Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Ikrar penggempur

Posted: 06 Jun 2014 03:14 PM PDT

Dua penggempur import Pahang, Dickson Nwakaeme dan Matis Conti sudah bersedia untuk merobek kubu FELDA United FC menjelang final Piala FA malam ini.

Lebih menarik Nwakaeme menyatakan taat setia dan akan memberikan apa saja untuk membantu Pahang muncul juara termasuk menjadi penjaga gol jika itu yang diarahkan jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

"Memang saya seorang penyerang tetapi jika Zainal (Abidin Hassan) menyuruh saya menjadi penjaga gol sekali pun saya sudah bersedia, itu adalah keputusannya," kata pemain kelahiran Nigeria itu.

Nwakaeme juga mengakui bahawa status FELDA United tidak boleh diambil kira walaupun mereka hanya pasukan Liga Perdana kerana mara ke saingan akhir sudah membuktikan pasukan lawan bukan calang-calang pencabar.

"Bola sepak tidak boleh dibezakan dengan status bermain di divisyen dua atau utama, ini adalah saingan akhir dan mereka berhak kerana sudah berusaha keras," katanya.

Sementara itu, Conti pula mengakui sudah bersedia 100 peratus untuk menggegar jaring FUFC seperti mana yang dilakukannya tahun lalu ketika menewaskan Kelantan 1-0.

Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

'Pelan damai' Hamilton, Rosberg

Posted: 06 Jun 2014 10:36 AM PDT

Montreal: Nico Rosberg memberi penjelasan kelmarin tentang hubungannya dengan rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton yang dilihat semakin dingin sejak persaingan merebut kejuaraan Formula Satu (F1) terarah kepada kedua-dua pelumba.

Persaingan antara kedua-dua pelumba menjadi bualan dalam dunia F1 dalam tempoh seminggu dan mereka telah melakukan yang terbaik untuk memperbetulkan keadaan menjelang perlumbaan Grand Prix Kanada esok.

"Sudah tentu ia semakin sukar.

Kami sentiasa bersaing dalam setiap perlumbaan hujung minggu.

"Setiap perlumbaan akan ada risikonya, itu adalah peluang untuk memenangi gelaran tahun ini dan sasaran utama pelumba adalah berdepan dengan setiap risiko," kata Rosberg.

Enam kemenangan dalam enam perlumbaan setakat ini, membuktikan dominasi mutlak Mercedes.

Hamilton muncul juara sebanyak empat kali berturut-turut sebelum Rosberg memenanginya semula dan menduduki tangga teratas kedudukan pelumba keseluruhan di Monaco dua minggu lalu.

Perlumbaan terakhir menyaksikan permusuhan antara kedua-dua pelumba nampak ketara apabila Hamilton mendakwa pelumba Jerman itu sengaja melakukan kesalahan di saat akhir peringkat kelayakan, sehingga bendera amaran kuning dikibarkan.

Ia memaksa juara dunia 2008 itu memperlahankan jenteranya, ketika dia hampir untuk meraih petak utama.

Sebelum tiba di Canada, Hamilton dan Rosberg telah berjumpa untuk membincangkan situasi mereka sekarang.

Rosberg enggan mendedahkan tentang apa yang dibincangkan dengan rakan sepasukannya itu, walaupun mereka sebenarnya sudah mencabar antara satu sama lain di atas trek sejak beraksi di perlumbaan go-kart lagi.

"Saya mahu memenangi perlumbaan dan apa saja yang saya lakukan adalah fokus mengenainya," kata Rosberg.


- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Cukuplah tiga kali kalah

Posted: 06 Jun 2014 10:36 AM PDT

Perlawanan akhir Terbuka Perancis hari ini antara bintang Rusia, Maria Sharapova dan pemain Romania, Simona Halep memperlihatkan status serta gaya yang berbeza antara kedua-dua pemain.

Maria,27, bukan saja nama besar dalam sukan tenis, malah dia juga adalah ikon dan juga pernah meraih gelaran Grand Slam sebanyak empat kali.

Dua tahun lalu di Paris dia adalah pemain wanita keenam dalam era Terbuka melengkapkan gelaran utama dalam kariernya.

Simona, pula akan beraksi dalam perlawanan akhir Grand Slam pertama selepas dilihat bergelut untuk konsisten ketika dari pemain remaja kepada pemain senior.

Dia mara ke perlawanan akhir tanpa tewas dalam sebarang set, sementara Sharapova pula tewas dalam set pertama pada tiga perlawanan terakhirnya.

Sikap tidak mahu mengalah sudah dipamerkan bekas pemain nombor satu dunia itu untuk memenangi 19 perlawanan berturut-turut di gelanggang tanah liat apabila dia terpaksa bermain di set penentuan.

Salah satunya adalah ketika bertemu Simona buat kali terakhir apabila kedua-duanya berentap di perlawanan akhir Madrid Masters empat minggu lalu yang menyaksikan Maria bangkit sebelum mencatat kemenangan 1-6, 6-2, 6-3.

Sekarang Simona boleh bercakap mengenai balas dendam ke atas pemain yang pernah ditentang sebanyak tiga kali dan ketiga-tiganya berakhir dengan keputusan memihak kepada lawannya.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menumbangkan Maria.

Bagaimanapun saya perlu membalas dendam.

Saya akan memberi tentangan untuk perlawanan ini," katanya yang menang 6-2, 7-6 (7/4) di peringkat separuh akhir ke atas Andrea Petkovic dari Jerman.

Jika Simona menggunakan kelebihan dari segi kepantasan dan corak pukulan yang pelbagai, Maria pula seperti biasa akan melemahkan lawannya menerusi pukulan dari bahagian belakang.

"Saya rasa sudah bermain dalam banyak perlawanan sukar di gelanggang tanah liat dan ia memberi kelebihan kepada saya kerana perlu berusaha keras dalam pelbagai situasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

21 pemimpin dunia ke Brazil

Posted: 06 Jun 2014 10:35 AM PDT

Brasilia, Brazil: Sejumlah 21 pemimpin dunia termasuk Vladimir Putin, Angela Merkel dan Putera Albert dari Monaco sudah mengesahkan kunjungan mereka ke Brazil untuk menyaksikan Piala Dunia.

Pejabat Presiden Brazil Dilma Rousseff berkata, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan 11 ketua negara dan kerajaan akan menghadiri perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia pada Khamis depan di Sao Paulo.

Antara tetamu lain adalah Amir Qatar, Tamim Bin Hamad Al Thani, Presiden Gabon Ali Bongo Ondimba dan Presiden Bolivia Evo Morales.

Presiden Russia, Putin, yang negaranya akan menjadi tuan rumah Piala Dunia seterusnya pada 2018, sudah mengumumkan beliau akan hadir untuk perlawanan akhir pada 13 Julai di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Kenamaan lain termasuklah Canselor Jerman dan Naib Presiden AS Joe Biden, akan menyaksikan satu atau dua perlawanan sertai mengadakan perbincangan dua hala dengan Rousseff.

-AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Apa posisi pun boleh!

Posted: 06 Jun 2014 10:35 AM PDT

Wayne Rooney (gambar) berkata, dia sudah bersedia untuk turun beraksi di mana-mana posisi bersama England dalam usahanya untuk menepis segala kritikan terhadap prestasi semasanya.

Rooney menjaringkan gol pembukaan ketika England sekadar seri 2-2 dengan Ecuador selepas diletakkan di posisi kiri yang menyaksikan dia dilihat kurang senang ketika di bawah bimbingan Alex Ferguson di Manchester United.

Namun penyerang England itu menyatakan dia bersedia untuk diletakkan di mana-mana posisi di bawah bimbingan pengurus England Roy Hodgson.

"Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol dan beraksi dalam tempoh 60 hingga 65 minit.

"Saya cuba menyesuaikan diri dengan posisi yang diberikan kepada saya.

Tiada masalah untuk perkara itu.

"Tiada apa yang perlu Hodgson perjelaskan kepada saya.

"Saya boleh beraksi di mana-mana posisi.

Saya sudah buktikannya sebelum ini dan sekarang terpulang kepada pengurus.

"Jika pengurus mahu saya beraksi di bahagian serangan, pertahanan, kiri atau kanan, saya akan lakukannya," katanya.

Bekas rakan sepasukan Rooney di United, Paul Scholes sebelum ini mempersoalkan sama ada pemain itu sudah matang dalam kariernya atau masih bergelut untuk beraksi di pentas Piala Dunia, namun Rooney dia tidak mahu ambil pusing dengan pandangan individu di luar kem England.

"Saya tidak berminat untuk mendengar apa orang luar katakan.


Saya hanya mahu beri tumpuan kepada arahan Hodgson serta barisan kejurulatihan.

"Orang ramai ada pendapat mereka, tetapi saya tidak akan bersetuju dengan pandangan itu," katanya.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

'Chicharito' digugurkan

Posted: 06 Jun 2014 10:34 AM PDT

Foxborough, AS: Pemain Manchester United, Javier 'Chicharito' Hernandez digugurkan daripada skuad Mexico untuk aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia menentang Portugal di Amerika Syarikat (AS).

Penyerang berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford dan kini posisinya ke Brazil turut tidak pasti dengan Mexico memulakan kempen Piala Dunia menentang Cameroon di Natal pada Jumaat depan.

Jurulatih Mexico, Miguel Herrera sentiasa mengatakan beliau mahu beraksi dengan skuad terbaik menentang Portugal dan berkata, pemain utama untuk perlawanan awal pagi esok akan bermula di Piala Dunia.

Portugal turut kehilangan Cristiano Ronaldo kerana kecederaan.

Mexico akan berdepan tuan rumah, Brazil dan Croatia dalam aksi sukar Piala Dunia Kumpulan A.

Herrera menolak kritikan terhadap skuadnya yang tewas 0-1 kepada Bosnia di Chicago Selasa lalu, dengan Hernandez mendapat peluang membuktikan kemampuannya sejak awal namun gagal menyempurnakan beberapa peluang.

Hernandez banyak menghabiskan musim lalu di bangku simpanan United dan masih belum menjaringkan gol untuk negaranya sejak musim panas lalu.

"Bosnia adalah pasukan yang sukar," kata Herrera.

"Aksi persahabatan adalah untuk membaiki kesilapan.

Pasukan ini bagus, pemain amat rapat dan setiap hari berusaha dengan keras." -AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Ronaldo tersisih?

Posted: 06 Jun 2014 10:34 AM PDT

Cristiano Ronaldo yang berdepan kecederaan tendinosis dan pangkal paha, akan terlepas untuk beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Mexico.

Jurulatih Paulo Bento pula tidak mempunyai jawapan tepat berapa lamakah yang diperlukan Pemain Terbaik Dunia itu untuk pulih sepenuhnya.

"Saya tidak pasti bila dapat menggunakan khidmatnya.

dan perkara sama saya nyatakan Jumaat lalu.

"Apabila ada perkembangan terbaru, saya akan beritahu," katanya.

Ronaldo dilihat masih belum dapat menjalani sesi latihan penuh bersama rakan sepasukan sejak menyertai kem Portugal seminggu lalu dan terlepas perlawanan persahabatan bertemu Greece.

Pihak media ketika ini mempersoalkan sama ada Ronaldo mampu cergas sepenuhnya menjelang perlawanan pertama Piala Dunia menentang Jerman.

Pemain tengah Raul Meireles dan pertahanan tengah Pepe juga tidak kelihatan di Boston.

Gandingan itu ditinggalkan di hotel pasukan dan tidak bersama skuad Portugal.

Bento dilihat berang apabila banyak soalan diajukan berkenaan situasi Ronaldo.

"Apabila mereka bersedia untuk diturunkan, saya akan membuat pengumuman terus kepada anda.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan mereka dapat beraksi," katanya.

Ronaldo, 29, bergelut dengan kecederaan kecil ketika beraksi selama 120 minit menentang Atletico Madrid pada final Liga Juara-Juara yang menyaksikan Real Madrid muncul juara.

Portugal akan membuka tirai perlawanan bertemu Jerman di Salvador pada 16 Jun dan juga akan menentang Amerika Syarikat serta Ghana pada saingan peringkat kumpulan.


- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Usah risau, Piala Dunia berjalan lancar: Blatter

Posted: 06 Jun 2014 10:33 AM PDT

Sao Paulo: Supremo bola sepak Sepp Blatter yakin Brazil akan berjaya menganjurkan Piala Dunia di sebalik masalah pengangkutan yang mencetuskan keadaan huru-hara.

Seminggu sebelum berlangsungnya Piala Dunia, Presiden FIFA itu menjangkakan segala masalah akan dapat diselesaikan sebaik bermulanya kejohanan berprestij itu.

"Kami di FIFA sangat yakin mereka dapat menyelesaikannya.

"Saya optimis, selepas bermulanya pembuka tirai Piala Dunia, segala-galanya akan berjalan lancar," kata Blatter.

Setiausaha Agung FIFA Jerome Valcke pula menyatakan segala persiapan berjalan dengan lancar tetapi beliau mengakui minggu pertama kejohanan itu pasti cukup mencabar.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya.

Perjalanan sistem pengangkutan awam di Sao Paulo dilihat tidak terurus dan ia mencetuskan kebimbangan sebaik kejohanan itu bermula nanti.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Selecao sedia lebur Serbia

Posted: 06 Jun 2014 10:33 AM PDT

Jurulatih Brazi l Luiz Felipe Scolari bersedia untuk menurunkan barisan pemain terbaik apabila menentang Serbia pada perlawanan persahabatan menentang Serbia hari ini.

Scolari yang membantu Brazil menjulang Piala Dunia pada 2002, awal minggu ini mengarahkan pasukannya untuk memperkemaskan corak permainan mereka menjelang perlawanan persahabatan dengan Panama.

Namun kemenangan 4-0 ke atas Panama menyaksikan Scolari sangat berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya.

"Saya masih mengharapkan aksi yang lebih baik, tetapi setakat ini ia sudah memuaskan," kata Scolari.

Scolari dijangka tidak akan merehatkan barisan pemain terbaiknya menjelang perlawanan pertama Kumpulan A menentang Croatia.

Scolari berkata, hampir 100 peratus pemain yang akan beraksi menentang Croatia akan diturunkan pada perlawanan persahabatan dengan Serbia.

Jentera serangan Brazil pula dilihat berada di puncak prestasi.

Bintang Barcelona Neymar menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma cantik sebelum Dani Alves, Hulk dan Willian melengkapkan kemenangan ke atas Panama.

Prestasi Neymar terutamanya, mampu mengukirkan senyuman dibibir Scolari.

"Setiap orang tahu Neymar adalah pemain yang cukup berbakat dan dia sentiasa memberikan kejutan kepada kami," kata Scolari.

Dengan perancang Chelsea Oscar diberi pelepasan untuk meraikan hari jadi anak perempuannya, Willian yang diberi kepercayaan menggantikan tempatnya nyata berjaya memikat hati Scolari.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Sepanyol risau cuaca panas

Posted: 06 Jun 2014 10:32 AM PDT

Washington: Sepanyol menjangkakan cuaca panas dalam usaha mempertahankan Piala Dunia bukan saja saingan daripada seteru mereka.

Penyerang Barcelona, Pedro Rodriguez (gambar) kelmarin berkata, kepanasan dan cuaca yang lembap di negara tuan rumah itu akan menjadi satu cabaran kepada semua pasukan.

Sepanyol melangkah ke final Piala Konfederasi tahun lalu sebelum kecundang 0-3 kepada Brazil.

"Ia sentiasa panas dan sangat sukar," katanya.

"Tahun lalu kami mengharungi beberapa perlawanan, kerana masa dan suhu, adalah sangat sukar untuk menyesuaikan diri." Pada Piala Dunia yang bermula Khamis depan, kami akan merasai perkara yang sama," katanya di Washington, di mana juara bertahan itu menjalani latihan sejak Selasa.

Kem latihan di ibu negara AS sebelum ke Brazil membuka peluang untuk menyesuaikan diri dengan kepanasan, cuaca yang lembap, termasuk pulih daripada jet lag.

"Kami perlu menyesuaikan diri secepat mungkin dan berada dalam tahap fizikal terbaik dengan keadaan sekeliling supaya ia tidak menjejaskan kami," kata Pedro.

La Roja mempunyai dua perlawanan Kumpulan B di bandar yang mereka merasakan kepanasan akan memberi kesan, perlawanan pembukaan menentang Belanda di Salvador.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

No comments:

Post a Comment