Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Keputusan terbaik

Posted: 16 Sep 2013 06:07 PM PDT

Kuching: Keputusan rakyat Sarawak yang sebulat suara mahu menyertai dan menjayakan pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat 50 tahun lalu berjaya mendatangkan hasil menerusi keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang hari ini.

Maut sesak nafas panjat gunung

Posted: 16 Sep 2013 05:19 PM PDT

Kluang: Aktiviti memanjat gunung yang dilakukan lelaki berusia 46 tahun dan disertai 16 rakan serta keluarganya di Gunung Lambak, di sini, berakhir tragedi apabila dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika berada pada ketinggian 300 meter dari aras laut, semalam.

'Tiada siapa persoalkan'

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Kota Kinabalu: Tiada ahli keluarga dalam kalangan pasukan keselamatan di Semenanjung mempersoalkan tindakan kerajaan menghantar ahli keluarga mereka untuk berkorban di bumi Sabah kerana negeri ini juga adalah sebahagian daripada Malaysia.

'Tak sangka perbualan jadi nyata'

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Kuala Lumpur: "Saya tidak sangka lahirkan anak pada Hari Malaysia kerana sepatutnya bersalin hujung bulan ini," kata pekerja swasta Azra Bakri.

Inai di jari masih merah...

Posted: 16 Sep 2013 11:19 AM PDT

Melaka: Bimbang rahsia bersama kekasih gelapnya terbongkar, seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet dan melarikan diri dalam keadaan separuh bogel bagi mengelak dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Ujong Pasir di sini, awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment