Afghanistan sebagai pertukaran untuk perkhidmatan daripada ketua dadah. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Bapa tertembak mati anak lelaki 7 tahun

Posted: 09 Dec 2012 11:25 AM PST

PITTSBURGH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditembak mati secara tidak sengaja oleh bapanya di sebuah tempat letak kereta kedai menjual kereta api di barat Pennsylvania, semalam.

Jurucakap Polis Pannsylvania, Craig Allen Loghrey tertembak di dada dengan pistol yang dipegang bapanya, Joseph V. Loughrey, 44 ketika mereka sedang masuk ke kenderaan di Twig's Reloading Den di Mercer, kira-kira 60 batu di utara Pittsburgh.

Kanak-kanak itu mati di tempat kejadian pada jam 10.50 pagi.

Bapanya ditahan untuk soal siasat tetapi polis berkata, bukti menunjukkan ia perbuatan tidak sengaja.


Polis berkata, mereka berdua dari Fredonia. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Keluarga terkejut Jacintha bunuh diri

Posted: 09 Dec 2012 11:25 AM PST

BANGALORE: Keluarga jururawat yang meninggal dunia selepas ditipu oleh rancangan radio Australia ketika cuba menghubungi isteri Putera William di London berkata, mereka terkejut dengan berita buruk itu.

Jacintha Saldanha, 46, menjawab panggilan telefon di Hospital King Edward VII yang merawat Duchess of Cambridge yang hamil dan mengalami muntah-muntah.

Jacintha menyambung panggilan kepada seorang rakan sekerja yang kemudian memberi maklumat mengenai keadaan Kate yang kemudian menjadi berita utama di seluruh dunia.

Jacintha kemudian ditemui mati di kediamaan pekerja.


Keluarganya yang tinggal di bandar Shirva, 400 kilometer dari Bangalore berkata, mereka tidak percaya Jacintha sanggup membunuh diri.


Adik ipar Jacintha, Irene D'Souva berkata, kami terperanjat apabila mendapat berita daripada suaminya (Benedict Barboza) bahawa Jacintha sudah tiada lagi. Dia tidak memberitahu kami Jacintha membunuh diri dan sukar untuk kami percaya dia membunuh diri.

Irene berkata, Jacintha bercadang untuk pulang ke India untuk menyambut Krismas dengan keluarga dan mereka bercadang mengadakan majlis besar-besaran.

Katanya, Jacintha bercadang membuka pusat kejururawatan di India dan menggalakkan wanita muda belajar perubatan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


No comments:

Post a Comment