Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Obama 'wakili' pasukan England

Posted: 24 Jun 2014 03:20 PM PDT

Dorset: Dia mungkin pemimpin terkenal dunia, namun itu tidak menghalang sebuah syarikat pembuat cenderahati daripada tersilap meletakkan wajah Presiden Barrack Obama pada kole yang sepatutnya tertera gambar pemain England, Chris Smalling.

Syarikat yang dirahsiakan namanya itu tidak melepaskan peluang menyediakan rangkaian cenderahati sempena Piala Dunia tetapi apabila mereka membuka bungkusan yang mengandungi 2,000 kole menampilkan wajah pasukan England, mereka sedar kesilapan berlaku.


Menyedari kesilapan itu, mereka menghantar stok itu ke syarikat jualan gudang dan penghabisan stok di Britain bagi menyembunyikan kesilapan mereka.

Namun ia tidak semudah yang disangka.


Menurut pengarah urusan syarikat jualan gudang itu, Karl Baxter, syarikat yang berpangkalan di Dorset itu berkenaan diberikan tugas mudah menghasilkan barangan cenderahati pasukan bola sepak England. - Agensi "Namun mereka menyerahkan tugas itu kepada kakitangan pelatih mereka yang baru. Rekaan itu pula diluluskan oleh ketua mereka tanpa memeriksanya dengan teliti. Hasilnya, mereka menghubungi kami dan 2,000 barangan cenderahati pasukan England dihantar ke gudang kami. Sebaik bungkusan dibuka, wajah Barrack Obama tertera pada kole yang mewakili Chris Smalling," katanya.

Foto

KESILAPAN berlaku akibat kecuaian mencetak wajah Barrack Obama pada kole cenderahati pasukan England. Gambar kanan, Chris Smalling.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Robot serupa manusia

Posted: 24 Jun 2014 03:15 PM PDT

Tokyo: Robot ciptaan terbaru yang dipamerkan di sebuah muzium di bandar raya ini kelihatan hampir serupa dengan manusia dengan gaya percakapan yang sangat lembut.

Dengan kulit silikon dan otot tiruan, dua robot bersaiz manusia yang dinamakan Kodomodroid dan Otonadroid dipamerkan di Muzium Sains Baru dan Inovasi Nasional di Tokyo bermula semalam membolehkan pengunjung melihat dan berkomunikasi dengan robot berkenaan.


Profesor Universiti Osaka, Hiroshi Ishiguro, pakar dalam bidang robotik yang menghasilkan ciptaan terbaru itu berkata, ia sesuatu yang sangat berguna untuk penyelidikan berhubung komunikasi antara manusia dengan robot.

"Mencipta android sebenarnya mengkaji erti menjadi seorang manusia. Ia merangkumi soal emosi, kesedaran dan pemikiran," katanya.


Dalam demonstrasi yang dijalankan, robot berkenaan mampu menggerakkan bibir ketika bercakap, mengangkat kening, berkelip, dan menggerakkan kepala serta tangan.


Kodomodroid juga mampu membaca berita dengan lancar dan menyebut ayat yang sukar secara jelas.

Otonadroid yang direka dengan penampilan seorang wanita pula, mampu mengeluarkan pelbagai suara berdasarkan teks percakapan yang dimasukkan.


Menurut Hiroshi, Jepun menjadi pendahulu dalam penghasilan robot peneman manusia namun menyatakan negara itu masih lagi di belakang Amerika Syarikat dalam penghasilan robot ketenteraan.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penghasilan robot, Hiroshi kini lebih menjurus ke arah rekaan mirip manusia termasuk yang menyerupainya dan lebih menarik lagi, dia menghantar robot itu untuk 'mewakilinya' mengajar di luar negara.


Pendekatannya itu berbeza dengan sesetengah saintis yang menganggap rekaan seumpamanya adalah sia-sia malah menakutkan dan robot perlu kelihatan seperti mesin.


Hiroshi juga menyatakan dengan bangganya bagaimana sebuah syarikat Internet Jepun, Softbank Corporation baru-baru ini memperkenalkan sebuah robot yang diberi nama 'Pepper', menyerupai C-3PO dalam filem Star Wars dan akan dijual dengan harga kurang dari 200,000 yen (RM6,306).


Penghasilan Pepper bermakna penggunaan robot dalam kehidupan seharian kini semakin meningkat di Jepun.


"Robot kini semakin menjadi barangan yang mampu dimiliki sama seperti mempunyai komputer riba," katanya dalam satu kenyataan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Pelajar bunuh diri kalah pertaruhan Piala Dunia

Posted: 24 Jun 2014 03:12 PM PDT

Beijing: Seorang pelajar kolej di China membunuh diri selepas kalah dalam pertaruhan membabitkan Piala Dunia.

Pelajar tahun kedua yang dikenali sebagai Lin itu, terjun dari tingkat tujuh sebuah bangunan kampusnya kelmarin selepas kalah sebanyak RM9,642 dalam pertaruhan judi bola sepak.


Seorang saksi berkata, dia terdengar mangsa berkata 'jangan paksa saya!' dan 'beri saya masa dua hari lagi dan saya akan pulangkan wang kamu'.

"Dia bercakap di telefon kira-kira 10 minit. Saya nampak dia meletakkan telefon dan tiba-tiba di hilang dari pandangan," katanya dalam satu kenyataan.


Lin dikejarkan ke hospital di Panyu dalam wilayah Guangdong namun doktor gagal menyelamatkannya.


Seorang lagi saksi yang juga rakan sekelas Lin menyatakan di kehilangan sejumlah besar wang selepas bertaruh dalam beberapa perlawanan Piala Dunia.

"Kami dengar dia meminjam sejumlah besar wang dan kadar faedahnya tinggi." katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Tuah penjenayah kacak

Posted: 24 Jun 2014 03:12 PM PDT

California: Ketampanan seorang lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana serangan bersenjata menjadikan agensi pengiklanan berpusu-pusu mahu mendapatkannya.

Jeremy Meeks yang mendapat gelaran penjenayah paling kacak, dilaporkan mampu memperoleh AS$30,000 (RM96,420) sebulan melalui tawaran diberikan agensi yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai model.


Meeks menawan hati ramai wanita di seluruh dunia selepas polis memuat naik gambarnya di laman Facebook selepas ditahan berikutan serangan bersenjata dilakukan kumpulan yang dikehendaki polis di bandar Stockton, California.

Menurut polis, dia antara penjenayah paling berbahaya di bandar berkenaan namun wajahnya menjadi viral dan mendapat hampir 40,000 Like.


Dengan wajahnya yang kacak, tiada gambar yang pernah menarik perhatian sebanyak gambarnya sejak Jabatan Polis Stockton mempunyai laman Facebook sejak dua tahun lalu.


Sebuah agensi peragaan berkata: "Jika Meeks menerima tawaran jenama fesyen terkenal seperti Versace dan Amani, dia mampu menerima pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan." Menurut agensi itu, tatu pada wajah Meeks dianggap seksi dan menawan.

Ibunya, Katherine Angier membuat kenyataan laman di Facebook bagi mengumpul dana untuk membantu anaknya menjalani "perbicaraan yang adil" dengan mengatakan anaknya tidak terbabit dalam mana-mana kumpulan dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika ditahan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Gang Dolly kekal 'terbuka'

Posted: 24 Jun 2014 03:05 PM PDT

Surabaya: Di sebalik penutupan rasmi Gang Dolly dianggap antara pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara oleh kerajaan setempat, kegiatan maksiat di situ masih beroperasi seperti biasa.

Sepatutnya kawasan berkenaan ditutup pada 18 Jun lalu tetapi wanita muda berpakaian mencolok mata masih berpeleseran mencari pelanggan untuk diajak ke kamar yang diterangi cahaya merah dan merah jambu.


Bapa dan ibu ayam pula tidak menyorokkan diri sebaliknya terus meraikan kedatangan pengunjung.

Ketika seorang pelacur melihat ada wartawan datang meninjau kawasan berkenaan, dia segera menjerit: "Gang Dolly akan terus dibuka!" Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar menutup operasi pusat pelacuran di Gang Dolly, manakala kerajaan Pusat menyediakan peruntukan khas bagi membantu pelacur terbabit memulakan hidup baru.


Dianggarkan ada kira-kira 1,500 pelacur yang dibantu kerajaan antaranya menerima dana kira-kira RM1,400 seorang untuk memulakan perniagaan halal. Rismaharini memberi tempoh sehingga Isnin depan untuk pelacur terbabit tampil mengambil bantuan kewangan.


Walaupun tidak akan menggunakan sebarang kekerasan, Rismaharini mahu seluruh kompleks pelacuran berkenaan ditutup menjelang akhir Ramadan bulan depan. - AP

Foto

PELACUR di Gang Dolly menunggu pelanggan di luar premis mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Prayuth tekad terus tadbir Thailand

Posted: 24 Jun 2014 03:02 PM PDT

Bangkok: Pemimpin junta Jen Prayuth Chan-ocha semalam mengabaikan bantahan Kesatuan Eropah (EU) dan kerajaan AS terhadap Majlis Keamanan Dan Ketenteraman Awam Kebangsaan (NCPO).

Sebaliknya, kata Prayuth, dia akan terus memimpin Thailand. "Walaupun ada bantahan dari negara luar NCPO akan meneruskan tugas menyelesaikan masalah negara," katanya. dalam mesyuarat badan itu di Ibu Pejabat Tentera Thailand semalam. EU menurunkan taraf hubungannya dengan Thailand ekoran kudeta tentera Mei lalu, manakala Washington mengutuk rampasan kuasa berkenaan serta membatalkan semua latihan serta kerjasama tentera.


Kata Prayuth, walaupun AS dan EU menyatakan pendirian mereka, NCPO tetap memerintah Thailand.

"Kami akan menyelesaikan masalah Thailand dengan mengambil kira maruah negara," katanya. Prayuth juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana bekerjasama dengan NCPO sejak beberapa bulan lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Tubuh kumpulan bantah junta tentera

Posted: 24 Jun 2014 03:02 PM PDT

Bangkok: Bekas presiden parti Puea Thai semalam melancarkan secara rasmi kumpulan pembangkang bagi menjalankan kempen membantah junta tentera Thailand. Jarupong Ruangsuwan (gambar) yang juga bekas menteri kanan negara itu berkata, Pertubuhan Membebaskan Warga Thailand Untuk Hak Asasi Manusia Dan Demokrasi akan berjuang.

"Rakyat menuntut kami melawan," katanya. Jarupong membuat kenyataan itu dari negara luar yang dirahsiakan.


Junta tentera menahan ratusan orang - kebanyakannya yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra serta anggota kumpulan Baju Merah sejak merampas kuasa Mei lalu. Kenyataan itu menyebut, junta tentera "melanggar kedaulatan undang-undang, menyalahgunakan prinsip demokrasi dan memusnahkan hak, kebebasan serta maruah rakyat." Justeru, kata Jarupong, kumpulan barunya itu akan berjuang mengembalikan demokrasi dan melawan sebarang langkah diambil junta tentera untuk mengubah sistem politik untuk kepentingan mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Naik jika tiada bocor

Posted: 24 Jun 2014 03:00 PM PDT

Jakarta: Bekas pegawai kanan tentera elit Indonesia, Prabowo Subianto berjanji melipatgandakan kadar upah seluruh rakyat Indonesia apabila dia terpilih sebagai presiden.

Kata Prabowo, dia yakin janji itu boleh dilaksanakan dengan menutup kebocoran dan pengagihan kekayaan ketika ini.


"Kami sangat yakin Indonesia mampu bangkit dengan pantas kerana perbelanjaan yang bocor akan ditutup.

"Dana itu kemudian digunakan untuk membangun negara dengan lebih hebat.


"Ketika itu kita percaya Indonesia akan menghadapi masa yang gemilang," katanya dalam ucapan di depan ribuan hadirin di Alun-alun Bangkalan, Jawa Timur, semalam.


Menurut tokoh yang kini dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia itu, dia yakin kadar upah negara boleh ditingkatkan sehingga 2.5 kali ganda.

Beliau berkata, keyakinan berkenaan dibuat berdasarkan input daripada pakar ekonomi yang mendampinginya. "Saya diberi ada 150 pakar ekonomi, profesor dari pelbagai universiti boleh membantu saya merancang kebangkitan Indonesia. "Kata mereka, dalam lima tahun akan datang - jika kami diberi mandat - kita akan naikkan penghasilan seluruh rakyat Indonesia 2.5 kali ganda. "Ini sangat mungkin," katanya ketika ditemui media, semalam. Prabowo berkata, cara mencegah ketirisan itu dengan membanteras rasuah dan mengamalkan belanjawan berhemat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

AS 'minat' rekod Prabowo

Posted: 24 Jun 2014 03:00 PM PDT

Jakarta: Kerajaan AS dilaporkan sedang meneliti dakwaan pembabitan Prabowo Subianto dalam aktiviti pelanggaran hak asasi manusia.

Memetik Duta Besar AS di Indonesia, Robert Blake, akhbar Wall Street Journal melaporkan kerajaannya ingin mengetahui lebih lanjut pembabitan Prabowo dalam isu berkenaan pada era 1990-an. "Namun ia tidak bermakna Washington memihak kepada mana-mana calon," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

60% pengundi Jawa Barat sokong Gabungan Merah Putih

Posted: 24 Jun 2014 02:59 PM PDT

Jakarta: Timbalan Gabenor Jawa Barat Deddy Mizwar yakin sekurang-kurangnya 60 peratus masyarakat wilayah itu akan memilih pasangan Prabowo Subianto - Hatta Rajasa.

Keyakinan Deddy berkenaan dibuat berdasarkan sejarah penduduk setempat yang dikatakan lebih selesa menyokong parti politik yang bergabung dalam kem Gabungan Merah Putih.


"Bukan hanya Parti Keadilan Sejahtera, malah Golkar dan Gerindra juga amat disenangi penduduk di sini.

"Justeru dengan izin Tuhan sekurang-kurangnya 60 peratus akan memberikan undi mereka kepada Prabowo dan Hatta," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, pelakon yang terkenal pada suatu ketika dulu itu berkata, pentadbiran wilayah Jawa Barat berusaha mengurangkan 'golongan putih' (kumpulan masyarakat yang enggan menyertai sebarang pilihan raya). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

No comments:

Post a Comment