Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Anak penggal bapa

Posted:

Sydney: Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.

Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.

Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.

"Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi," kata anggota polis.

Foto

POLIS dan ambulans di depan rumah Toufic di Sydney.


Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.


"Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans," kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.

Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.

Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: "Semua terkejut dan sangat sedih.

"Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Bayi 16 bulan telan 42 magnet

Posted:

Moscow: Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.

Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik.

Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik.

Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.


"Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya," kata jurucakap klinik.

Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: "Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak.

"Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Budak lahir bayi bukan berusia 9 tahun

Posted:

Bandar raya Mexico: Pihak berkuasa Mexico mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang melahirkan anak dua minggu lalu berusia 12 atau 13 tahun dan bukan sembilan tahun sebagaimana yang didakwa ibunya.

Mereka juga mengesahkan bapa tirinya yang berusia 44 tahun merupakan bapa bayi yang dilahirkannya itu.

Pegawai menggunakan ujian DNA bagi mengesahkan identiti bapa bayi itu selepas kanak-kanak terbabit memberitahu pekerja hospital teman lelakinya yang berusia 17 tahun menghamilkannya.

Pendakwa raya dilaporkan menjalankan ujian antropologi terhadap kanak-kanak itu yang kemudian membantu mereka menyimpulkan bahawa dia berusia antara 12 dan 13 tahun.


Bapa tirinya boleh didakwa dan hukuman penjara 12 hingga 20 tahun menantinya.


Sementera itu, Dafne, ibu, bapa tiri dan bayinya yang baru dilahirkan meninggalkan kediaman mereka yang berukuran 7 kaki X 25 kaki di pinggir bandar Colonial los Olivos dengan menaiki teksi kelmarin beberapa jam sebelum polis dan datuk bandar muncul untuk menyoal mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Lelaki mabuk panjat akuarium

Posted:

Jersey: Seorang lelaki yang dikatakan mabuk memanjat akuarium yang berisi ikan eksotik di sebuah hotel terkenal.

Seorang rakannya merakam perbuatan itu yang dilakukan di Hotel Radisson di Jersey, Amerika Syarikat.


Ketika beberapa rakannya yang lain menyuruh dia berenang, kakitangan hotel itu muncul dan menjerit ke arah mereka serta mengarahkan lelaki dalam akuarium itu keluar.

Lelaki berkenaan memanjat akuarium itu dan keluar dengan basah kusup sambil rakannya didengar berkata: "Lari Matt." Video itu dimuatnaikkan ke Internet dan sudah mencatatkan ribuan hit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Kesal keluarga jadi sasaran

Posted:

Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam menyuarakan rasa kesalnya kerana keluarganya kini sering menjadi bahan kritikan dan fitnah.

Beliau menyifatkan keadaan ketika ini sebagai tempoh paling sukar untuk beliau dan keluarganya.


"Ini masa yang paling berat bagi saya dan keluarga. Sejak 2004, kami berdepan keadaan sukar, tetapi kini lebih buruk lagi kerana sejak akhir-akhir ini saya dan keluarga sering menjadi bahan tohmahan dan juga fitnah," katanya kepada wartawan di Istana Negara di Jakarta. Bagaimanapun, Susilo mendakwa dia sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai 'serangan' yang ditujukan kepadanya. Namun, keadaan berbeza dengan keluarga dan rakanya "Keluarga dan rakan saya sering menjadi mangsa dan saya prihatin serta simpati paa nasib mereka," katanya.

Walaupun sering berdepan tohmahan, keadaan itu tidak memutuskan semangat Susilo untuk terus memimpin Indonesia sehingga pilihan raya tahun depan.


"Setiap kali bertemu rakyat, puluhan ribu yang akan menyapa saya. Semua itu memberikan saya tenaga untuk meneruskan amanat yang telah diberikan kepada saya. Saya dan keluarga sedia berkorban hingga tahun depan," katanya. - Republika

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

900,000 bakal hilang kerja

Posted:

Jakarta: Menteri Perindustrian MS Hidayat, semalam memberi amaran kemungkinan pemberhentian kerja secara besar-besaran pada April ini jika pihak berkuasa terbabit gagal menunda dasar gaji minimum .

Menurutnya, kira-kira 900,000 pekerja di sekurang-kurangnya 1,320 syarikat makanan, minuman, tembakau, tekstil, pakaian dan perabot kemungkinan akan hilang pekerjaan. "Syarikat terbabit tidak boleh menanggung kos gaji minimum baru itu yang akan menyaksikan kenaikan purata sebanyak 43 peratus," katanya.


Hidayat juga berkata, syarikat berkenaan juga berdepan dengan kesukaran untuk mengurangkan jumlah pekerja bagi menampung kenaikan gaji memandangkan kos untuk memberhentikan pekerja amat mahal.

Pentadbiran serantau bersetuju untuk meningkatkan gaji minimum pada 2013 antara 30 hingga 40 peratus, kesan daripada tekanan kesatuan pekerja.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Majikan Indonesia (Apindo) Sofjan Wanandi menganggarkan 15,000 pekerja di Jakarta kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu akibat dasar gaji minimum itu.


"Saya bimbang kita akan melihat lebih ramai yang akan diberhentikan dalam masa beberapa bulan akan datang kerana banyak syarikat berkata mereka hanya mampu bertahan sehingga Mac." kata Sofjan.

Menurutnya, lebih 10 syarikat asing kebanyakannya dari Korea Selatan dan India sudah memindahkan operasi merekake negara Asia lain. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Anak SBY letak jawatan

Posted:

Jakarta: Setiausaha Agung Parti Demokrat, Edhie Baskoro Yudhoyono semalam mengumumkan keputusan meletak jawatan sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Edhie, 32, yang lebih dikenali sebagai Ibas dan anak bongsu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, beliau akan memberi tumpuan menyelamatkan parti berkenaan.


"Saya meletakkan jawatan sebagai anggota DPR dan memberi tumpuan kepada tugas selaku Setiausaha Agung Parti Demokrat untuk menyelamatkannya," kata Ibas pada sidang media di Parlimen, semalam.

Menurut Ibas, beliau bertindak demikian kerana tidak mahu tugasnya dalam parti menyebabkan tanggungjawabnya sebagai anggota DPR terbengkalai.


Edhie sebelum ini dikritik kerana tidak hadir pada sidang baru-baru ini.


Pengumuman semalam dibuat dua hari selepas dia dirakam menandatangani borang kehadiran, tetapi tidak hadir pada sesi persidangan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Ketua Polis Narkotik bebas

Posted:

Singapura: Bekas ketua polis narkotik republik ini semalam bebas daripada tuduhan rasuah selepas mahkamah menolak dakwaan dia menuntut seks oral daripada seorang kontraktor bagi membantu wanita itu memenangi tender kerajaan.

Bekas pengarah Biro Narkotik Pusat, Ng Boon Gay dituduh memberikan maklumat sulit kepada pembekal teknologi yang memberi keterangan dalam perbicaraan itu, tetapi kenyataannya didapati tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai. "Saya puas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap kamu menjangkaui keraguan munasabah," kata hakim mahkamah daerah, Siva Shanmugam kepada Ng selepas perbicaraan yang menarik perhatian warga Singapura dengan maklumat menggemparkan.


Penyokong Ng, 46, bersorak selepas keputusan diumumkan. Isterinya, Yap Yen Yen menyandarkan kepalanya pada bahu seorang anggota keluarga sambil mengesat air mata.

Pasangan itu kemudian meninggalkan mahkamah dengan berpimpin tangan. "Rasa lega kerana dibebaskan pada Hari Valentine," kata Ng kepada wartawan ketika diminta mengulas mengenai pembebasannya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Tiada pampasan untuk keluarga pejuang

Posted:

Bangkok: Keluarga 16 pejuang pemisah yang terbunuh dalam serangan ke atas pangkalan tentera di daerah Bacho, Narathiwat kelmarin tidak berhak mendapat bayaran pampasan standard sebanyak 7.5 juta baht (RM777,000).

Timbalan Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Lertkiat Wongpothinan berkata, mereka sebaliknya akan diberikan bantuan seperti kaunseling psikologi.


Lertkiat berkata demikian sebagai mengulas laporan kerajaan menimbang membayar pampasan kepada keluarga pejuang yang terbunuh.

"Mereka tidak termasuk dalam kategori keluarga mangsa yang tidak bersalah yang terbunuh dalam tindakan memerangi keganasan oleh tentera kerajaan," katanya.


Bagaimanapun, menurutnya, bayaran pampasan akan diberikan kepada penduduk yang mengalami kerosakan harta benda, seperti rumah, kereta dan ladang getah akibat daripada serangan kelmarin. - The Nation

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Berjaya kuasai pangkalan tentera

Posted:

Damsyik: Pejuang antikerajaan di utara Syria merampas hampir keseluruhan sebuah pangkalan tentera dalam pertempuran ketiga membuahkan kejayaan mereka dalam tempoh beberapa hari.

Turut dilaporkan, pejuang antikerajaan menawan hampir semua pangkalan tentera di Aleppo, utara negara itu. Katanya, sebahagian besar pangkalan "berada dalam kawalan pejuang" sehari selepas mereka melancarkan serangan terancang ke atas dua lapangan terbang yang menjadi kemudahan strategik dikawal tentera. Berpuluh-puluh orang terbunuh, kata Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain. Pejuang antikerajaan semalam menyerang sebuah pangkalan tentera udara di al-Jarrah juga di Aleppo selepas menawan empangan terbesar Syria di wilayah bersebelahan, Raqa, sehari sebelum itu. Aktivis berkata, pejuang di Aleppo mengalih sasaran dari ibu negeri wilayah itu kepada pangkalan tentera kerana ada peluru dan senjata di situ.


Mereka juga menyerang pangkalan tentera kerana di situ ada pesawat yang digunakan untuk mengebom musuh rejim Presiden Bashar al-Assad. Di bandar Aleppo sendiri, bekalan elektrik dan air terputus untuk hari keempat.

Pusat Media Aleppo berkata, kecelakaan kemanusiaan mungkin berlaku di bandar yang pernah menjadi hab komersial Syria itu. Mengulas kemaraan pejuang antikerajaan di Aleppo, Pengarah Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, berkata tentera mungkin terpaksa menyerahkan bahagian utara negara itu bagi menyelamatkan kawasan tengah. "Rejim Syria tahu mereka tidak mampu melakukan peralihan tanpa menguasai sebahagian wilayah untuk tawar-menawar," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

No comments:

Post a Comment