Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Kejutan bapa moden

Posted: 11 Jun 2014 02:33 PM PDT

Kuala Lumpur: Kewujudan beberapa laman web yang menghimpunkan ratusan karikatur hubungan seks wanita bertudung bersama lelaki menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa termasuk pelajar sekolah yang mula ketagih untuk mengumpulnya.

Pemerhatian Harian Metro selepas menerima panggilan telefon menyuarakan kebimbangan itu mendapati laman lucah dipercayai dari luar negara berkenaan dipenuhi pelbagai aksi lucah wanita bertudung atau berhijab bersama lelaki yang turut dilukis memakai songkok.

Lebih menyedihkan apabila laman maya yang menjadikan remaja sebagai sasaran utama kerana menampilkan lukisan berwarna itu turut memaparkan aksi terlarang dilakukan sesama ahli keluarga sendiri termasuk antara ibu dan anak, selain datuk dan cucu.

Malah, individu yang mewujudkan laman berkenaan turut bertindak melampau apabila meletakkan dialog pada setiap keping gambar bertujuan menceritakan situasi dan perasaan ghairah watak di dalam karikatur terbabit.

Foto


Selain itu, terdapat lebih 100 komen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap kewujudan laman web berkenaan termasuk komen terbaru yang dimasukkan kira-kira sebulan yang lalu.


Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan komen adalah 'positif' dan memberi galakan supaya karikatur lucah lelaki dan wanita Islam itu diperbanyakkan untuk tontonan mereka kerana menyifatkannya sebagai unik dan kreatif.

Seorang bapa yang mahu dikenali sebagai Amin, 40-an, dari Cheras berkata, dia terkejut apabila mendapati anak lelakinya melayari satu daripada laman web berkenaan, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Kandang tertuduh sesak

Posted: 11 Jun 2014 02:30 PM PDT

Port Dickson: Seramai 20 individu termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ditahan ketika berpesta di sebuah hotel, Sabtu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis ketamine dan kanabis.

Kehadiran tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia 19 hingga 28 tahun itu menyebabkan kandang tertuduh sesak dan sebahagian mereka berdiri di luar ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sejurus pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Bagi pertuduhan pertama, Putera Khairin Syazwan Mohd Latif, 22, Jamal Nasseir Abu Hassan, 22, Tun Zaffiqh Siddique Sabry Sharif, 20, Mohd Razif Osman, 25, Muhammad Amirul Aqily Abu Bakar, 22, Shahrul Nazrin Rashid Abdul Rahsid, 24, Muhammad Zharif Ilmam Ja'afar, 20, dan abangnya, Muhammad Syamim Hafidz, 22, Nur Afiffuddin Mohd Yusof, 22, Norhalis Ahmad, 28, Ahmad Shafiq Ahmad Faris, 24, dan Muhammad Faizal Abu Bakar, 22, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis ketamine seberat 1.43 gram di sebuah bilik No 2703, Hotel Grand Lexis, di sini, jam 1.50 pagi, pada 7 Jun lalu.

Foto

SEBAHAGIAN tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam.


Tujuh wanita, Aishah Natasha Muhammad Khairudin, 19, Nur Nabihah Abd Hadi, 21, Nur Fadilah Hamidun, 23, Nur Sarah Aneesa Hisha, Norazlina Saidu, Mimi Syuhaida Mohd Zaki dan Widadtul Khairina Mohamad Kamal, masing-masing berusia 20 tahun turut didakwa atas kesalahan sama.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, serta dibaca serentak Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

KBS serah polis siasat judi Piala Dunia

Posted: 11 Jun 2014 02:26 PM PDT

Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat sebarang aktiviti atau sindiket perjudian bola sepak sempena Piala Dunia yang bermula 13 Jun ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memandang serius mengenai perjudian bola sepak kerana ia aktiviti tidak bermoral dan haram di sisi agama.

"Kami tahu kegiatan ini sukar ditangani kerana dalang sindiket ini amat licik serta mempunyai rangkaian yang luas termasuk di luar negara.

"Bagaimanapun, saya percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi menghalang kegiatan perjudian ini daripada terus berleluasa," katanya pada sidang media Fiesta Samba Brasil, di sini, semalam.

Sementara itu, Khairy berkata, KBS dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menayangkan siaran langsung Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia menerusi program Fiesta Samba Brasil di 14 lokasi di setiap negeri, bermula Jumaat ini.

Katanya, penganjuran fiesta itu bagi memeriahkan kejohanan berkenaan, selain menggalakkan pembabitan masyarakat untuk memberi sokongan kepada kerajaan bagi membangunkan sukan bola sepak selaras dengan dasar sukan negara.

Beliau berkata, dianggarkan lebih 1,000 penonton dijangka menghadiri Fiesta Samba Brasil di setiap lokasi.

"Selain siaran langsung perlawanan bola sepak di skrin besar, pelbagai acara lain turut dianjurkan termasuk pameran, jualan cenderamata dan peralatan sukan, kuiz bola sepak dan cabutan bertuah "Tayangan skrin besar hanya akan diadakan setiap malam atau pagi sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Bagaimanapun ia bergantung kepada kesesuaian tempat, masa dan pasukan terpilih sahaja," katanya.

Lokasi fiesta itu adalah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad di Perlis, pekarangan Stadium Alor Setar (Kedah); pekarangan Sun Shine, Kepala Batas (Pulau Pinang), Pusat Sukan Lasak Seksyen 13, Shah Alam (Selangor), Dataran Merdeka (Kuala Lumpur) dan Dataran Rembau (Negeri Sembilan).

Selain itu, pekarangan tempat letak kereta UTC (Melaka), Bazar Karat Jalan Segget Johor Bahru (Johor), pekarangan UTC (Pahang), Dataran Shah Bandar (Terengganu), pekarangan Tambatan Diraja Kota Bharu (Kelantan), pekarangan Jesselton Point, Kota Kinabali (Sabah), Plaza Astana, perkarangan Le'Park, Kuching (Sarawak) dan Dataran Labuan (Wilayah Persekutuan Labuan).

Bagaimanapun, program berkenaan tidak dilaksanakan di Perak yang masih berkabung berikutan kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Bekas pengarah kena penjara 1,942 tahun

Posted: 11 Jun 2014 02:24 PM PDT

Kuala Lumpur: Bekas pengarah syarikat Lim Long Yew, dijatuhi hukuman penjara 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen, di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram membabitkan RM24 juta, empat tahun lepas.

Bagi kes sama, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sementara syarikat berkenaan, Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, didenda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.

Pada 2010, Lim, 43, dituduh memindahkan keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Oktober 2009.

Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat – Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd atas kapasitinya sebagai pengarah.

Leong pula dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari semalam.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Rompak diesel RM2 juta

Posted: 11 Jun 2014 02:20 PM PDT

Bintulu: Enam lanun mengambil masa sembilan jam untuk memindahkan 1 juta liter diesel bernilai RM2 juta daripada kapal MT Budi Mesra Dua di kawasan 78 batu nautika dari perairan Tanjung Batu, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, enam lanun bersenjatakan parang memanjat dan menawan kapal berdaftar di Singapura itu sebelum bertindak menahan serta mengikat 22 anak kapal dan mengurung mereka di dalam kabin.

Menurut sumber, pada jam 12.30 malam, sebuah lagi kapal dipercayai tongkang menghampiri MT Budi Mesra Dua dan mengepam 1 juta liter diesel yang dibawa kapal berkenaan.

Katanya, kerja memunggah diesel mengambil masa kira-kira sembilan jam apabila difahamkan lanun bersama tongkang terbabit meninggalkan kapal itu pada jam 9.30 pagi, Ahad lalu.

Foto

KAPAL Budi Mesra Dua ditawan lanun di Perairan Tanjung Batu.


"Semua anak kapal yang ditawan diikat dengan tali dan dikurung ketika proses pemindahan diesel dilakukan menyebabkan mereka tidak mengetahui jenis kapal dan tongkang yang digunakan lanun terbabit.


"Difahamkan, lebih 10 suspek terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Sumber berkata, lanun terbabit dipercayai warga asing berdasarkan dialog percakapan mereka sebagaimana didengari anak kapal berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

No comments:

Post a Comment