Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Belum jalan dah pandai berenang

Posted: 10 Dec 2012 07:38 AM PST

GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.


Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.


Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. "Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.


"Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.

"Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah.


"Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.

Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu.


"Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang." kata Charlotte. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Pengacara radio kesal sebabkan jururawat bunuh diri

Posted: 10 Dec 2012 07:35 AM PST

SYDNEY: Dua pengacara radio yang panggilan palsu mereka menyebabkan seorang jururawat diraja di sebuah hospital di London membunuh diri, semalam meluahkan perasaan kecewa terhadap kejadian itu dalam satu wawancara.

Mel Greig dan Michael Christian berkata, mereka berhajat menghantar ucapan takziah kepada suami dan keluarga Jacintha Saldanha.


"Ia satu kejadian tragik yang tidak diramalkan oleh sesiapa. Anda tahu peranan kami dalam kejadian itu dan kami amat kesal," kata Christian.

Mel yang kelihatan menangis dan jelas terkejut menambah: "Saya juga begitu kecewa dengan apa yang berlaku." Kedua-dua pengacara berkenaan meluahkan kesedihan mereka buat kali pertama dalam wawancara berkenaan dan mengaku mereka tersentak dan terlalu kecewa.


Mereka mungkin tidak akan meminta maaf berhubung panggilan ke hospital Duchess of Cambridge selepas ketua stesen radio tempat mereka bekerja menganggap tindakan itu mungkin keterlaluan.


Jacintha, 46, ibu dua anak yang juga dikenali sebagai Jess, ditemui mati di kuarters jururawat di Hospital King Edward VII, tengah London, Jumaat lalu. Dia dipercayai menggantung diri.

Selasa lalu, dia menerima panggilan daripada Mel, 30 dan Christian yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles. Jururawat itu yang tidak mengesyaki apa-apa, menyambungkan mereka ke wad tempat isteri Putera William, Kate, 30, dirawat.


Mel memberitahu rangkaian televisyen Australia mengenai bagaimana dia mendapat berita mengenai kematian jururawat itu. "Saya masih ingat saat itu dan tidak dapat melupakannya sejak ia berlaku. Saya ingat soalan pertama saya, 'Adakah dia seorang ibu?'" "Saya sentiasa terkenang peristiwa berkenaan. Saya hanya mahu menghubungi keluarganya, memeluk mereka dan memohon maaf," kata Mel.

Christian menambah: "Saya hanya berharap keluarganya mendapat kasih sayang, sokongan dan penjagaan yang mereka perlukan." Di tanya bagaimana perasaannya, dia menjawab: "Amat kecewa." Kedua-dua pengacara itu kelihatan sebak ketika bercakap.


Stesen radio Sydney, 2Day FM semalam berkata, kedua-dua petugas mereka itu berusaha untuk mencari cara terbaik bagi menghubungi keluarga Jacintha.


Tetapi apabila ditanya sama adakah mereka akan memohon maaf, jurucakapnya, Sandy Kaye berkata: "Tidak. Itu mungkin langkah yang keterlaluan. Mereka sudah pasti mahu mengucapkan takziah. Tetapi ia isu yang begitu sensitif di banyak peringkat." Tetapi pagi semalam, pengacara itu bertindak memohon maaf menerusi televisyen Australia. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Rebut kahwin pada 12/12/12

Posted: 10 Dec 2012 07:35 AM PST

HONG KONG: Pasangan dari Hong Kong dan Singapura berlumba-lumba untuk berkahwin pada 12/12/12. Tarikh kembar tiga terakhir abad ini dilihat sebagai bertuah oleh sesetengah orang serta menjamin perkahwinan yang bahagia.

Tarikh seperti 10/10/10 atau 11/11/11 secara tradisinya menyaksikan pasangan dari dua bandar raya itu berebut-rebut untuk berkahwin, dengan pendaftaran kian meningkat untuk tarikh 12 Disember tahun ini yang dilihat sebagai tanda 'cinta'.


Pusat pendaftaran perkahwinan Hong Kong berkata, pihaknya menerima 696 permohonan daripada pasangan yang merancang untuk berkahwin esok, hampir empat kali purata harian dengan 177 pendaftaran pada Oktober lalu, menurut jurucakapnya.

Di Singapura yang mempunyai tiga perempat etnik Cina, 540 pasangan mendaftar untuk berkahwin esok, statistik daripada laman web pejabat pendaftar perkahwinan menunjukkan peningkatan lapan kali berbanding purata harian untuk perkahwinan bukan Islam. Perkahwinan oang Islam direkod secara berasingan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Ketua polis simpan perempuan kembar dipecat

Posted: 10 Dec 2012 07:34 AM PST

BEIJING: Seorang ketua polis China dituduh di Internet menyimpan dua adik-beradik kembar sebagai perempuan simpanan telah dipecat, lapor media kerajaan semalam. Ia adalah kes terbaru pegawai kerajaan yang terjebak dalam skandal seks dan rasuah di negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketua Polis Wusu, bandar kecil di wilayah Xinjiang di barat daya China, Qi Fang disingkirkan daripada jawatannya selepas berita bahawa dia menyimpan dua perempuan simpanan dan mendapatkan pekerjaan untuk mereka dalam pasukan polis terbongkar, lapor media kerajaan, Global Times. Qi mengatur pekerjaan untuk dua wanita terbabit selepas dia dinaikkan pangkat tahun lalu untuk mengendalikan Biro Keselamatan Awam tempatan yang menyelia pasukan polis. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Pelajar kolej dilarang pakai jeans, baju singkat

Posted: 10 Dec 2012 07:34 AM PST

NEW DELHI: Tindakan sebuah kolej di India melarang siswinya daripada memakai jeans, baju singkat dan kemeja-T untuk membanteras gangguan seksual, mencetuskan kemarahan pelajar dan aktivis hak asasi kemanusiaan.

Kolej Wanita Adarsh dinegeri Haryana, kira-kira 110 kilometer di barat New Delhi berkata, pelajar akan didenda 100 rupee (RM5.60) setiap kali mereka melanggar etika berpakaian itu. "Kami mengenakan larangan terhadap pemakaian jeans dan kemeja-T kerana ia sangat kebaratan, begitu juga dengan baju singkat," kata ketua kolej itu, Alaka Sharma kepada saluran berita NDTV.


"Pakaian singkat tidak menutupi tubuh mereka dan ia menjadi punca mengapa mereka berdepan masalah sering diganggu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Aceng cerai isteri tiada dara

Posted: 10 Dec 2012 07:33 AM PST

JAKARTA: Seorang ahli politik meninggalkan isterinya, Fani Oktora, 18, empat hari selepas mereka berkahwin kerana dikatakan sudah tiada dara ketika kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.

Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri berkata:"Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan seks buat kali pertama."

Katanya, dia mahu berkahwin dengan wanita yang cantik di luar dan dalam.

Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu.


"Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya 'membelinya' saya dapati dia tidaklah seperti yang 'diiklankan' jadi saya pulangkan dia," kata Aceng.


Perbuatan Aceng itu menyebabkan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita dan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan.

Malah, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Calon pemimpin muda Indonesia belum dapat kepercayaan rakyat

Posted: 10 Dec 2012 07:31 AM PST

JAKARTA: Kajian yang dibuat oleh Institut Kajian Indonesia (INSIS) baru-baru ini mendedahkan, ahli politik muda belumberjaya mendapat kepercayaan orang ramai untuk meneraju negara pada 2014.

Kajian menunjukkan 80 peratus daripada 1,070 responden masih tidak tahu apa bila ditawarkan senarai ahli politik muda, berusia antara 35 dan 55 tahun, untuk menjadi calon presiden pada pilihan raya presiden 2014.

Pengkaji di INSIS, Mochtar W. Oetomo berkata, "Rakyat Indonesia masih tidak tahu siapa ahli politik muda yang mahu dipilih untuk menjadi Presiden Indonesia yang baru."

Kata-kata Mochtar itu sama dengan beberapa penganilisis politik yang ragu-ragu ahli politik muda akan bertanding dalam pilihan raya presiden 2014 nanti.


"Mereka masih kurang pengalaman dalam modal politik dan sosial untuk bertanding menentang ahli politik lama dalam pilihan raya presiden 2014," katanya. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Ahli politik paling rasuah berbanding pekerja bidang lain

Posted: 10 Dec 2012 07:31 AM PST

BANGKOK: Ahli politik lebih rasuah berbanding mereka yang terbabit dalam pekerjaan lain, menurut laporan Soal Selidik Suan Dusit, semalam.

Ditanya kumpulan mana yang mereka rasa paling rasuah, 45.39 peratus memilih ahli politik, 30.24 peratus penjawat awam, 12.86 peratus anggota polis dan tentera dan 11.51 peratus ahli perniagaan dan pelabur.

Ditanya pendapat mereka mengenai kedudukan Thailand di tempat ke-88 Indeks Persepsi Rasuah dalam Transperancy International yang dikeluarkan minggu lalu, 33.25 peratus berkata ia memalukan dan memburukkan imej negara, 28.06 peratus berkata, masalah itu perlu diselesaikan segera, 22.96 peratus merasa bimbang dengan masalah rasuah di Thailand dan 15.73 peratus berkata tindakan keras terhadap rasuah masih kurang efektif.

Soal selidik itu dibuat ke atas 1,286 orang di seluruh negara. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


Lelaki pecah rumah tidur bogel dengan wanita gila

Posted: 10 Dec 2012 07:30 AM PST

LAMPANG: Seorang lelaki menyelinap masuk ke sebuah rumah dan ditangkap berbaring bersama seorang wanita sakit mental, kata polis, semalam.

Lelaki itu, Thong Tomee memberitahu polis, dia tidak mengadakan hubungan seks dengan wanita berusia 30 tahun itu dan hanya berbogel dan baring di sebelahnya kerana dia merasa panas.

Adik lelaki wanita pesakit mental itu memberitahu polis, dia dan anggota keluarganya keluar membeli-belah dan meninggalkan wanita itu berseorangan di rumah.

Apabila mereka pulang, mereka melihat sebuah motosikal di letak di hadapan rumah dan mengesyaki rumah mereka dipecah.


Mereka terus ke bilik adik perempuan mereka dan terkejut melihat Thong tidur dalam keadaan berbogel di sebelahnya.


Suspek didakwa menceroboh dan berkelakuan tidak senonoh. Wanita itu akan diperiksa sekiranya ada tanda dirogol. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10


No comments:

Post a Comment