Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Drebar teksi pulangkan RM2.7j

Posted: 20 Nov 2012 10:36 AM PST

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi warga tempatan diumumkan sebagai wira selepas dia memulangkan wang tunai Sg$1.1 juta (RM2.74 juta) kepada pasangan pelancong Thai yang tertinggal wang itu dalam teksinya.

Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang dalam beg kertas hitam di tempat duduk penumpang belakang semalam selepas dia menurunkan pasangan itu di sebuah pusat beli-belah.


"Bila saya lihat wang itu, saya menyangka berdepan masalah. Saya pasti sekurang-kurangnya ada $200,000 (RM499,749) dalam beg itu," kata pemandu teksi veteran yang sudah memandu teksi selama 31 tahun sepertimana dipetik daripada Straits Times.

Namun, bila dia membawa wang itu ke pejabat syarikat pengangkutan ComfortDelGro, rakannya yang menghitung wang itu terkejut mendapati ada RM2.74 juta dalam bentuk not kertas 1,000.


"Wang itu tidak penting buat saya. Ia bukan milik saya, jadi, bagaimana saya boleh gunakannya?," katanya kepada akhbar berkenaan.


Sia menerima ganjaran wang tunai yang tidak didedahkan jumlahnya daripada pasangan terbabit dan syarikat pengangkutan itu juga bercadang memberinya ganjaran atas kejujurannya. - ST

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Remaja seksa, bunuh kekasih dijel seumur hidup

Posted: 20 Nov 2012 10:34 AM PST

LONDON: Seorang remaja yang menyeksa dan membunuh teman wanitanya dalam satu serangan ganas, dihukum penjara seumur hidup, semalam.

Penuntut kolej, Hannah Windsor, 17, diikat pada pokok, diserang secara seksual, dicekik dan dicederakan dengan sebilah pisau oleh Adam Lewis, 18.


Lewis dari Wirral, Merseyside sebelum ini menafikan tuduhan membunuh Hannah tetapi menukar pengakuan sejurus sebelum perbicaraan bermula di Liverpool. Dia juga mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual ke atas mangsa. Ketika membacakan hukuman penjara seumur hidup, hakim berkata, hanya Lewis yang tahu apa berlaku ke atas Hannah. "Bagaimanapun, jelas kamu sengaja melakukan kecederaan ke atas mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat," katanya. Lewis mengalami kesukaran belajar dan tahap IQ rendah tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hakim memberitahunya bahawa laporan patologi mengenai kematian Hannah "menggerunkan." Mayat Hannah dalam keadaan separuh bogel ditemui tersorok di bawah daun, ranting dan kotoran di Bidston Hill, Wirral, pada 19 Mei lalu.

Hannah tinggal di sebuah asrama untuk remaja gelandangan ketika serangan ke atasnya berlaku. Pendakwa, Neil Flewitt, berkata kecederaan dialami Hannah "amat menakutkan." Menurut Flewitt, mangsa diikat pada pokok, diserang secara seksual dan ditikam berkali-kali di dada, perut dan belakang.


"Mulutnya pula ditutup dengan pita pembedahan dan dia dicekik dengan gabungan tangan serta tali," katanya. Siasatan juga mendapati, ada beberapa kecederaan parah pada kemaluan mangsa.


Sementara itu, media melaporkan, Hannah dan Lewis menghidap masalah dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) yang menyebabkan kemampuan pembelajaran mereka terganggu.

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di sekolah khas di Wirral. Bercakap di luar mahkamah, ibu Hannah, Gaynor Murray, berkata semalam adalah "hari terbaik dalam hidupnya" selepas hakim membuat keputusan. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Kucing dipanggang selepas ‘bertengkar’ dengan penagih dadah

Posted: 20 Nov 2012 10:32 AM PST

LONDON: Gara-gara memanggang seekor kucing liar dalam ketuhar gelombang mikro, seorang remaja dipenjara 22 minggu, semalam.

Jamie Blake didapati bersalah membunuh kucing itu ketika dia di bawah pengaruh dadah.


Dalam keterangannya, Blake, 19, berkata dia bertengkar dengan kucing berkenaan selepas haiwan berkenaan memberitahu, bekas pasangan ibu tertuduh - kini meninggal dunia - menyuntiknya dengan heroin. Selepas memanggang kucing itu selama tiga minit, Blake bergurau mengenai insiden itu dengan penduduk setempat di Thetford, Norfolk.

Pendakwa, Nikki Miller, berkata Blake mentertawakan kematian kucing berkenaan.


"Walaupun pada awalnya penduduk di situ tidak percaya, mereka akhirnya yakin Blake memanggang kucing di dalam ketuhar gelombang mikro dan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa," katanya. Bangkai kucing itu ditemui dalam tong sampah bersama ketuhar gelombang mikro berkenaan. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Blake menangkap kucing itu dan membawanya masuk ke rumah kira-kira jam 10.25 malam pada 27 September lalu. Dia kemudian dilihat keluar dari biliknya membawa beg dipercayai berisi bangkai kucing berkenaan.


Ketuhar gelombang mikro itu dibuang Blake sehari kemudian. Siasatan pihak berkuasa menemui bulu kucing dan pelbagai kesan haiwan berkenaan dalam ketuhar itu.

Petugas pusat kesihatan haiwan mengesahkan kucing berkenaan dipanggang sehingga mati. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Pengimbas cap jari mula diguna rekod kehadiran anggota dewan

Posted: 20 Nov 2012 10:31 AM PST

JAKARTA: Dewan Perwakilan semalam mula menggunakan pengimbas cap jari elektronik untuk merekod kehadiran anggotanya ketika sidang pleno penggal kedua 2012-2013, kata Speaker dewan itu, Marzuki Ali.

Setiausaha agung dewan, Umi Utari berkata, 15 mesin pengimbas cap jari ditempatkan di bilik pleno dewan di bangunan Nusantara II - diletakkan di depan pintu masuk utama (10), pintu masuk kiri (2) dan pintu masuk kanan (2) serta yang terakhir diletakkan dekat tempat duduk pengerusi.


Umi berkata, dewan turut menempatkan pengimbas tangan di pintu masuk utama. "Pengimbas tangan akan digunakan jika pengimbas tidak mengenali semua cap jari anggota," katanya sebagaimana dipetik oleh kompas.com sambil menambah semua anggota dewan perlu meletakkan semua jari mereka di atas pengimbas itu apabila sidang bermula dan berakhir. Diharapkan penempatan pengimbas cap jari bernilai 3.7 bilion rupiah (RM1.17 juta) itu akan meningkatkan kadar kehadiran anggota dewan yang memanipulasi rekod kedatangan ketika dewan menggunakan rekod secara manual. - kompas.com

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Wanita diperkosa, dikurung sebelum dipaksa berlatih telan dadah

Posted: 20 Nov 2012 10:29 AM PST

SAMUT PRAKAN: Seorang rakyat Nigeria dituduh memperkosa seorang wanita tempatan, mengururungnya selama seminggu dan memaksa mangsa berlatih menelan dadah agar dia dapat digunakan untuk menyeludup kokain ke Amerika Syarikat.

Polis semalam menyelamatkan mangsa berusia 29 tahun itu yang dikunci dalam sebuah bilik sewaan di kompleks apartmen di daerah Muang. Menurut polis, mangsa diperdaya pergi ke bilik itu oleh lelaki Nigeria berkenaan yang dipanggil Maxie.


Wanita itu berkata, dia bertemu suspek di laman web mencari pasangan dan bersembang dengannya untuk beberapa lama sebelum suspek memintanya bertemu untuk membincangkan peluang perniagaan. Suspek mendakwa bekerja dalam industri pelancongan. "Saya pergi ke sana kerana dia memberitahu akan membantu saya pergi ke AS untuk bertemu dengan bapa saya yang tinggal di sana," kata mangsa kepada polis.

Mangsa bertemu suspek di bilik terbabit pada 12 November lalu, di mana dia diperkosa, dibelasah dan dikunci. Wanita itu berkata, suspek merampas kad pengenalan dan telefon bimbitnya. Menurut mangsa, suspek memaksanya menelan kondom berisi serbuk setiap hari sepanjang dia dikurung.


Suspek memberitahunya dia perlu berlatih kerana dia akan digunakan untuk menyeludup kokain ke AS. Mangsa berjaya diselamatkan ketika suspek tertinggal telefon bimbitnya. Mangsa menghubungi rakannya yang bekerja di stesen radio yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Pengurus langgan pelacur bawah umur dijel

Posted: 20 Nov 2012 10:29 AM PST

SINGAPURA: Seorang bekas pengurus akaun yang membayar untuk seks dengan pelacur remaja dihukum penjara 11 minggu semalam.

Choong Sin Jian, 28, adalah suspek ke-15 yang terbabit dalam kes rangkaian seks dalam talian yang disabitkan bersalah. Baki 36 lagi suspek belum dibicarakan.


Mahkamah daerah mendengar pengakuan salah Choong terhadap satu daripada dua pertuduhan dikenakan apabila mengakses laman web remaja itu yang menawarkan khidmat teman sosial pada 2010. Selepas bertemu remaja terbabit, dia memutuskan untuk melakukan seks dengannya. - AsiaOne

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Carrefour Indonesia dijual kepada rakan kongsi

Posted: 20 Nov 2012 10:28 AM PST

JAKARTA: Rangkaian pasar raya besar Carrefour menjual 60 peratus sahampasar rayanya yang beroperasi di Indonesia kepada rakan kongsi tempatan, CT Corp dengan harga AS$673 juta (RM 2.05 bilion). Ia adalah tindakan terbaru peruncit Eropah itu untuk berundur dari negara ini.

Peruncit nombor dua terbesar di dunia selepas Wal-Mart Corp itu sudah mengurangkan operasinya di tempat lain di Asia, dalam sebahagian rancangan untuk mengurangkan hutang dan memfokus semula operasi utamanya. Ia menjual operasinya di Malaysia kepada Aeon, operator pasar raya nombor satu di Jepun dan berkata, ia akan menutup dua pasar rayanya di Singapura. CT Corp, konglomerat yang terbabit dalam sektor perbankan dan media memberitahu Reuters Julai lalu, ia dalam perbincangan untuk menguasai baki saham rangkaian pasar raya itu, di mana ia sudah memegang 40 peratus. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Wanita Ais akui bunuh 2 lelaki

Posted: 20 Nov 2012 10:28 AM PST

VIENNA: Seorang bekas pemilik kedai ais krim semalam mengaku membunuh dudanya serta kekasihnya sebelum memotong mayat mereka untuk dibekukan.

Dalam keterangan di mahkamah itu, Estibaliz Carranza, 34, juga mengaku menanam mayat kedua-dua lelaki terbabit di bawah kedainya di Vienna. Tertuduh berdarah kacukan Mexico-Sepanyol digelar media Austria sebagai "Wanita Ais." Estibaliz memberitahu mahkamah, bekas suaminya itu menghina dirinya, antara lain kerana penguasaan bahasa Jerman yang lemah serta menjerit kepadanya, manakala kekasihnya didakwa curang. Dalam kedua-dua kes, Estibaliz mengaku menembak kedua-dua lelaki terbabit dengan pistol Beretta .22 sebelum memotong mayat berkenaan dengan gergaji rantai.


Austria Press Agency melaporkan, cebisan mayat itu kemudian disimpan dalam peti sejuk beku kedainya sebelum ia akhirnya ditanam di tingkat bawah premis berkenaan.

Pendakwa, Petra Freh, berkata tertuduh dianggap terlalu kejam dan seolah-olah bom jangka.


"Adalah jelas defendan memiliki dua wajah dan dia mungkin boleh membunuh lagi," katanya. Menurut Estibaliz, suaminya, Holger Holz, berubah sikap selepas mereka berkahwin.


"Keadaan bertambah buruk apabila mereka diusir dari apartmen dan terpaksa tinggal di kedai ais krim yang diusahakan, selain menyertai gerakan Hare Krishna," katanya. Menurut Estibaliz, Holz tidur sehingga jam 10 pagi dan menjadi pemalas sehingga tiada ais krim untuk dijual. Estibaliz kemudian menjalin hubungan dengan jurujual mesin ais krim, Manfred Hinterberger, dan bercerai dengan Holz.

Namun, kata Estibaliz, Holz masih tinggal serumah dengannya. Akhirnya Estibaliz melepaskan tiga das tembakan ke arah Holz, termasuk dua di kepala, ketika suaminya duduk menghadap komputer. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


6 penjenayah cuba culik Datuk Bandar maut ditembak

Posted: 20 Nov 2012 10:27 AM PST

DURANGO (Mexico): Enam lelaki bersenjata ditembak mati polis selepas cubaan penjenayah terbabit menculik seorang datuk bandar gagal, kata pendakwa daerah, semalam.

Datuk Bandar Inde di negeri Durango, Ernesto Nunez, melarikan diri dan bersembunyi dalam gereja ketika penculik terbabit membakar rumahnya. Mereka kemudian berbalas tembakan dengan polis.


Pendakwa daerah Durango, Sonia de la Garza, berkata enam terbunuh akibat insiden tembak-menembak berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Bekas pegawai bank gantung bom palsu di leher remaja dipenjara 13 tahun

Posted: 20 Nov 2012 10:26 AM PST

SYDNEY: Seorang pegawai bank pelaburan Australia yang mengaku mengikat bom palsu ke badan seorang remaja Sydney dalam usahanya memeras ugut keluarga mangsa, dihukum penjara 13 tahun enam bulan, semalam.

Madeleine Pulver, ketika itu 18 tahun, berada sendirian di rumahnya pada Ogos 2011 apabila Paul Douglas Peters menahannya dan mengikat objek menyerupai bom pada lehernya bersama sekeping nota.


Peters masuk ke rumah itu dengan bertopeng ski dan bersenjata kayu besbol.

Petugas unit antibom mengambil masa sehingga 10 jam untuk menanggalkan objek berkenaan dan siasatan mendapati, ia tidak mengandungi sebarang bahan letupan. Ketika membacakan hukuman, hakim Peter Zahra, berkata Peters sengaja mahu menakut-nakutkan mangsa kononnya dia akan terbunuh. "Ketakutan itu hanya boleh digambarkan sebagai sesuatu yang tidak dapat dibayangkan," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


No comments:

Post a Comment