Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tak habis-habis bikin onar

Posted: 18 Jun 2014 03:52 PM PDT

Kuala Lumpur: Sepasukan anggota polis berhempas-pulas serta bergelut bagi menumpaskan sekumpulan 23 samseng Afrika yang dikesan bermaharajalela melakukan pelbagai jenayah di sekitar Taman Fadason, Metro Prima dan Taman Sri Kuching di sini.

Dalam operasi jam 9 malam kelmarin, kebanyakan lelaki warga Afrika itu yang didapati dalam keadaan mabuk enggan memberi kerjasama ketika diperiksa sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.


Hasil operasi dilakukan itu, seramai 16 lelaki dan tujuh wanita Afrika berjaya ditahan selepas polis menerima aduan awam berhubung gelagat mereka yang sering mengundang rasa bimbang penduduk.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, seramai 17 daripada 23 individu yang ditahan itu didapati tidak memiliki pasport dan selebihnya hanya memiliki visa pelajar.


"Operasi dinamakan 'Ops Gagak' ini dijalankan selepas polis menerima rungutan awam yang mendakwa ramai warga Afrika terbabit dalam gejala sosial selain menimbulkan kekacauan.


"Kebanyakan individu yang ditahan itu adalah warga Nigeria dan mereka diberkas di kawasan perumahan, premis hiburan dan juga restoran," katanya. Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati dua lelaki ditahan positif mengambil dadah jenis ganja dan syabu.

Foto

ANTARA warga Afrika yang ditahan dalam Ops Gagak dilakukan polis Sentul malam kelmarin.

"Saya percaya semua suspek yang ditahan itu terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti curi kenderaan dan pecah rumah," katanya.


Sementara itu seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Guna, 38, berkata, dia sekeluarga sering dalam ketakutan untuk keluar rumah berikutan kumpulan lelaki Afrika terbabit sering dilihat bergaduh dan mabuk.

Menurutnya, warga Afrika itu mula membanjiri kawasan kediaman itu sejak enam bulan lalu dan keadaan menjadi semakin sukar dibendung.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Pengsan berkali-kali

Posted: 18 Jun 2014 03:42 PM PDT

Jempol: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters klinik desa didiami mereka berusia lebih 40 tahun, musnah dalam kebakaran di pekan Batu Kikir, dekat sini, kelmarin.

Lebih memilukan, mangsa Ahmad Helmy Jamaluddin, 38, dikatakan pengsan beberapa kali sebaik melihat keadaan rumahnya yang musnah dijilat api dalam kejadian jam 4.40 petang itu.

Difahamkan, ketika kejadian Ahmad Helmy serta dua anak berusia lima dan tiga tahun berada di Palong 6 atas urusan kerja manakala isterinya Nor Faizah Mohd Razali, 31, sedang bertugas di Klinik Desa Batu Kikir yang terletak 100 meter dari rumah mereka.

Saksi, Zulhasri Pardi, 53, berkata, ketika kejadian dia menghadiri mesyuarat agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Jempol, di Dewan Orang Ramai Batu Kikir.

Foto

ANGGOTA bomba berusaha memadam api.


Katanya, sebaik melihat kepulan asap hitam dari rumah mangsa, dia dan beberapa ahli PBTM lain bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Polis siasat kemungkinan didalangi Geng Oxy

Posted: 18 Jun 2014 03:31 PM PDT

Petaling Jaya: Polis masih menyiasat kemungkinan dua tong gas Oxy-Acetylene (Oxy) yang ditemui berhampiran lokasi kebakaran di sebuah stesen minyak di Taman Medan di sini, pagi kelmarin, mahu digunakan untuk memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di premis itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menemui tong gas Oxy di lokasi kejadian yang terbakar jam 2.45 pagi Isnin lalu.


Menurutnya, kewujudan tong gas Oxy itu bagaimanapun menimbulkan tanda tanya apatah lagi mesin ATM di dalam stesen minyak itu tidak diusik.

"Justeru polis masih menyiasat kemungkinan terdapat cubaan samun atau unsur khianat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Difahamkan kebakaran itu menyebabkan pejabat di stesen minyak itu hangus termasuk bahagian mencuci kenderaan yang terletak bersebelahan pejabat itu.


Perabot dan dokumen penting yang disimpan dalam pejabat di dalam pejabat stesen minyak itu turut musnah.

Ketua Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Penchala, Zaidi Ahtan berkata, pasukan bomba dan penyelamat menemui dua tong gas Oxy itu di ruangan pejabat yang terbakar.


"Bagaimanapun, kita serahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan," katanya. Katanya, Unit Forensik Bomba dan Penyelamat masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.

Difahamkan, stesen minyak itu tidak beroperasi dan tiada pekerja yang bertugas ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Hukuman gila kalah judi

Posted: 18 Jun 2014 03:31 PM PDT

Kajang: Dua remaja lelaki membuat 'pertaruhan gila' apabila menjadikan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai 'bahan hukuman' dalam pertandingan permainan komputer diatur mereka.

Dalam kejadian jam 2 pagi Ahad lalu, seorang daripada remaja lelaki terbabit yang tewas dalam permainan komputer itu didenda supaya memperkosa mangsa di sebuah rumah di Batu 9. Cheras di sini.

Sumber polis berkata, kejadian malang itu menimpa mangsa selepas dia menemani rakan perempuannya bertemu dua suspek di kediaman berkenaan.

Menurutnya, mangsa pada mulanya keluar bersama suspek untuk minum di sebuah restoran di Hulu Langat, di sini.


"Selepas selesai minum mereka kemudian singgah di rumah seorang suspek lelaki itu yang berusia 17 tahun. Mereka dikatakan bermain permainan komputer dan membuat pertaruhan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Acu parang minta wang

Posted: 18 Jun 2014 03:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Dua pekerja premis pengurup wang di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, di sini, tergamam apabila disergah empat lelaki bersenjatakan parang ketika baru memulakan urus niaga mereka semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, empat penjenayah mengacukan parang di leher pekerja terbabit sebelum meminta mereka menyerahkan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing bernilai ribuan ringgit.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek mengugut mangsa dan memaksa mereka memasukkan wang ke dalam beg sebelum melarikan diri.

Katanya, kumpulan perompak itu dipercayai melarikan diri menggunakan kenderaan lain selepas polis menemui kereta Proton Waja berhampiran lokasi kejadian.


"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui kenderaan berkenaan yang dilaporkan hilang di Jinjang pada 27 Mei lalu.


"Siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan kumpulan lelaki itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Katanya, polis mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di premis dan pusat beli-belah berkenaan.


"Beberapa kesan cap jari ditemui pada kenderaan itu dan dihantar untuk dianalisis bagi membantu siasatan," katanya.

Bagaimana pun, Mohan berkata, kedua-dua pekerja premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

No comments:

Post a Comment