Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tak 'makan' alasan popular

Posted: 17 Jun 2014 03:12 PM PDT

Kuala Lumpur: Alasan kertas saman hilang dan tidak tahu kereta pernah dipandu rakan adalah alasan popular pesalah lalu lintas ketika ditahan polis dalam Operasi Ops Warta yang dijalankan polis trafik Kuala Lumpur, di Jalan Loke Yew di sini, semalam.

Kebanyakan mereka yang gagal menjelaskan saman tertunggak selain mempunyai waran tangkap sanggup merayu supaya tidak ditahan.


Seorang pesalah trafik yang ditahan mendakwa dia gagal membayar saman selepas mendapati notis dikeluarkan anggota trafik sudah hilang daripada simpanannya.

Menurutnya, dia bagaimanapun menyesal ditahan polis selepas memilik satu waran tangkap kerana gagal menjelaskan saman dan hadir ke mahkamah.


"Saya tidak sangka ia boleh jadi begini (ditahan polis). Kalau saya tahu, saya akan segera jelaskan saman itu," katanya.


Seorang lagi pesalah trafik yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 30-an, mendakwa saman dikenakan ke atasnya adalah berpunca dari tindakan rakan memandu kereta miliknya sebelum ini.

Foto

PENGGUNA jalan raya diperiksa anggota polis trafik yang bertugas di Jalan Loke Yew, kelmarin.

"Saya syak saman itu dikenakan ke atas rakan. Namun saya tidak mengetahui perkara itu kerana dia (rakan) tidak memaklumkannya," katanya.


Ternyata operasi Ops Warta yang dilancarkan bermula 16 hingga 27 Jun lalu di seluruh negara menyebabkan ramai pesalah trafik datang ke Ibu Pejabat Polis Trafik Jalan Bandar bagi menjelaskan saman tertunggak.

Difahamkan, dalam tempoh 24 jam pertama sejak operasi itu dilancarkan Isnin lalu, pembayaran saman trafik tertunggak meningkat lebih 50 peratus di Kuala Lumpur.


Ketua Trafik Pasukan Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya memperolehi kutipan lebih RM50,000 hasil pembayaran saman dan waran tertunggak warga ibu kota kelmarin.


Menurutnya, pihak polis trafik biasanya hanya mengutip RM25,000 bayaran saman sehari sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/18

Milik warga asing

Posted: 17 Jun 2014 03:05 PM PDT

Shah Alam: Identiti pemilik kepada nombor telefon yang tertera di kad kuning bersama perkataan 'Hip Bar' yang dikatakan kad kebal untuk pendatang tanpa izin di sekitar Seksyen 6, di sini, dikesan milik seorang warga asing.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil siasatan lanjut, polis berjaya mengesan identiti pemilik nombor berkenaan dan polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan dalang di sebalik penyebaran kad 'Hip Bar' berkenaan.


Menurutnya, polis kini sedang mengesan individu terbabit untuk memastikan sama ada dia bertindak menyamar sebagai anggota polis untuk memeras ugut pendatang tanpa izin.

"Hal ini dipandang serius kerana membabitkan dakwaan kononnya kad ini dikeluarkan anggota penguat kuasa yang mengambil kesempatan untuk memeras ugut dan siasatan sedang dijalankan.


"Bagaimanapun, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengadakan operasi bersepadu dalam membanteras penggunaan kad itu selain akan menahan mana-mana warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.


Harian Metro 12 Jun lalu melaporkan, dengan menunjukkan sekeping kad kuning tertera perkataan 'Hip Bar' beserta nombor telefon, warga asing yang bekerja di Pasar Seksyen 6, Shah Alam di sini, mendakwa mereka bebas daripada 'diganggu' anggota penguat kuasa walaupun tiada permit perjalanan yang sah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/18

Laluan ke Pavilion dibuka

Posted: 17 Jun 2014 03:04 PM PDT

Kuala Lumpur: Laluan dari Jalan Tun Razak ke Pavilion KL di Bukit Bintang akan dibuka semula kepada lalu lintas mulai 6 petang hari ini.

Dalam satu kenyataan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd berkata, laluan sepanjang 100 meter itu ditutup sejak 23 April lalu berikutan kejadian lubang benam di kawasan berkenaan.


"Penutupan itu terpaksa dibuat bagi membolehkan kami menjalankan kerja merawat tanah bagi projek KVMRT," katanya.

MGKT memohon maaf atas kesulitan berikutan tindakan itu. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/18

Empat tahun kaki dirantai

Posted: 17 Jun 2014 03:03 PM PDT

Rantau Panjang: "Orang ramai pasti mencemuh dan menganggap saya kejam kerana sanggup merantai kaki adik sendiri, namun saya tiada pilihan demi keselamatannya," kata Rohani Abdul Rahman, 30, mengenai keadaan adik bongsunya, Muhamad Saiful Riduan, 19.

Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down terpaksa dirantai oleh keluarga di rumahnya di Kampung Kuin Merah, di sini, sejak empat tahun lalu, bagi mengelak dia keluar rumah dan membahayakan nyawa sendiri.


Menurut Rohani, adiknya sebelum itu pernah beberapa kali keluar dari semak sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan.

Katanya, keadaan itu amat merisaukannya sebelum dia mengambil keputusan berbuat demikian ke atas adiknya itu.


"Sebab itu saya mengambil tindakan begini, bukan kerana mahu mendera atau benci. Dia tetap dilayan seperti biasa kerana tidak pandai menguruskan diri," katanya yang mengambil alih tugas arwah ibunya Rohmah Mat yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.


Tinjauan semalam mendapati remaja terbabit ditempatkan di atas sebuah pangkin di depan rumah dengan kaki kanannya dirantai.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada Ketua Puteri UMNO Rantau Panjang Marie Suriani Abdullah.


Marie Suriani berkata pihaknya bersedia untuk membantu keluarga terbabit termasuk membantunya menjalani kehidupan seperti insan lain.

"Kita bersedia membantu sekiranya jika perlu dirujuk ke bahagian psikiatrik dan menjalani rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/18

Rumah tak dapat, duit licin

Posted: 17 Jun 2014 03:03 PM PDT

Kuala Lumpur: "Bertahun saya simpan duit untuk membeli rumah namun bukan saja rumah tak dapat, tapi duit simpanan RM30,000 hangus.

"Saya benar-benar terkilan dengan kejadian itu kerana rumah yang hendak dibeli itu sebenarnya milik orang lain dan ejen menipu kononnya dia diberikan kuasa menjual kepada pembeli," kata mangsa penipuan ejen hartanah haram yang hanya mahu dikenali sebagai Nasuha, 34.

Menurutnya, dia tidak sangka panggilan telefon kepada ejen pada Mei 2013 selepas melihat iklan yang ditampal di hadapan rumah di Subang Jaya itu menyebabkan dia 'berputih mata' dan impian memiliki rumah musnah.

Katanya, selepas berbincang menerusi telefon, dia bertemu ejen berkenaan yang membawanya melihat rumah teres dua tingkat itu yang kononnya dijual pada harga RM300,000.


"Melihat keadaan rumah yang masih baik, saya bersetuju membeli dan membuat bayaran RM30,000 iaitu 10 peratus daripada nilai rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/18

No comments:

Post a Comment