Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Seni perut boyot

Posted:

London: Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.

Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.

Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.

Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.

Foto

LEILA asyik melukis pada perut pelanggannya

Foto

ANTARA hasil seni Leila.


"Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.


"Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.

"Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.

"Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.

Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.

Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Trauma dilontar najis

Posted:

Chicago: Seorang wanita trauma selepas diserang oleh seorang lelaki dengan stokin penuh dengan najis manusia.

Pelajar berusia 21 tahun itu berada di dalam kereta api di Chicago, Amerika Syarikat apabila diserang tiba-tiba oleh seorang penumpang lain.

Menurut pelajar itu, kejadian berlaku beberapa minit selepas lelaki itu menaiki kereta api.

"Saya tidak mempedulikannya. Pada stesen berikutnya, dia secara tiba-tiba melontar najis itu pada muka saya," katanya.


Dia mengejar lelaki berkenaan tetapi gagal menangkapnya.


Polis yang menerima aduan pelajar berkenaan juga gagal mengesannya.

Menurut pelajar itu, kejadian itu membuatnya trauma.

"Ia penghinaan paling buruk pernah saya lalui. Saya rela dipukul dengan teruk kerana itu tidaklah seteruk dengan dilempar najis.

"Lebih teruk lagi, tidak ada siapa yang mempunyai sesuatu untuk membantu saya mengesat najis itu.

"Saya terpaksa menggunakan surat khabar," katanya.

Kejadian itu menyebabkan dia berhati-hati menggunakan pengangkutan awam.

"Saya akan memerhatikan orang di sekeliling saya sebelum naik," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Tak mungkin budak 9 tahun

Posted:

Mexico City: Budak sembilan tahun yang dilapor melahirkan anak di Mexico kelihatan lebih tua, mungkin 15 tahun atau lebih.

Beberapa sumber berkata, tidak mungkin budak itu, Dafne, berusia sembilan tahun seperti yang didakwa ibunya.

Pada sidang akhbar semalam, Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Jarisco, Antonio Munoz berkata: "Ciri-ciri perubatan kanak-kanak itu tidak sama dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun.

"Dia mungkin lebih tua, mungkin lebih 15 tahun."


Pendedahan mengejutkan itu, jika benar, menimbulkan persoalan mengapa ibu Dafne dan bapa tirinya menyulitkan keadaan sehingga menyebabkan polis terpaksa melancarkan siasatan besar-besaran mengenai pencabulan kanak-kanak.


Satu alasan, mungkin ibunya yang tidak dinamakan mahu melindungi privasi Dafne kerana dia cuba memasukkan anaknya itu ke sekolah buat kali pertama.

Satu lagi alasan mungkin seperti yang didakwa oleh jiran, si ibu ialah pelacur yang mahu mengheret anak menjadi sepertinya memandangkan kanak-kanak sembilan tahun boleh memperoleh bayaran lebih tinggi daripada yang berusia belasan tahun.

Meskipun Dafne memiliki sijil lahir, cara dia memperolehnya tidak jelas.

Sijil lahir itu diperoleh 14 bulan lalu ketika dia cuba dimasukkan ke sekolah buat kali pertama.

Menurut jiran, Dafne cantik tetapi berusia lebih sembilan tahun.

Satu lagi isu, jika usia Dafne lebih 15 tahun, teman lelaki yang menyebabkan dia mengandung tidak akan didakwa dengan tuduhan jenayah kerana kesalahan seks menurut undang-undang Mexico membabitkan mereka berusia bawah 14 tahun.

Penyelaras media pejabat pendakwa raya Jarisci berkata, mereka sudah mula berusaha untuk menentukan usia sebenarnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Lelaki cuba perkosa wanita 81 tahun ditangkap

Posted:

Lampang (Thailand): Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba merogol seorang wanita berusia 81 tahun di rumah mangsa di daerah Muang.

Polis berkata, lelaki berumur 53 tahun itu memasuki rumah wanita tua berkenaan malam Khamis lalu dan cuba merogolnya ketika anggota keluarga wanita itu berada di rumah jiran.


Wanita berkenaan memukul muka penyerangnya sambil menjerit meminta pertolongan.

Lelaki terbabit yang panik cuba melarikan diri menerusi pintu depan tetapi dihalang oleh anak wanita berkenaan yang menumbuknya hingga jatuh.


Bagaimanapun, penyerang itu masih berupaya melarikan diri.


Polis yang menerima laporan kejadian, mengesan lelaki itu dua jam kemudian di Hospital Lampang.

Dia berada di situ mendapatkan rawatan sebelum polis bertindak menangkapnya.


Lelaki itu, Jarun Kumjongga mengaku ini kali kedua dia cuba merogol wanita tua berkenaan.

Dia ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa beberapa hari lagi. - Bangkok Post.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Polis Mexico tembak mati 3 rakan polis

Posted:

Mexico City: Polis Mexico semalam menyerang satu konvoi membawa seorang pendakwa raya kanan negara itu, menyebabkan tiga anggota polis yang mengiring pendakwa raya berkenaan terbunuh.

Konvoi itu dalam perjalanan mengiringi pendakwa raya negeri Morelos, Rodrigo Dorantes Salgado pulang ke rumahnya di bandar Cuernavaca, 90 kilometer ke selatan Mexico City.


Menurut seorang pegawai, polis yang mengendalikan sebuah pusat pemeriksaan mengarahkan konvoi empat kereta itu berhenti. Tiga daripadanya mematuhi arahan sementara kereta yang membawa Salgado memecut atas alasan keselamatan.

Ia menyebabkan polis melepaskan tembakan. Pengawal peribadi yang berada di dalam kereta itu membalas serangan tetapi bilangan mereka yang kecil berbanding anggota polis berkenaan menyebabkan mereka terbunuh. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Sukarelawan diserang hendap

Posted:

Bangkok: Seorang sukarelawan pertahanan terbunuh dan rakannya cedera parah selepas mereka diserang hendap di daerah Yarang di wilayah Pattani, semalam.

Jurucakap polis, Jirawat Thongtha berkata, mangsa dikenali sebagai Sulhiblee Ta-yeh, 28.


Menurut polis, mangsa dan rakannya, Ibrorhim Salae, 30, menaiki pikap dalam perjalan pulang di Yala dengan mengikuti jalan biasa apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di sebalik pokok getah menyerang mereka.

Penyerang berkenaan kemudian melarikan diri.


Menurut Jirawat, Sulhiblee yang ditembak beberapa kali mati terperosok di tempat duduk pemandu.- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Silap bakar mayat

Posted:

London: Dua pekerja sebuah syarikat pengurusan mayat dipecat sementara siasatan dilancarkan untuk memastikan punca dua mayat bertukar hingga menyebabkan kesilapan membakar mayat berkenaan.

Kesan kesilapan itu menyebabkan anggota keluarga yang mempercayai mereka mengadakan penghormatan terakhir sebenarnya mengadakannya untuk orang yang mereka langsung tidak kenal.


Keranda yang dipercayai mengandungi orang yang mereka sayang berisi mayat orang lain.

Kesilapan itu hanya diketahui selepas upacara pembakaran mayat yang diadakan di Gateshead apabila satu keluarga lain terpaksa mengadakan upacara serupa dengan keranda kosong kerana mayat anggota keluarga mereka sudah dibakar pada majlis terdahulu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Huru-hara di Mesir, Tunisia

Posted:

Tunis/Kaherah: Tunjuk perasaan ganas di tempat bermulanya Kebangkitan Arab meletus apabila ribuan remaja bertempur dengan polis di Tunisia ketika majlis pengebumian pemimpin pembangkang Chokri Belaid dan di Mesir apabila penentang kerajaan melontar istana presiden dengan bom api.

Polis Tunisia melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melontar batu dan membakar kenderaan serta merompak sebahagian daripada 50,000 orang yang menghadiri upacara pengebumian Chokri di daerah Jebel al-Jaloud di Tunis.


Di Mesir, sekurang-kurangnya 120 orang cedera dalam keganasan di seluruh negara dengan yang paling ganas meletus di Tanta di Delta Nil, bandar asal aktivis Mohamed el-Gendi yang terbunuh dalam tunjuk perasaan minggu lalu.

Penunjuk perasaan juga menyerang istana presiden, melontar bom buatan sendiri dan batu.


Dua tahun selepas pemerintah kuku besi digulingkan, ramai rakyat Mesir dan Tunisia masih tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lihat sebagai cubaan prokerajaan Islam merampas revolusi mereka tanpa \= usaha meningkatkan kehidupan rakyat.


Chokri yang mati di hospital selepas ditembak empat kali di luar rumahnya di Tunis adalah pemimpin Parti Barisan Popular dan sering mengkritik kerajaan.

Kematiannya memburukkan lagi krisis politik Tunisia dan meningkatkan ketegangan di negara Afrika Utara itu yang membantu memulakan Kebangkitan Arab.


Majlis pengebumiannya berlaku dengan kekacauan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Golongan remaja melontar batu ke arah polis yang cuba menghalang mereka membakar kereta di kawasan berhampiran tanah perkuburan.


Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata. "Remaja itu tidak boleh dikawal dan liar, tidak ada ideologi politik," kata saksi, Moncef Chebbi, 68, yang hadir pada majlis pengebumian itu. Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Chokri, peguam dan juga tokoh pembangkang sekular.


Di Mesir, penduduk berarak dan melaungkan slogan anti Presiden Mohamed Mursi di bandar raya di seluruh negara itu dan sebahagian kecil menyerang istana presiden dengan bom api dan batu.


Tunjuk perasaan ganas mula meletus pada hari ulang tahun kedua kejatuhan Hosni Mubarak bulan lalu. Di Zagaziz, utara Kaherah, penunjuk perasaan berkumpul di kawasan kediaman Mursi, melontar batu ke arah polis sambil melaung, "Rakyat mahu gulingkan rejim." Di al-Mahalla al-Kubra, sebuah lagi bandar di Delta Nil, penunjuk perasaan juga melontar bom api dan merempuh bangunan pejabat majlis perbandaran. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

No comments:

Post a Comment