Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena

'Laluan tidak sukar'

Posted:

Kuala Lumpur: Tanpa Lin Dan dari China, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui laluannya untuk bergelar juara Seluruh England, tidak sesukar tahun lalu namun tetap melakukan persiapan terbaik kerana mana-mana pemain bukan sekadar China juga ada kemampuan untuk mengatasinya.

"Saya pasti semua orang bertanyakan mengenai peluang saya tanpa kehadiran Lin Dan, memang peluang saya lebih cerah tapi perlu diingat, China masih ada lima pemain," kata Chong Wei.

Lin Dan adalah juara bertahan Seluruh England, muncul juara tahun lalu selepas Chong Wei memberi kemenangan percuma kepada pemain itu kerana mengalami kecederaan.

"Saya mahukan semula kejuaraan yang terlepas tahun lalu. Begitupun saya perlu fokus menyelesaikan tugasan di setiap pusingan dulu sebelum berfikir jauh.

"Ketiadaan Lin Dan tidak bermakna Chen Long satu-satunya pencabar dari negara itu, malah Du Pengyu juga berbahaya selepas menunjukkan peningkatan permainan. Pemain negara lain seperti Indonesia, Jepun dan Korea juga perlu diberi perhatian." Tiga pemain China berada dalam laluan Chong Wei ke separuh akhir iaitu Wang Zhengming yang bakal ditemui di pusingan kedua, dan Du Pengyu atau Gaao Huan, di separuh akhir.

Dua pemain Indonesia, Taufik Hidayat dan Diyonisius Hayom Rumbaka serta Sho Sasaki dari Jepun juga berada dalam laluannya.

Foto

Datuk Lee Chong Wei

Begitupun laluan pilihan kedua, Chen Long dari China lebih berliku kerana rakan seniornya Chen Jin, Kenichi Tago (Jepun) dan Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) menjadi lawan yang pasti getir.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

Barca perlu tingkat permainan

Posted:

Madrid: Lionel Messi mengakui Barcelona perlu meningkatkan tahap permainan mereka selepas dua persembahan di bawah keupayaan sebenar bagi pertembungan El Clasico Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid, awal pagi esok.

Barca bermula hampir sempurna musim ini dan hanya keciciran mata dalam liga sebelum Krismas apabila seri 2-2 dengan Real Madrid di Mou Camp, selain kecundang di tangan Celtic pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Namun kini tanda-tanda keletihan mula ketara.

"Menentang Madrid kami perlu menghasilkan permainan terbaik kerana kami berdepan lawan hebat. Kami perlu berada pada tahap terbaik untuk layak ke final," kata Messi, menjelang separuh akhir kedua di Nou Camp selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama di Bernabeu.

Kedua-dua pasukan kemudian bertembung sesama sendiri dalam liga hujung minggu ini dengan Madrid ketinggalan 16 mata di belakang Barca.

Mereka dijangka mengungguli pertemuan dengan AC Milan dalam Liga Juara-Juara minggu lalu, namun gagal memecah kedegilan benteng pertahanan lawan kerana kelemahan gerakan dan hantaran.

Malah pemain terbaik dunia empat kali, Messi tidak menyengat walaupun mereka menguasai pegangan bola namun semuanya dimatikan lawan.

Benteng pertahanan Barca pula rapuh dan memberi peluang Milan menjaringkan dua gol untuk memberikan kelebihan pada perlawanan kedua.

Barca sekali lagi kurang menyengat di bahagian serangan pada babak pertama menentang Sevilla hujung minggu lalu dan ketinggalan sebelum bangkit pada babak kedua menerusi gol David Villa dan Messi.

Pemain Argentina itu meneruskan rekod jaringannya dalam liga kepada 15 perlawanan berturut-turut dan akan berusaha menambah jaringan menentang Madrid.

"Kami perlu kembali bermain seperti sebelum ini dan tidak memikirkan apa yang berlaku di Milan atau Sevilla," kata Messi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

Aksi mantap pertama Beckham

Posted:

Paris: David Beckham menikmati penampilan sulungnya bersama Paris Saint-Germain apabila dia tampil dari bangku pemain simpanan untuk membantu mencipta gol kedua ketika kemenangan 2-0 pendahulu Ligue 1 itu ke atas musuh tradisi, Marseille, awal pagi semalam.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kendalian Carlo Ancelotti mendahului tiga mata di depan Lyon yang terdahulu menundukkan Lorient 3-1.

Beckham, bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy, masuk pada minit ke-76 pada malam dingin dan bersalji di Paris dengan mendapat tepukan gemuruh.

Selepas sentuhan pertama dan dua lagi hantaran tepat, larian bola di bahagian sayap diiringi ejekan penyokong Marseille yang cuba menaikkan semangat pasukan mereka mencari gol penyamaan lewat perlawanan.

Namun bagaikan satu penamat Hollywood dalam penampilan sulungnya, Beckham memastikan tajuk utama akan sekali lagi memaparkan namanya dengan memainkan peranan penting bagi gol kedua PSG.

Pemain Inggeris berusia 37 tahun itu, pemain tertua dalam Ligue 1, bermain umpanan satu-dua bersama Jeremy Menez yang kemudian melakukan hantaran lintang yang singgah di kaki Zlatan Ibrahimovic bagi gol ke-22 pendahulu penjaring gol terbanyak dari Sweden itu. - AFP

Juve tujuh mata di depan

Posted:

Milan: Jaringan Paul Pogba, Sebastian Giovinco dan Stephan Lichsteiner membantu kemenangan 3-0 Juventus ke atas Siena di laman sendiri awal pagi semalam sekali gus mendahului dengan tujuh mata di depan pencabar terdekat Serie A, Napoli.

Dalam perlawanan lewat, AC Milan yang mendominasi perlawanan terpaksa berpuas hati dengan seri 1-1 dalam pertembungan jiran setempat dengan Inter Milan selepas Ezequiel Schelotto memadamkan gol pendahuluan Stephan El Shaarawy pada minit ke-21 buat Rossoneri.

Milan kekal di tangga ketiga, tempat terakhir ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara, namun kini ketinggalan 13 mata di belakang Juve.

"Ia satu keputusan yang adil," kata jurulatih Inter, Andrea Stramaccioni, dengan pasukannya kekal di tangga kelima, 14 mata di belakang Juve dan satu mata berbanding Milan.

"Milan bertindak hebat pada babak pertama tapi kami bangkit pada babak berikutnya." "Saya berpuas hati dengan persembahan babak pertama," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.

"Tapi kami sepatutnya mampu memenangi perlawanan pada babak pertama apabila kami mencipta banyak peluang." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

KTT Wirajaya belum puas

Posted:

Kuching: Muncul naib juara Karnival Futsal Harian Metro edisi Sarawak ternyata masih belum memberi kepuasan sepenuhnya kepada pasukan KTT Wirajaya.

Ini kerana, pasukan yang sering mencipta pelbagai kejayaan di sekitar Sarawak itu sememangnya mensasarkan untuk muncul juara.

Namun ketua pasukan, Ismail Ahmad berkata, nasib tidak menyebelahi mereka apabila terpaksa bertemu dengan War's 15 80's A yang muncul juara.

"Kami memang kerap berjumpa dengan mereka dan keputusan juga sering seimbang. Minggu lalu kami berjaya menewaskan mereka dalam satu kejohanan, tetapi hari ini (kelmarin) mereka pula menang ke atas kami.

"Saya akui KTT memang pasukan yang hebat, tetapi adat permainan ada menang kalah," katanya.

Bagaimanapun, Ismail berkata, dia serta rakan sepasukan tetap berpuas hati dengan pencapaian mereka pada saingan itu kerana bukan mudah untuk ke final.

"Kami tetap bersyukur kerana masih dapat muncul sebagai naib juara kerana saingan karnival ini cukup sukar sebab banyak sekali pasukan yang mengambil bahagian.

"Jika Karnival Futsal Harian Metro ini diteruskan pada masa akan datang, sudah pasti kami akan turut serta lagi," katanya.

Selaku naib juara, KTT membawa pulang RM2,000 pada saingan yang di bawa oleh AmBank.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

Bankers Tidal Bore mahu cuba lagi

Posted:

Kuching: Sering dilabel antara pasukan pilihan di Sarawak, Bankers Tidal Bore yang muncul naib juara Terbuka Wanita Karnival Futsal Harian Metro tetap berpuas hati dengan keputusan mereka itu.

Meskipun tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa, pengurus pasukan Sufian Ibrahim berkata, ia masih satu pencapaian membanggakan untuk anak buahnya.

"Saya tidak fikir kami terlalu kecewa gagal kali ini kerana nasib memang tidak memihak kepada kami.

"Benar, kami memang banyak menyertai pertandingan sekitar Sarawak dan pernah menang tetapi ia bukan satu jaminan untuk kami terus mencatatkan kemenangan pada saingan kali ini.

"Lagipun, pasukan Bandarayaku yang kami temui pada aksi final juga adalah sebuah pasukan yang bagus dan mereka berhak untuk menang.

"Apapun, sasaran utama iaitu untuk mara ke final sudah tercapai. Kami akan terus mencuba lagi selepas ini sekiranya karnival ini dianjurkan sekali lagi," katanya.

Jelas Sufian, antara kemenangan paling manis yang pernah di capai oleh pasukannya ialah apabila muncul juara Piala Sarawak pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

Kerja keras Coneli Tiger berhasil

Posted:

Kuching: Kejayaan muncul naib juara kategori Remaja Bawah 17, mendorong pasukan Coneli Tiger bertekad kembali beraksi sekiranya Karnival Futsal Harian Metro diteruskan pada masa depan.

Pada perlawanan final kelmarin, pasukan berasal dari Kuching, Sarawak itu terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas kepada JS FC 2-1 menerusi perlawanan yang cukup sengit.

Pengurus pasukan Lesley Lau berkata, kejayaan merangkul tempat kedua sudah cukup menggembirakan mereka kerana bukan mudah untuk melangkah ke final pada kejohanan futsal yang disifatkan paling besar di Sarawak.

"Saya memang amat mengharapkan karnival ini diteruskan pada masa depan dan ketika itu, sudah pasti kami akan kembali beraksi.

"Ini adalah karnival yang cukup besar dan saingannya juga begitu sengit, jadi jika muncul juara pasti memberi kepuasan kepada mereka," katanya.

Mengulas mengenai aksi anak buahnya kelmarin, Lesley berkata, pencapaian itu adalah hasil kerja keras setiap pemain.

"Saya hanya membantu mereka. Soal menang atau kalah bukanlah perkara utama.

"Memanglah setiap pasukan yang bertanding mahu menang, tetapi tidak semestinya kemenangan itu akan sentiasa memihak kepada kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

Dimensi baru cabaran Milo

Posted:

Petaling Jaya: Kejohanan MILO Cans Twisted Football 2013 bukan saja bakal menjadi dimensi baru dalam bola sepak malah ia memberi peluang untuk kaki bola seluruh negara merebut hadiah wang tunai bermula 6 April hingga 7 Julai ini.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu, kejohanan kali ini menampilkan cabaran baru "King of the Gate" dan "Super Ring" yang akan diadakan mengikut wilayah tengah, selatan, utara dan Pantai Timur.

Menurut Ketua Unit Perniagaan Minuman NESTLE PRODUCTS SDN BHD Teng Heng Keat, kempen kali ini akan mencetuskan elemen baru dalam sukan untuk menarik minat golongan muda.

"Sukan adalah tentang melangkaui kemampuan selain membawa cabaran ke tahap seterusnya. Untuk itu, MILO Cans mengiktiraf generasi muda Malaysia yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan cabaran sedemikian dan kempen MILO Cans Next Games ini mengetengahkan sukan-sukan kegemaran dengan menyuntik elemen baru dalam setiap permainan," katanya pada majlis pelancaran kejohanan itu baru-baru ini.

Kejohanan ini terbuka kepada lelaki warga negara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun. Setiap peserta dikehendaki menubuhkan pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan bilangan maksimum pemain seramai sembilan orang dengan bayaran pendaftaran RM200.

Juara bagi setiap wilayah bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala, pingat dan hamper, naib johan RM1,500 berserta pingat dan hamper dan tempat ketiga RM1,000 berserta pingat dan hamper.

Untuk maklumat lanjut kejohanan MILO Cans Twisted Football 2013 sila layari www.facebook.com/milocans.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26

No comments:

Post a Comment