Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tanah perkuburan untuk ketua mafia

Posted:

Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya.

Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.


Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia.

Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.


Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.


Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg menunjukkan betapa uniknya Russia. "Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan," katanya. Melihat kepada gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah terbabit.

Foto

TANAH perkuburan Shirokorechenskoye menjadi tempat bersemadinya ramai penjenayah Russia.

"Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Salah buang buah zakar

Posted:

London: Seorang lelaki menyaman hospital yang menyebabkan dia tidak lagi mampu mempunyai zuriat selepas pakar perubatan di situ tersalah membuang buah zakarnya.

Pengarah syarikat berusia 48 tahun itu berkata, dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Salisbury selepas disyaki mengalami kanser Katanya, dia menjalani pembedahan dengan harapan buah zakar yang bermasalah itu dapat dibuang.


"Bagaimanapun, 40 minit selepas pembedahan dijalankan, doktor menyedari mereka melakukan kesilapan kerana memotong buah zakar yang sihat," katanya. Menurut sumber, buah zakar itu dibawa semula ke dewan pembedahan dan doktor cuba menyelamatkan keadaan tetapi gagal.

Lelaki terbabit yang berasal dari Wiltshire menuntut hospital membayar pampasan kepadanya atas kecuaian doktor mereka. Walaupun mempunyai anak daripada hubungan terdahulu, kesilapan itu menghalang lelaki terbabit mendapat zuriat.


Kata lelaki yang dirahsiakan identitinya itu, dia tertekan kerana tidak lagi mampu menjadi bapa. "Isu ini dikendalikan peguam saya," katanya. Sementara itu, satu badan pemantau pesakit menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh atas insiden berkenaan. Jurucakap Rangkaian Pembabitan Wiltshire berkata, kejadian menimpa lelaki terbabit sangat tragik. "Adalah jelas siasatan perlu dijalankan oleh hospital bagi mengetahui bagaimana kesilapan ini berlaku.


"Dengan pembedahan ini, seseorang lelaki meletakkan sepenuh keyakinan mereka kepada hospital," katanya. Badan yang mengendalikan hospital itu berkata, kejadian berkenaan sangat dikesali dan mereka meminta maaf kepada lelaki terbabit. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Jumpa kotak steroid

Posted:

Pretoria: Mahkamah semalam diberitahu, berkotak-kotak steroid, testosteron (hormon yang merangsang penghasilan sperma dan perkembangan organ jantina lelaki) serta jarum picagari ditemui di rumah Oscar Pistorius.

Menurut saksi, kotak itu ditemui dalam bilik tidur Pistorius.


Dalam perbicaraan hari kedua membabitkan atlet digelar Blade Runner itu, ketua penyiasat, Hilton Botha, berkata dia tiba di rumah mewah Pistorius di kawasan elit Pretoria itu kira-kira jam 4.15 pagi.

Ketika itu, kata Botha, teman wanita Pistorius, Reeva Steenkamp, disahkan mati dan mangsa hanya berseluar pendek putih dan jaket hitam.


Mayatnya ditutup dengan tuala.


"Seorang saksi memberitahu, mereka terdengar berlaku pergaduhan selama sejam antara jam 2 hingga 3 pagi sebelum bunyi tembakan dilepaskan," katanya.

Perbicaraan semalam dijalankan untuk menentukan sama ada Pistorius boleh diikat jamin atau sebaliknya.


Pistorius, 26, menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan terancang di Mahkamah Majistret Pretoria.

Dalam afidavit bersumpah Pistorius, dia mendakwa keadaan dalam rumahnya gelap ketika dia menembak bekas model itu.


Katanya, dia melepaskan tembakan melalui pintu tandas ketika berdiri tanpa menggunakan kaki palsu. Namun, polis berkata, saksi mengesahkan lampu rumah itu masih terpasang ketika mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan.


Menurut saksi, mereka terdengar bunyi wanita menjerit sebelum diikuti lebih banyak tembakan.


Botha berkata, dia percaya tembakan dilepaskan ke bawah dari tempat agak tinggi - membayangkan Pistorius memakai kaki palsunya ketika itu.


"Kayu pemukul kriket yang ditemui di bilik mandi dipercayai digunakan untuk memecahkan pintu tandas yang bersambung dengan bilik mandi," katanya.


Di atas alas tempat mandi, polis menemui sepucuk pistol serta iPhone 4 dan iPhone.


Kata Botha, polis menemui empat telefon di rumah Pistorius tetapi tiada satu pun dikesan digunakan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan.


Pistorius menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya ketika dia berusia 11 bulan.


Polis juga bercadang mendakwa Pistorius kerana memiliki sekotak peluru .38 calibre tanpa lesen. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Polis kawal tempat ahli politik pelampau berucap

Posted:

Melbourne: Polis terpaksa mengawal keadaan ekoran berlaku kekecohan di luar lokasi ahli politik pelampau Belanda, Geert Wilders, berucap tetapi tiada tangkapan dibuat.

Pihak berkuasa berkata, Wilders menyampaikan ucapan di depan ratusan hadirin dan menerima sambutan hangat selepas memberi amaran, kebanjiran penganut Islam boleh mengubah Australia.


Polis berkuda dipanggil ke luar bangunan itu ketika penunjuk perasaan cuba menghalang laluan masuk.

Jurucakap polis Victoria berkata, tiada tangkapan dibuat. Wilders dijadual berucap di Sydney esok, tetapi kemunculannya di Perth dibatalkan selepas tiada lokasi dapat ditemui untuk digunakan.


Ahli parlimen itu berkata, walaupun dia mahu kedatangan penganut Islam diharamkan, dia bukan mahu mencetuskan keganasan.


"Jika anda fikir apa yang berlaku di Eropah tidak akan berlaku di Australia, ada sangat salah," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Hadiah saintis ke Pyongyang

Posted:

Seoul: Korea Utara menghadiahkan saintis dan pekerja yang menjayakan ujian nuklear terbaru dengan lawatan penuh keriangan ke Pyongyang.

Agensi berita KCNA melaporkan, saintis, juruteknik, kakitangan dan pegawai yang bertugas dalam ujian 12 Februari lalu itu menikmati "keistimewaan terhebat" dan disambut sebagai wira ketika tiba di ibu negara Korea Utara itu.


Orang ramai juga berbaris di sepanjang jalan bersama jambangan bunga, sepanduk dan poster bagi meraikan kedatangan mereka.

"Mereka akan menghabiskan masa yang panjang di Pyongyang," lapor agensi berita berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Tembak mati 3 orang sebelum bunuh diri

Posted:

Los Angeles: Seorang lelaki menembak mati tiga orang di California semalam, termasuk seorang daripadanya secara dekat, sebelum membunuh diri.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dia lagi mangsa cedera selepas penyerang melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaan di jalan raya.


Jurucakap polis daerah Orange, Jim Amormino berkata, suspek dikenali sebagai Ali Syed, 20, yang menganggur, tiada rekod jenayah dan tinggal bersama ibu bapanya.

"Dia mengikuti pengajian di kolej tempatan," katanya.


Kata Amormino, motif serangan masih dalam siasatan.


Secara keseluruhan, katanya, Ali melakukan tiga pembunuhan dan lima cubaan membunuh.

"Suspek seorang pemuda yang kesunyian dan tidak ramai kawan," katanya.


Mangsa pertama Ali ialah seorang wanita yang ditembak pada awal pagi di rumah keluarga suspek di Ladera Ranch.

Amormino berkata, mangsa tiada kaitan dengan keluarga Ali dan identitinya sedang dikenal pasti. "Ali kemudian melarikan diri menaiki kenderaan pelbagai guna sebelum melarikan kenderaan lain beberapa kali," katanya.


Jurucakap polis Tustin, Paul Garaven berkata, dalam satu daripada tindakannya, Ali "sangat sopan" ketika dia mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membiarkannya memandu.


Kata Garaven, Ali memberitahu pemilik kenderaan itu: "Saya tak mahu mencederakan anda. Saya baru membunuh seseorang dan ini hari terakhir saya. Beri saya kunci kenderaan anda." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

9 penasihat tangani krisis

Posted:

Bangkok: Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubamrung, melantik sembilan anggota kumpulan Wadah sebagai penasihatnya dalam isu selatan Thailand.

Walaupun dikritik sesetengah pihak, Chalerm tetap memilih pemimpin kumpulan dikaitkan dengan pemberontak di wilayah itu untuk membantunya menangani isu berkenaan.


Mereka yang dilantik ialah Den Tomeena, Wan Muhamad Nor Matha Wan, Areepen Uttarasin, Sukarno Matha, Najmuddin Uma, Phetdao Tomeena, Abdulrohman Absulsamad, Suthipan Sririkanont dan Sudin Phuyutthanont.

Kebanyakan mereka adalah tokoh politik dan sesetengahnya pernah menjadi menteri Kabinet serta ahli parlimen. Kumpulan Wadah mengumpulkan ahli politik berpengaruh dari beberapa parti dan pernah mendomimasi kerusi di Yala, Pattani dan Narathiwat.


Chalerm berkata, pelantikan itu dibuat kerana tokoh terbabit memahami masalah wilayah didiami penduduk majoriti Islam.


"Mereka dihormati penduduk setempat," katanya. Menurut Chalerm, jika pandangan mereka bermanfaat, tokoh terbabit akan diminta menghadiri mesyuarat Pusat Pelaksanaan Dasar Dan Strategi Untuk Penyelesaian Masalah Wilayah Sempadan Selatan. Sementara itu, keputusan Chalerm mengejutkan sesetengah pihak kerana sebahagian tokoh terbabit menganggotai kumpulan didakwa menyokong pemberontak. Senator Somchai Sawaengkarn, misalnya, mengingatkan Chalerm maklumat keselamatan mungkin bocor ketika dia berurusan dengan anggota Wadah. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Panglima tentera lawat Pattani

Posted:

Bangkok: Panglima Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha, semalam mengunjungi Pattani untuk membuat operasi susulan terhadap pemberontak di kawasan itu ketika maklumat risikan memberi amaran kemungkinan serangan bom kereta akan dilakukan.

Bangkok: Panglima Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha, semalam mengunjungi Pattani untuk membuat operasi susulan terhadap pemberontak di kawasan itu ketika maklumat risikan memberi amaran kemungkinan serangan bom kereta akan dilakukan.


Perisik menasihati agensi keselamatan di Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat supaya lebih berjaga-jaga kerana pemberontak dilaporkan memasang bahan letupan pada dua kenderaan iaitu lori pikap Isuzu dan kereta Proton sedan. Amaran itu dikeluarkan selepas lapan tentera cedera akibat serangan bom berhampiran pos kawalan di kawasan kuil di Yala.

Sebelum bertolak, Prayuth berkata, sebutir bom tangan dilemparkan ke arah tentera terbabit ketika mereka bermain bola sepak.


"Dua penyerang menaiki motosikal dan satu daripadanya berpakaian seperti wanita berhijab.


Prayuth berkata, tentera terbabit cuai dan mudah menjadi sasaran serangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Perogol wanita Scotland ditahan

Posted:

Bangkok: Polis semalam menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol wanita Scotland yang mahu mengajar di negara itu.

Suspek berusia 25 tahun ditahan di rumahnya di bandar Nakhon Si Thammarat.


Ketua Polis Daerah, Sompong Thiparpakul berkata, lelaki terbabit ditahan berdasarkan bukti dirakam kamera litar tertutup serta keterangan saksi. Mangsa yang berusia 20 tahun memberitahu polis, dia dirogol dua daripada empat lelaki yang menyerangnya selepas meninggalkan sebuah bar pada 15 Februari lalu.

Dalam temubual dengan media Scotland, mangsa turut mengkritik layanan polis serta media Thailand kerana menyiarkan nama serta gambarnya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

Dalang seludup orang dijel

Posted:

Jakarta: Sebuah mahkamah, semalam mengarahkan seorang lelaki Afghanistan dipenjara enam tahun kerana menyeludup pencari suaka ke Australia.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Timur mendapati Dawood Amiri bersalah melanggar undang-undang imigresen Indonesia dan bersekongkol dengan sebuah sindiket antarabangsa menyeludup pencari suaka dari Indonesia ke Australia. Tertuduh yang berusia 20 tahun itu juga diarah membayar denda RM245,000.


Dawood didakwa menyediakan bot usang untuk pencari suaka yang terkandas selepas bot asal mereka karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Krismas tahun lalu.

Kira - kira 90 orang maut dalam kemalangan berkenaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21

No comments:

Post a Comment