Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


'Ahli sihir' mati dibakar

Posted:

Sydney: Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea.

Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta.

Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan mengguna sihir.

Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu.

Foto

KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar.


Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir.


Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa lalu.

Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab.

Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian.

Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup.

Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Penduduk berang gantung harimau

Posted:

New Delhi: Sekumpulan penduduk kampung di India memukul seekor harimau bintang dan menggantungnya di pokok selepas haiwan itu menyerang tiga penduduk di negeri Assam.

Kejadian berlaku di kampung Choriyakhola Bisiondoi, Golokgunj yang terkenal sebagai habitat haiwan itu.

Seekor harimau bintang dikatakan menceroboh masuk ke rumah seorang penduduk, Haren Roy sebelum menyerang mangsa serta dua lagi anggota keluarganya.

Penduduk kampung yang bergegas ke rumah Roy selepas mendengar jeritan meminta tolong mengejar haiwan itu, lapor akhbar Business Standard of India.


Roy dan dua ahli keluarganya dimasukkan ke hospital awam Dhubri dan dikatakan kritikal. Seorang mangsa cedera parah di muka.

Assam menyaksikan peningkatan serangan haiwan terhadap manusia sejak beberapa tahun lalu. Penduduk yang sebelum ini menghormati haiwan mula membunuh binatang itu berikutan berang dan ketakutan.

Tiada statistik rasmi mengenai kematian harimau bintang yang dibunuh oleh penduduk, tetapi laporan tidak rasmi meletakkan angkanya adalah kira-kira 70 antara tahun 2005 hingga 2011, menurut Indian Express.

Pada Mac tahun lalu sekurang-kurangnya lapan orang cedera apabila dua harimau bintang di Kamrup menyerang mereka di padang. Penduduk kampung membunuh seekor, manakala seekor lagi melarikan diri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Bayi mangsa ganas bapa meninggal dunia

Posted:

Rajasthan: Seorang bayi perempuan yang hidung dan bibirnya digigit bapanya yang mabuk apabila dia tidak berhenti menangis, meninggal dunia kelmarin.

Keadaan Radha yang beusia lima bulan semakin teruk lima hari selepas dia menjalani pembedahan mengubah semula wajahnya yang cacat di Hospital Kerajaan Sawai Man Singh di Jaipur, India. Kematiannya berlaku selepas dia disusukan ibunya apabila dia tersedak, menyebabkan susu itu masuk ke dalam paru-parunya. Bapa bayi itu, Bhadar Singh, buruh ladang dari kampung Siyana, Rajasthan berdepan dengan tuduhan membunuh. Singh, 36, bertindak kejam ke atas Radha pada 26 Januari lalu selepas pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mendapati isterinya, Santosh dan kakaknya, Siroj memakai inai di tangan mereka.


Dia menyuruh isterinya berbuat sesuatu tetapi wanita terbabit enggan dan mengatakan dia perlu menunggu inainya kering.

Ia menyebabkan Singh berang dan mula mendera serta memukul Santosh. Anak perempuan sulung, Bhanwar Kanwar, tiga tahun mula menangis dan Singh turut melepaskan kemarahan ke atas kanak-kanak itu. Dia menggigit belakang tubuh, tangan dan anggota lain Bhanwar sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke tanah.


Bunyi bising berkenaan mengejutkan Radha yang tidur di bilik bersebelahan menyebabkan dia juga menangis sebelum menjadi mangsa bapanya.


Singh dikatakan menggigit hidung dan bibir Radha hingga menyebabkannya putus. Doktor berkata, Radha perlu menjalani pembedahan plastik secara lanjut agar dia boleh bercakap dan makan dengan normal. Dia dipindahkan ke Jaipur untuk rawatan pakar , tempat dia meninggal dunia semalam.

Singh ditahan mengikut akta jenayah kerana menyebabkan kecederaan parah dengan niat membahayakan. Dia berdepan hukuman penjara mulai dari 10 tahun hingga seumur hidup. Dakwaan terhadapnya dijangka akan diubah kepada tuduhan membunuh. Susulan daripada kejadian itu, isterinya diusir oleh ibu bapa Singh dari rumah mereka. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Bayar RM600 supaya henti guna Facebook

Posted:

Boston: Seorang bapa dari Wellesley, Massachusetts membayar anak perempuannya berusia 14 tahun sebanyak AS$200 (RM600) agar berhenti menggunakan Facebook selama lima bulan.

Paul Baier dilaporkan memutuskan untuk membayar anak perempuannya, Rachel agar berhenti menggunakan Facebook dan remaja terbabit diminta menandatangani kontrak itu.

Rachel menutup akaun Facebook dan memberitahu kata laluan miliknya kepada bapanya selepas menerima wang itu.

Ini bukan kali pertama seorang pegguna Facebook memutuskan untuk berehat panjang daripada menggunakan perkhidmatan itu.


Akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua pertiga pengguna Facebook secara sukarela berehat kerana 'khabar angin keterlaluan daripada kawan mereka' dan 'bimbang mengenai privasi' masing-masing.


"Menurut kaji selidik terbaru diterbitkan Pusat Penyelidikan Pew AS, hanya empat peratus pengguna Facebook memilih hak privasi, dengan satu peratus mengatakan mereka tidak suka berkongsi kehidupan mereka di Facebook. Hanya dua peratus berkata, mereka memilih untuk berkomunikasi secara bersemuka," lapor The Guardian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Kanak-kanak 9 tahun lahirkan anak

Posted:

Zapopan (Mexico): Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor melahirkan anak.

Pihak berkuasa Mexico berkata semalam, kanak-kanak itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan, di negeri Jalisco, barat negara itu. Ibu kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dafne memberitahu pihak berkuasa tempatan: "Anak saya sangat gemuk ketika hamil. Bapa bayi itu ialah remaja berusia 17 tahun, tetapi kami belum lagi bertemunya kerana dia melarikan diri." Jorge Villasenor dari pejabat pendakwa raya berkata: "Kami masih memburu remaja lelaki itu untuk mendapatkan maklumat daripadanya kerana kanak-kanak perempuan terbabit tidak faham apa yang berlaku.


"Ini adalah kes pemerkosaan atau penderaan seks kanak-kanak," katanya. Kanak-kanak itu dan anaknya yang dalam keadaan sihat keluar dari hospital hujung minggu lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Pergaduhan punca bayi digilis kereta

Posted:

Beijing: Polis China menahan seorang pemandu dan seorang pegawai kerajaan tempatan selepas seorang bayi dilanggar.

Kejadian berlaku ketika pihak berkuasa tempatan sedang mendenda ibu bapa bayi berkenaan kerana mempunyai terlalu ramai anak.


Bayi itu adalah anak ketiga pasangan terbabit. China mengehadkan kebanyakan pasangan yang tinggal di bandar dengan hanya seorang anak. Jabatan propaganda parti komunis tempatan berkata dalam kenyataannya semalam, polis turut menahan pasangan itu kerana disyaki menyebabkan kematian kerana cuai.

Dikatakan 12 pegawai parti berkenaan bertengkar dengan pasangan itu Isnin lalu di bandar Rui'an di wilayah Zhejiang di timur negara itu. Lelaki itu sedang mendukung anak lelakinya yang berusia 13 bulan ketika pegawai terbabit menghalangnya memasuki sebuah kereta dan menjerit kepada pemandunya supaya segera beredar.


Bayi berkenaan terlepas daripada dukungan bapanya, sebelum dia digilis kereta itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Minta jel 9 tahun

Posted:

Jakarta: Pendakwa memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara sembilan tahun dan denda Rp200 juta (RM 63,676) atau empat bulan penjara ke atas dua lelaki Malaysia yang dituduh menghalang siasatan satu kes rasuah, semalam.

Permohonan itu dibuat pasukan pendakwa Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia diketuai Guntur Ferry.


Kata Guntur, dua tertuduh - Mohamad Hasan Kushi dan R Azmi Muhamad Yusof - didapati melakukan kesalahan membantu seorang suspek melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa. "Kedua-dua mereka membantu Neneng Sri Wahyuni melarikan diri secara haram dan memesan tiket penerbangan untuk membolehkan suspek meninggalkan Batam menuju Jakarta," katanya.

Nenang dikehendaki pihak berkuasa dalam siasatan kes rasuah membabitkan stesen jana kuasa solar Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.


Selain isteri bekas Bendahari Parti Demokrat, Muhammad Nazaruddin, yang menguasai kerajaan Indonesia ketika ini, Neneng adalah Pengarah Kewangan PT Anugerah Nusantara yang dikaitkan dengan skandal berkenaan. Kata Guntur, Mohamad Hasan dan R Azmi berniat membantu Neneng mengelak ditahan pihak berkuasa Indonesia atau Interpol.


Selepas tiba di Jakarta, kata Guntur, kedua-dua lelaki warga Malaysia itu mencadangkan Neneng supaya tidak pulang ke rumah, sebaliknya bersembunyi di sebuah apartmen. "Berdasarkan tindakan itu, tertuduh mempunyai niat melakukan kesalahan itu dengan sengaja," katanya.

Guntur berhujah, Mohamad Hasan dan R Azmi memberi imej buruk kepada pelaksanaan undang-undang Indonesia dan tidak menyokong usaha kerajaan membanteras rasuah. - kompas.com

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Lapan maut ditimbus tanah runtuh

Posted:

Jakarta: Lapan penduduk Luwung di daerah Brebes, Jawa Tengah, tertimbus hidup-hidup dalam kejadian malam kelmarin.

Hasil tindakan penyelamat, dua mangsa ditarik keluar, manakala selebihnya meninggal dunia.


Lima lagi mangsa lain masih hilang. Tanah runtuh melanda perkampungan di pinggir cerun curam Gunung Slamet - lebih dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai Gunung Sumbing.

Penyelaras Pasukan Pencari Dan Penyelamat Cilacap Tri Joko Priyono berkata, kejadian berlaku ketika penduduk kampung itu cuba melindungi tanaman jagung mereka daripada dirosakkan sedikit tanah yang runtuh lebih awal.


"Selepas runtuhan awal, berlaku dua lagi tanah runtuh," katanya.


Keadaan menjadi lebih sukar apabila hujan agak lebat sebelum diikuti hujan renyai-renyai semalam.

Kata Tri Joko, pihaknya bimbang lebih banyak tanah runtuh berlaku kerana keadaan di situ tidak stabil. Sementara itu, sekurang-kurangnya 40 rumah tertimbus dalam kejadian lain di Kampung Pamah, Dairi, Sumatera Utara, kelmarin. Walaupun tiada kematian dilaporkan, penduduk di tiga perkampungan di Tanah Pinem terputus hubungan laluan darat kerana semua jalan ke situ ditimbus tanah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Presiden PKS galak amal poligami

Posted:

Jakarta: Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Anis Matta, menggalakkan rakannya di Dewan Rakyat Indonesia mengamalkan poligami, lapor media semalam.

Dalam pertemuan perpisahan dengan empat pemimpin Dewan Rakyat itu, Anis melahirkan kekagumannya terhadap kesepaduan mereka bekerja sebagai satu pasukan. "Saya meminta maaf kepada semua pemimpin dewan ini.


"Semua kita sentiasa bersefahaman, kecuali mengenai poligami," katanya berjenaka.

Komen Anis itu menyebabkan orang ramai yang hadir ketawa.


Anis mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas dilantik sebagai Presiden PKS awal bulan ini.


Turut hadir dalam pertemuan semalam, pemimpin Parti Demokrat, Marzuki Alie, Priyo Budi Santosa (Speaker Dewan Rakyat dari Golkar), Pramono Anung (Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan) dan Taufik Kurniawan (Parti Amanat Bangsa).

Sementara itu, Marzuki berkata, wakil rakyat wajar "mula mempertimbangkan untuk berpoligami." "Sebagai lelaki, kita mesti mengakui ada keinginan untuk berpoligami, tetapi kita tidak berani kerana kita bimbangkan isteri dan anak-anak," katanya. - The Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Presiden Filipina lawat pangkalan MILF

Posted:

Manila: Presiden Filipina, Benigno Aquino, akan membuat lawatan bersejarah ke kubu kuat pejuang Islam di selatan negara itu dalam usaha Manila mendorong rundingan damai diadakan lebih cepat, kata pegawai semalam.

Aquino akan melawat kawasan pinggir pangkalan utama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Isnin ini.


Lawatan itu menjadi misi damai pertama dibuat seorang presiden sejak perjuangan menuntut hak di kalangan penduduk Islam di situ bermula pada 1970-an. Jurucakap Aquino, Ricky Carandang, berkata Presiden Filipina itu bertemu Pengerusi MILF, Murad Ebrahim, apabila kedua-duanya menyaksikan projek kebajikan sosial tempatan. "Ia bukan pertemuan rasmi, tetapi kehadiran mereka akan mengukuhkan komitmen bahawa kedua-dua pihak akhirnya akan mencapai keamanan akhirnya," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

No comments:

Post a Comment