Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Roboh kilang pau

Posted: 23 Sep 2013 06:29 PM PDT

Kuala Lumpur: Kotor, berbau busuk dan menjijikkan. Itu situasi yang dapat dilihat di kilang membuat kuih pau berintikan daging babi yang terletak di Jalan 26, Selayang Baru, apabila serbuan serta aktiviti meroboh premis dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.

Syak skuad rasuah

Posted: 23 Sep 2013 06:24 PM PDT

Ipoh: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menerima aduan rasmi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung unsur sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia tengah hari semalam dan siasatan akan dilakukan.

Rempuh pokok diserang asma

Posted: 23 Sep 2013 06:24 PM PDT

Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas yang menghidap penyakit asma nyaris maut apabila kereta dipandunya merempuh deretan pokok di Jalan Rembia-Alor Gajah berdekatan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, semalam.

Lebam belakang telinga

Posted: 23 Sep 2013 06:15 PM PDT

Muadzam Shah: "Kali terakhir saya menemui arwah kira-kira sebulan lalu ketika dia melaporkan diri sebagai pelatih PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) dan pertemuan kami hari ini (semalam) berbeza kerana saya hanya mampu menatap wajah kakunya," kata Norhamidi Bakar, 46, bapa pelatih PLKN Kem Pinggiran Pelangi, di sini, yang ditemui meninggal dunia tengah malam, kelmarin.

Tak sangka jiran pembunuh

Posted: 23 Sep 2013 06:08 PM PDT

Taiping: Pembunuh yang menembak mati pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 29 Julai lalu, dikesan menjadikan sebuah rumah usang di RKT Larut Tin Tambahan, di sini, sebagai sarang persembunyiannya sejak lebih sebulan lalu.

No comments:

Post a Comment