Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


3 minit rompak berlian RM153j

Posted:

Brussels: Sekumpulan perompak bersenjata merompak berlian bernilai lebih £32 juta (RM153 juta) ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Brussels, semalam.

Lapan lelaki bersenjata menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland.

Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam.

Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri.

Foto

SEORANG pekerja menggunakan kren mengalihkan blok konkrit di pintu masuk ke landasan Lapangan terbang Antarabangsa Zaventem yang diceroboh perompak, semalam.


Kegiatan rompakan terancang itu mengambil masa hanya tiga minit.


Seorang pendakwa raya Belgium berkata: "Kumpulan lelaki itu bersenjatakan pistol tiba dengan dua kereta.

"Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.

"Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu."

Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes.

Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Curah air panas suami curang

Posted:

Bogota: Seorang isteri di Colombia dituduh mencurah air mendidih pada alat sulit suaminya ketika mangsa tidur selepas mendapat tahu lelaki itu curang.

Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.

Akhbar El Meridiano melaporkan Netan tiba di kediamannya pada awal pagi semalam selepas memberitahu Yolivel dia keluar minum bersama rakannya.

Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.


Apabila air itu mendidih, dia membawa cerek ke dalam bilik tidur dan mencurahkan air berkenaan pada kemaluan suaminya.


Jiran mereka di bandar Martinez dekat Cereta di timur laut Colombia berkata, Netan menjerit kesakitan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat.

Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya 'rosak teruk' akibat insiden itu.

Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan.

Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang.

Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga.

Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur.

Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age.

Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel.

Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Lelaki mengaku bunuh, cincang isteri

Posted:

Ras Al Khaimah: Seorang lelaki Iraq, semalam mengaku membunuh dan mencincang mayat isterinya.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai AJA dan berusia 47 tahun itu memberitahu polis, dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya. Mereka bergaduh sepanjang masa sejak tujuh tahun lalu.


AJA menyerah diri di sebuah balai polis di Abu Dhabi selepas polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya.

Mayat mangsa ditemui anak pasangan itu yang berusia 21 tahun, HAJ, di rumah mereka. Pasangan terbabit juga mempunyai dua anak perempuan berusia 16 dan 13 tahun yang bersekolah ketika kejadian.


Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Budak 4 tahun dibunuh, disimen

Posted:

Surabaya : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh dan mayatnya disimen di sebuah lorong kecil di daerah Tanjung Perak di bandar raya ini Mangsa yang dikenali sebagai Fahri dipercayai menjadi mangsa pembunuhan keluarganya sendiri.

Mayat Fahri ditemui seorang penduduk yang melintas lorong kecil dekat dengan kediaman mangsa dan sebuah rumah tinggal di kawasan penempatan Jalan Endorosono.


Penduduk terbabit ternampak satu benda mencurigakan kelihatan seperti patung kanak-kanak, tetapi apabila mendekatinya dia mendapati ia mayat kanak-kanak yang sudah disimen. Penduduk itu yang terkejut kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Ketua Balai Polis Tanjung Perak, Lily Djafar mengesahkan penemuan mayat mangsa cilik yang disimen itu ketika dihubungi, semalam.


Dia berkata, pada awalnya mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya Sabtu lalu. "Anggota kami sudah melakukan operasi mencari, tetapi mangsa gagal ditemui," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Peluru dikeluarkan dari kepala

Posted:

Makassar: Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang mengambil masa sejam.

Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas terkena tembakan peluru sesat pada 1 Februari lalu.


Fatir dilaporkan dalam keadaan baik selepas pembedahan itu. Dia masih dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat pernafasan.

Peluru yang dikeluarkan dari kepala Fatir dikategorikan sebagai peluru berbahaya. Hingga kini identiti penembak masih belum diketahui.


Pengarah hospital Dr Abdul Kadir berkata, pembedahan berjalan lancar dan selesai lebih cepat daripada jangkaan.


Prosedur berkenaan dilakukan sepasukan lapan doktor menggunakan peralatan canggih. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

FPI desak bubar Densus 88

Posted:

Solo: Barisan Pembela Islam (FPI) menggesa kerajaan Indonesia membubarkan Densus 88, unit antipengganas polis negara itu.

"Densus 88 perlu dibubarkan kerana negara kita sudah mempunyai undang-undang, termasuk cara menangkap orang untuk menjalani proses perbicaraan," kata Ketua FPI Solo, Khoirul Rus Suparjo, semalam.


Katanya, tindakan unit berkenaan terlalu kejam dan tidak telus.

"Mereka menembak mati walaupun orang yang ditembak itu baru saja menjadi suspek. Mereka menangkap orang yang disyaki tanpa menggunakan prosedur. Setakat ini, tidak ada pihak yang bersedia mendakwa anggota kumpulan berkenaan," katanya, semalam. - Detik

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Golkar di hadapan

Posted:

Jakarta: Parti Golongan Karya (Golkar) akan memenangi pilihan raya Indonesia sekiranya diadakan sekarang.

Perkara itu didedahkan dalam kaji selidik terbaru oleh Lembaga Survei Jakarta, semalam.


Hasil kaji selidik itu menunjukkan Golkar akan muncul sebagai pemenang dengan memperoleh 18.5 peratus undi, diikuti dengan Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) dengan 16.5 peratus undi.

Parti Gerindra pula menduduki tempat ketiga dengan 10.3 peratus sementara Parti Demokrat yang dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hanya meraih 6.9 peratus.


Dalam pada itu, LSJ yang menjalankan kaji selidik menggenai pemilihan presiden juga mendapati Gabenor Jakarta ketika ini, Joko Widodo juga PDI-P akan memenangi pilihan raya itu jika ia diadakan dalam masa terdekat.


Dengan menggunakan 1,225 responden dan menjalankan kajian itu dari 9 Februari hingga 15 Februari di 33 wilayah seluruh Indonesia, Joko meraih 18.1 peratus undi sementara Prabowo Subianto dari Parti Gerindra, 10.9 peratus. - Antara

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Rasa malu merosot

Posted:

Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam menyuarakan rasa kesalnya terhadap kemerosotan rasa malu di kalangan masyarakat negara itu.

Berucap sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina peringkat Nasional, Susilo berkata, rakyat negara itu perlu memandang berat terhadap masalah berkenaan.


"Perbuatan rasuah, menipu, jenayah dan fitnah adalah tanda-tanda merosotnya perasaan malu dalam kehidupan masyarakat kita. Kita perlu memberi perhatian terhadap masalah ini," katanya. - Detik

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Thailand perlu jujur mengenai peristiwa Tak Bai

Posted:

Bangkok: Kegagalan kerajaan mendedahkan peristiwa sebenar kejadian Tak Bai pada 2004 menjadi sebahagian daripada punca keganasan di selatan Thai.

Penyelidik Human Rights Watch, Sunai Phasuk berkata, ini dapat dilihat dengan cubaan menyerang sebuah pangkalan tentera di Narathiwat, minggu lalu.


Pejuang pemisah menggunakan alasan kejadian Tak Bai untuk menyerang pangkalan itu. Mereka juga menggunakan kejadian pada 2004 itu untuk mewajarkan perjuangan mereka. Kerana itu, kerajaan perlu mendedahkan kebenaran mengenai peristiwa Tak Bai," kata Sunai.

Kumpulan pemisah berkata, serangan Rabu lalu yang menyaksikan 16 anggota mereka terbunuh adalah sebagai tindak balas terhadap peristiwa Tak Bai. - The Nation

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Bukan kemalangan

Posted:

Pretoria: Oscar Pistorius melepaskan tembakan ke arah pintu bilik air tempat teman wanitanya bersembunyi selepas mereka bertengkar pada Hari Kekasih.

Tiga tembakan itu terkena Reeva Steenkamp, menyebabkan dia mati, kata pendakwa raya semalam, ketika dia mendakwa ikon sukan Afrika Selatan dengan tuduhan merancang membunuh.


Dalam perbicaraan untuk menetapkan ikat jamin, majistret berkata, Pistorius, atlit kudung kedua-dua kaki yang lebih dikenali sebagai 'Blade Runner, berdepan dengan ikat jamin paling serius dalam undang-undang Afrika Selatan.

Pistorius menangis ketika peguamnya bertegas menyatakan kematian Reeva itu adalah satu kemalangan.


Kejadian itu mengejutkan rakyat Afrika Selatan dan peminat sukan seluruh dunia yang memuja Pistorius kerana berjaya mengatasi kecacatannya untuk bertanding di Sukan Olimpik London, tahun lalu.


Reeva, 29, model dan juga siswazah undang-undang muncul kali pertama dalam program realiti televisyen Afrika Selatan yang disiarkan Sabtu lalu, dua hari selepas kematiannya.

Pendakwa raya, Gerrie Nel memberitahu mahkamah, pasangan itu bertengkar dan Reeva melarikan diri ke bilik air, tujuh meter dari bilik tidur dan menguncinya dari dalam.


Katanya, Pistorius, 26, bangkit dari katil, menyarung kaki palsunya untuk berjalan ke bilik air itu.

Menurutnya, pintu itu pecah selepas Pistorius melepaskan tembakan.


Bagaimanapun, peguam ahli sukan itu membantah dengan berkata, tidak ada bukti untuk mewajarkan tuduhan membunuh. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

No comments:

Post a Comment