Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Messi bergaya, Ajax sengsara

Posted: 19 Sep 2013 10:37 AM PDT

Barcelona: Lionel Messi melonjak ke tangga kedua penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara sepanjang zaman menerusi jaringan hatrik ke-27 kariernya ketika Barcelona membenam Ajax 4-0 di Nou Camp awal pagi semalam.

'Wang bukan soalnya'

Posted: 19 Sep 2013 10:36 AM PDT

Kuala Lumpur: Wang bukanlah penghalang buat FAM kerana badan induk itu sudah bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan jurulatih bertaraf dunia menggantikan Datuk K Rajagobal.

Perak sanggup harungi laluan getir

Posted: 19 Sep 2013 10:34 AM PDT

Ipoh: Susah atau senang, Perak terpaksa mengharungi ranjau dan onak berduri apabila turun membuat perhitungan dengan Sarawak di Kuching, malam esok.

Johor FC alu-alukan sebarang siasatan

Posted: 19 Sep 2013 10:33 AM PDT

Pasir Gudang: Segala bentuk siasatan termasuk terhadap pemain pasukan bola sepak Johor FC dialu-alukan bagi menjelaskan kedudukan sebenar serta menjernihkan semula insiden kekecohan yang berlaku pada perlawanan Johor FC menentang Sime Darby, Selasa lalu.

Chong Wei hanya 'panas badan'

Posted: 19 Sep 2013 10:32 AM PDT

Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya 'memanaskan badan' untuk menempah tiket ke suku akhir Kejohanan Terbuka Jepun.

2 emas negara

Posted: 19 Sep 2013 10:32 AM PDT

Kuantan: Kontinjen negara mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat emas pada Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Asia, semalam.

UKM sasar pertahan kejuaraan

Posted: 19 Sep 2013 10:28 AM PDT

Kuala Lumpur: Perubahan tarikh dan gelanggang final ke Stadium UM tidak menjejaskan semangat pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bimbingan Sulaiman Hussin untuk mempertahan kejuaraan bola sepak Piala Menteri Pendidikan, Selasa ini.

Pesilat kumpul empat emas

Posted: 19 Sep 2013 10:25 AM PDT

Melaka: Malaysia meraih empat pingat emas pada hari terakhir kategori silat seni Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall Bandar Hilir, semalam.

Dusun Neo FC juara!

Posted: 19 Sep 2013 10:22 AM PDT

Seremban: Jaringan tunggal Mohd Fakri Zakaria membantu pasukan Dusun Neo FC menewaskan Taman Sri Kasih FC, 1-0 untuk muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 2013 di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi, baru-baru ini.

15 pasukan adu tenaga

Posted: 19 Sep 2013 10:22 AM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Old Edwardians Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Ragbi 10 Sebelah yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula esok di The Esplanade, Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment