Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Padah kemaruk pada lembu

Posted: 31 May 2014 09:31 AM PDT

Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal "nafsu" pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.

David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.

Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu - Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.

Foto

TRUSCOTT


Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.


Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.

Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.

Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.

"Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.

"Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.

"Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan," katanya.

Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.

Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.

Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.

Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.

Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.

Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.

Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu.- Agensi
01hmcow
TRUSCOTT

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Maut kerana nombor telefon

Posted: 31 May 2014 09:25 AM PDT

Shanghai: Polis China menahan enam suspek yang membelasah hingga mati seorang wanita di restoran makanan segera hanya kerana mangsa enggan mendedahkan nombor telefon bimbitnya.

Agensi berita Xinhua melaporkan, wanita terbabit bertengkar dengan enam individu - termasuk seorang remaja - sebelum dia dipukul dengan teruk.

Xinhua melaporkan, kejadian berlaku di bandar Zhaoyuan di wilayah Shandong pada petang Rabu lalu.

Sumber berkata, enam individu itu dipercayai anggota sebuah kultus dikenali sebagai Quannengshen (Gereja Tuhan Maha Kuasa) dan dalam misi mencari ahli baru.


Kumpulan ajaran keagamaan itu sudah diharamkan kerajaan pada pertengahan 1990-an.


Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan wanita terbabit berkemeja-T putih serta berseluar biru tertiarap dan berlumuran darah.

Xinhua melaporkan, mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Sumber berkata, suspek terdiri daripada sepramh lelaki, dua anak perempuan, seorang anak lelaki serta dua wanita.

Juvana itu pula adalah budak lelaki berusia 12 tahun. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Kusangka anak rupanya cicak

Posted: 31 May 2014 09:24 AM PDT

Kupang: Seorang wanita dari Kampung Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur dilaporkan mencetus kegemparan apabila melahirkan cicak tokek (gecko), lapor media semalam.

Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi kelmarin di rumahnya di daerah Kupang.

Sumber berkata, proses bersalin Nelci itu dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono yang dikenali sebagai Josephine Lydia Hellen Wadu.

Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.

"Untuk ke klinik Nelci perlu dibawa selama empat jam," katanya.

Menurut sumber itu, kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.

Katanya, kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.

"Tiba-tiba kami semua terkejut kerana melihat bukan bayi yang keluar, tetapi cicak tokek," katanya.


Sementara itu Josephine berkata, dia sangat terkejut melihat haiwan berkenaan keluar dari rahim Nelci.

Mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.

"Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun penduduk setempat berkata, ada kemungkinan wanita terbabit pernah bertapa beberapa lama," katanya.


Nelci memang mempunyai suami bernama Wempi Loasana dan cicak tokek itu adalah 'anak ketiga' pasangan terbabit.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Baju merah 'sembah' tentera

Posted: 31 May 2014 09:23 AM PDT

Bangkok: Beberapa pemimpin utama Baju Merah akhirnya terpaksa tunduk kepada arahan tentera supaya menghentikan aktiviti politik masing-masing ketika pelan junta mengekang konflik berpanjangan itu terus dipertikai.

Bercakap selepas melapor diri kepada tentera di Kem Prachak Silpakhom, ketua Baju Merah Udon Thani, Kwanchai Praiphana berikrar tidak lagi menganjurkan protes selepas ini.

Sebaliknya, kata Kwanchai, dia akan bekerjasama dengan tentera dan memujuk orang ramai mematuhi peratuan ditetapkan.

Pendirian itu dikongsi pemimpin Baju Merah wilayah Roi Et, Nisit Sinthuprai, yang mengesahkan semua aktiviti mereka digantung serta-merta.


Namun, Nisit sangsi terhadap keberkesanan pelan tentera mengatasi perbezaan fahaman politik di Thailand.


"Perpecahan dialami rakyat akibat perbezaan politik kini terlalu mendalam," katanya.

Justeru, kata Nisit, perpaduan dan pemulihan hubungan rakyat hanya dapat dicapai dengan memastikan keadilan dilaksanakan.

Nisit juga menafikan gerakan Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Menentang Kediktatoran yang disokong Baju Merah "tewas" dalam perjuangannya.

"Tiada sesiapa mendakwa kami kalah.

"Kami cuma terpaksa mengakui tentera sedang berkuasa tetapi rakyat tidak dikalahkan," katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Gesa berhenti ternak udang kaki putih

Posted: 31 May 2014 09:22 AM PDT

Ho Chi Minh: Jabatan Perikanan dan kerajaan tempatan menggesa penternak udang di Delta Mekong berhenti menternak udang kaki putih di kawasan air tawar bagi mengelak pencemaran berterusan.

Jurucakap jabatan itu berkata, habitat asal udang kaki putih ialah di pesisir pantai.

"Untuk membolehkan udang jenis itu membiak di kolam air tawar, penternak perlu menggunakan air perigi yang dicampur garam.

"Kebanyakan penternak kemudian melepaskan air yang sudah digunakan itu terus ke sungai atau terusan, menyebabkan berlaku pencemaran teruk," katanya.

Lebih membimbangkan, kata jurucakap itu, pencemaran berkenaan turut menjejaskan produktiviti padi.


Namun di sebalik amaran berkenaan, tahun lalu semakin ramai petani menternak udang kaki putih kerana permintaan tinggi dan harganya yang mahal.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Penjara lebih baik dari rumah

Posted: 31 May 2014 09:22 AM PDT

Songkhla: Bosan dengan perangai suami sendiri, seorang wanita membawa sepucuk pistol yang berisi peluru ke Balai Polis Daerah Rattaphum dan 'menyerah diri.'

Pihak berkuasa memang segera menangkap Jamnien Thongjib kerana memiliki senjata api dan memang itu yang diharapkannya.

Ketika disoal siasat polis, Jamnien, 54, berkata dia rela dipenjara daripada menghabiskan masa dengan suaminya - walaupun untuk sehari lagi - selepas 32 tahun berumah tangga.

Menurut polis, Jamnien datang ke balai berkenaan menaiki motosikal dan meletakkan pistol berkenaan di meja pegawai bertugas sebaik saja tiba di situ.


Pegawai penyiasat, UsmanYeetawhee berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan Jamnien.


"Apabila kami bertanya, Jamnien bercerita bagaimana suaminya sering bertindak di luar kawalan serta mempunyai mental tidak stabil.

"Justeru kerana bosan dengan hidup menderita, Jamnien mahu polis menangkapnya dan menahannya di penjara," katanya.

Pasangan itu berkahwin sejak 32 tahun lalu dan mempunyai tiga anak serta lapan cucu.

Sementara itu Jamnien berkata, kadang-kadang dia bertengkar dengan suaminya namun mereka masih tinggal bersama.

"Kadang-kadang suami saya baik tetapi pada masa lain dia menjadi ganas dan saya terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

"Kini saya hilang sabar dan lebih baik saya hidup di penjara," katanya.
Pistol itu, kata Jamnien, dibelinya lima tahun lalu.

"Pada ketika tertentu saya terfikir untuk membunuh diri tetapi saya masih sayangkan anak dan cucu," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Mata Jokowi hati Tika

Posted: 31 May 2014 09:21 AM PDT

Jakarta: "Dari mata turun ke hati" - mungkin itu yang dirasakan penyanyi Indonesia, Tika Ramlan ketika bertemu dengan Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini.

Tika, 28, berkata daripada pertemuan singkat dengan Jokowi itu, di dapat merasakan calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu bersikap sederhana dan mesra rakyat.

"Kami bertemu dalam masa yang singkat, maka tidak banyak perkara yang dapat dibualkan.

"Namun apa yang saya dapat lihat dari pandangan matanya, Jokowi seorang yang sederhana dan merendah diri," katanya.

Foto

TIKA bergambar ketika kempen Jokowi.


Menurut penyanyi kumpulan T2 itu, Jokowi kelihatan agak malu-malu ketika membuat penampilan khas dalam klip video lagu "Cari Presiden."


Di sebalik sikap itu, katanya, Jokowi masih mampu bergaul dengan kru serta artis yang terbabit dalam pembikinan klip berkenaan.

Lagu "Cari Presiden" adalah adaptasi daripada lagu popular dendangan kumpulan Wali bertajuk "Cari Jodoh".

Selain Jokowi dan Tika, ramai lagi artis lain yang menjayakan klip video berkenaan termasuk vokalis kumpulan Wali, Faank dan Zivilia.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

WikiLeaks dedah kekasih lama Prabowo

Posted: 31 May 2014 09:18 AM PDT

Jakarta: WikiLeaks mendedahkan calon presiden harapan Parti Gerindra, Prabowo Subianto pernah menjalin hubungan dengan seorang wanita Thailand.

Menurut sumber dari Kedutaan AS di Indonesia, hubungan itu diketahui dan dikhabarkan pada 3 Julai 2006.

Katanya, seorang anggota Parti Golkar dikenali sebagai Poempida Hidayatulloh memberitahu maklumat berkenaan kepada diplomat AS.

Poempida pula, kata sumber, mengetahui hubungan berkenaan kerana dia memang rapat dengan Prabowo.

WikiLeaks juga mendedahkan Poempida memberitahu bahawa Prabowo mungkin mengahwini wanita terbabit jika tiada isu mengenai kewarganegaraan.

"Poempida mendakwa Prabowo menubuhkan perniagaan usaha sama untuk wanita itu.


"Mereka sangat rapat sehinggakan jika Prabowo pernah memikirkan untuk berkahwin dengan wanita berkenaan jika tiada halangan isu kewarganegaraan yang bakal memberi kesan kepada impiannya menjadi presiden," katanya.

Masih belum dapat disahkan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum.

Prabowo pernah berkahwin dengan anak Sukarno, Siti Hediati Hariyadi pada Mei 1983 dan dikurniai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun Prabowo dan Siti Hediati - lebih dikenali sebagai Titiek Sukarno - berpisah selepas Suharto meletak jawatan akibat reformasi pada 1998.


Sehingga kini Prabowo dilihat tidak mempunyai pasangan hidup.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Hatta tak selesa kawalan ketat polis

Posted: 31 May 2014 09:18 AM PDT

Jakarta: Calon naib presiden, Hatta Rajasa mengakui tidak pernah selesa kerana mendapat kawalan ketat polis ketika menjawat jawatan menteri.

Menurutnya, dia pasti akan berasa canggung dengan kawalan sedemikian sepanjang tempoh kempennya sebagai calon naib presiden.

"Saya sendiri tidak pernah berasa kawalan polis seperti itu.

Saya sendiri tidak selesa jika dikawal kerana ketika menjadi menteri dulu, saya tidak pernah dikawal," katanya.

Hatta yang bergandingan dengan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden Julai ini berharap kawalan keselamatan yang dilakukan polis itu tidak terlalu ketat dan berlebihan.

"Saya harap kawalan yang dilakukan adalah seperti biasa.

"Jika 24 jam dikawal, ketika saya di rumah bagaimana?" katanya.

Menurut laporan, seramai 380 polis akan mengawal calon presiden dan naib presiden yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2014.

Kawalan akan dilakukan bermula hari ini sehingga 20 Oktober 2014.

Kumpulan itu terbahagi kepada empat kumpulan yang merangkumi 93 orang untuk setiap calon.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

PDI-P pantau kempen negatif melalui masjid

Posted: 31 May 2014 09:17 AM PDT

Jakarta: Tindakan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) meletakkan "pengintip" bagi mengawasi khutbah dan ceramah di masjid tidak disenangi ramai aktivis.

Perkara itu disahkan jurucakap jentera kempen Jokowi - Jusuf Kalla, Eva Kusuma Sundari.

Kata Eva, memang ada ahli parti yang beragama Islam diminta untuk mengawasi masjid bagi mengelakkan sebaran penyebaran kempen negatif terhadap kedua-dua calon itu.

Menurutnya, antara yang sudah melakukan pengawasan itu adalah PDI-P kawasan Jakarta Timur.

"Ini kerana kempen negatif yang disebarkan melalui masjid bagi menjatuhkan kredibiliti Jokowi dan Jusuf mampu memberi impak buruk," katanya.

Dia menyatakan kempen seperti itu giat dijalankan di masjid dan kini semakin rancak.

Pada mulanya perkara itu tidak dihiraukan PDI-P tetapi apabila ia semakin menjadi-jadi, mereka terpaksa mengambil tindakan dan mungkin akan merakam khutbah yang disampaikan di masjid.

"Perkara ini perlukan pemantauan.

Kami mengambil langkah ini agar kesucian masjid tidak dicemari dengan penyebaran fitnah," katanya.

Langkah itu masih belum menyeluruh, namun menurut Eva, tidak lama lagi mereka mungkin akan mengarahkan agar masjid di seluruh Indonesia dipantau.

Tindakan seperti PDI-P itu pernah dilakukan pada era 1970-an dan 1980-an.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

No comments:

Post a Comment