Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Sanggup derita kerana seni

Posted: 19 Nov 2012 07:33 AM PST

MEDELLIN: Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.

Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, mereka bertindak lebih jauh.

Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.

Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.


Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.


Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama seni tubuh.

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Kanak-kanak perempuan dibaham harimau bintang

Posted: 19 Nov 2012 07:30 AM PST

MUMBAI: Seorang kanak-kanak dibaham dan dimakan oleh seekor harimau bintang ketika dia buang air kecil di sebalik semak.

Ibu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu menjerit ketika melihat haiwan berkenaan menyerang anaknya tetapi tindakannya gagal menghentikan harimau bintang berkenaan mengheret kanak-kanak itu ke dalam hutan.


Usha Vinayak Yadav pergi ke semak berkenaan di hutan berhampiran Mumbai pada waktu malam untuk membuang air kecil apabila kejadian berlaku.

Polis menemui lengan dan kepala mangsa kira-kira 300 di dalam hutan.


Inspektor Srirang Nadgauda berkata: "Tidak ada cahaya di kawasan itu yang menjadi sebahagian daripada hutan berkenaan.


"Ibu Usha menjerit tetapi tidak ada siapa yang dapat mengesan harimau bintang atau kanak-kanak itu kerana keadaan terlalu gelap." - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Sembunyi kelengkapan pusat panggilan haram dalam peti ais

Posted: 19 Nov 2012 07:29 AM PST

SHARJAH: Polis menangkap seorang lelaki kerana menjual secara haram panggilan telefon murah yang dibuat menerusi Internet dengan menyembunyikan peralatan itu di dalam peti ais.

Lelaki warga Pakistan itu mengubah rumahnya di kawasan Al-Naba di Sharjah untuk menjadi pusat panggilan haram dengan menggodam sistem telefon.


Polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan lelaki itu yang dilakukan tanpa lesen, menyerbu rumah terbabit dengan bantuan pihak berkuasa Telekom.

Suspek ditahan dalam serbuan semalam dan kelengkapan yang digunakan untuk mengendalikan pusat panggilan haram berkenaan yang ditemui dalam peti ais, dirampas.


Suspek, KGS, mengaku membuat panggilan telefon haram menerusi program yang disambung pada pelayan komputer dan menjual panggilan telefon antarabangsa pada kadar murah.


Dia memberitahu polis, dia menyimpan kelengkapan itu di dalam peti ais dan membuat lubang di belakangnya bagi menyambung kabel.

Menurutnya, dia yakin tidak ada siapa yang akan menemui kelengkapan itu kerana tidak ada orang akan menyangka untuk menemui kelengkapan itu di dalam peti ais.


Polis Sharjah sebelum ini memberi amaran kepada orang awam dan pemilik kafe Internety supaya tidak melanggar peraturan Akta Telekom. - GN

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Tidak mahu anak jadi YB

Posted: 19 Nov 2012 07:28 AM PST

JAKARTA: Kebanyakan ibu bapa dan pasangan baru tidak mahu anak mereka atau bakal anak menjadi ahli Parlimen atau Yang Berhormat (YB) ekoran tanggapan negatif yang makin berkembang terhadap profesion itu.

Lembaga Survei Indonesia (LSI) mendapati dalam kajian terbarunya 56.43 peratus daripada 1,200 responden keberatan melihat anak mereka menjadi anggota Dewan Perwakilan.


Tinjuan dilakukan mulai 12 November hingga 15 November lalu di tujuh wilayah itu mendedahkan hanya 37.62 peratus responden menggalakkan anak mereka mengejar kerjaya sedemikian.

Berdasarkan tinjuan pada 2008, hanya 31.32 peratus responden menganggap menjadi ahli Parlimen adalah profesion negatif untuk anak mereka. Angka itu meningkat kira-kira 25 peratus dalam kaji selidik terbaru, menggambarkan hakikat bahawa orang ramai tidak gemar dengan profesion itu," kata penyelidik LSI, Rully Akbar dalam sidang akhbar di Jakarta semalam.


Walaupun menawarkan gaji tinggi dan peluang memegang kuasa, kebanyakan ibu bapa berkata, mereka bimbang dengan hakikat bahawa ramai penggubal undang-undang terbabit dalam kes rasuah.


"Kelihatannya, ibu bapa benar-benar menimbangkan nilai moral kerjaya anak-anak. Kami dapati tahap kebimbangan yang sama antara responden lelaki dan wanita yang tinggal di bandar dan kawasan luar bandar," katanya. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Janin bayi ditemui dekat tempat sampah asrama siswi

Posted: 19 Nov 2012 07:28 AM PST

NAKHON SI THAMMARAT: Seorang bayi perempuan yang digugurkan ditemui dekat tempat buang sampah berhampiran asrama siswi di Universiti Rajabaht Nakhon Si Thammarat, semalam.

Polis berkata, saksi melihat penjaga asrama membuang objek dibungkus dengan kain mempunyai kesan darah ke dalam tong sampah.


Polis percaya dua pelajar universiti melakukan pengguguran di asrama itu dan mereka meminta penjaga asrama untuk membuang janin itu, dipercayai berusia antara tujuh hingga lapan bulan. Pekerja mengangkut sampah memberitahu polis dia menemui janin itu ketika mengutip sampah di situ. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Bekas pengarah akui jalin hubungan sulit

Posted: 19 Nov 2012 07:28 AM PST

SINGAPURA: Bekas ketua jabatan narkotik republik ini mengaku salah dalam perbicaraan rasuahnya semalam dan menyatakan dia mempunyai hubungan seks dengan seorang daripada kontraktor agensi itu, tetapi menafikan sebarang salah laku.

"Kami ada hubungan sulit, hubungan luar nikah," kata Ng Boon Gay, 46, bekas Pengarah Biro Pusat Narkotik dalam keterangan pertamanya di kandang pesalah dalam perbicaraan seks untuk kontrak yang dihadapinya. Pendakwa raya mendakwa Ng melanggar undang-undang antirasuah dengan menuntut seks oral dalam empat kejadian daripada Eksekutif Teknologi Maklumat, Cecilia Sua, 36, sebagai pertukaran untuk membantunya memenangi kontrak bekalan daripada agensi Ng. Namun, Ng memberi keterangan bahawa Cecilia melakukan seks oral dengannya 20 hingga 30 kali dan mereka melakukan hubungan seks sepenuhnya selama tiga tahun. "Tiada paksaan, dia memang rela melakukannya," kata Ng, seorang daripada pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang pernah dibicarakan atas kesalahan rasuah di negara itu.


Dia menafikan mendedahkan maklumat sulit mengenai belanjawan agensinya kepada Cecilia dan berkata wanita itu sering menjemputnya di tempat kerja dengan Mercedes Benz miliknya sepanjang hubungan sulit mereka. - AsiaOne

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Datuk bandar arah tembak suspek bunuh empat beranak

Posted: 19 Nov 2012 07:28 AM PST

BANDAR RAYA CAGAYAN DE ORO: Datuk Bandar Vicente Emano mengeluarkan arahan menembak mati suspek pembunuhan empat sekeluarga yang mayat mereka dibuang dalam tangki najis.

"Saya mengarahkan polis menembak jika suspek cuba melawan. Mereka (suspek) tidak berperikemanusiaan. Mereka membunuh kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya," katanya kepada wartawan.


Rabu lalu, polis menemui mayat Christopher Lastimosa; isterinya, Leah, dan anak mereka; Christian, 9, serta Chanly, 6, dibuang dalam tangki najis di belakang kediaman mereka di Barangay Canitoan.

Polis dari balai polis Bulua, Ansari Pagador, berkata, mayat itu ditemui selepas kakak Leah, Chona Pepito melaporkan kepada polis bahawa keluarga itu gagal dikesan sejak Isnin lalu. - MT

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Bilionair telekom bertunang dengan aktres

Posted: 19 Nov 2012 07:27 AM PST

BANGKOK: Bilionair telekom berusia 58 tahun dan bintang filem seksi berusia 27 tahun, Bongkot "Tak" Kongmalai mengikat tali pertunangan semalam.

Pengasas Total Access Communication PLC yang beroperasi di bawah jenama Dtac, Boonchai Bencharongkul memberikan aktres dan model itu dengan cincin berlian tiga karat dalam majlis pertunangan di Muzium Kontemporari Seni (Moca) di bandar raya ini.


Muzium itu dimiliki oleh Bencharongkul.

Sebelum ini, Bongkot yang terkenal dengan watak erotik dalam filem berkata, dia tidak tahu-menahu bahawa Bencharongkul adalah seorang bilionair ketika mereka bertemu dan dia mungkin tidak akan bergaul dengannya jika mengetahui hakikat itu. Bongkot berkata, dia jatuh cinta dengan Bencharongkul kerana lelaki itu mempunyai persamaan dengannya iaitu cintakan seni, seorang yang sensitif, mengasihi keluarga dan mengharagi ibu bapa. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Bayi, wanita sasaran Zionis

Posted: 19 Nov 2012 07:27 AM PST

GAZA CITY: Satu lagi pembunuhan beramai-ramai membabitkan nyawa kanak-kanak Palestin di Gaza gagal mengubah pandangan dunia ketika Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain meneruskan serangan ganas pada hari kelima berturut-turut, semalam.

Serangan melalui udara dan laut itu membunuh 23 penduduk Palestin, termasuk 14 wanita dan kanak-kanak.


Kementerian Kesihatan Hamas berkata, insiden itu mencatat kematian paling tinggi sejak kempen ketenteraan Israel ke atas Gaza dilancarkan. Sembilan kanak-kanak lima daripadanya bayi dan budak serta lima wanita adalah mangsa terbaru keganasan rejim Zionis, menjadikan jumlah korban menjadi 69 orang hanya dalam tempoh kira-kira 100 jam serangan udara Israel. Serangan udara Zionis itu meranapkan sebuah bangunan dua tingkat milik sebuah keluarga.

Pegawai kesihatan berkata, empat wanita dan lima kanak-kanak - termasuk seorang bayi dari satu keluarga terkorban akibat serangan itu.


Penyelamat bergegas menarik keluar mangsa dari bawah runtuhan ketika orang ramai menjerit ketakutan. Sementara itu, dunia terus menyaksikan - malah menyokong - keganasan itu ketika rejim Zionis mengulangi jenayah perang mereka.


Presiden AS, Barack Obama, serta Setiausaha Luar Britain, William Hague, sekali lagi bertegas mendakwa Israel "berhak mempertahankan diri" walaupun berkata, mereka "lebih suka" jika negara pengganas itu mengelak daripada melancarkan serangan darat ke atas Gaza. Obama berkata, Israel mempunyai hak untuk mengharapkan tiada sebarang misil disasarkan ke wilayah mereka. Sementara itu, delegasi Liga Arab diketuai Nabeel al-Arabi, akan melawat Gaza hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada wilayah berkenaan. Presiden Mesir, Mohammad Mursi, berkata ada "beberapa petunjuk" gencatan senjata akan berlaku tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan sebarang jaminan ia akan berlaku. Seorang pegawai Israel tiba di Kaherah semalam untuk berunding dengan Hamas bagi menamatkan konflik berkenaan. - AN

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Pendatang haram cuba bakar masjid di Tebing Barat

Posted: 19 Nov 2012 07:26 AM PST

RAMALLAH: Penceroboh menyalakan api di pintu masuk sebuah masjid di Tebing Barat semalam dan merosakkan pintunya dalam serangan didakwa dilakukan penduduk haram Yahudi.

Penduduk Kampung Orif berhampiran Nablus berkata, sekumpulan penduduk Yahudi dari penempatan berhampiran masuk ke masjid itu sebelum subuh dan mencurah minyak tanah di atas permaidani usang berhampiran pintu masuknya. Mereka kemudian menyalakan api di situ. Penduduk Orif, Issam al-Safadi, berkata penceroboh terbabit cuba masuk ke masjid tetapi gagal kerana ia dikunci. "Mereka akhirnya membakar permaidani lama dan pintu masjid," katanya. Kumpulan hak asasi manusia Israel, B'tselem, berkata serangan itu dipercayai dilakukan kumpulan sama merosakkan sekurang-kurangnya 10 masjid lain di Tebing Barat sejak 2009. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


No comments:

Post a Comment