Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Motosikal guna kulit udang karang

Posted: 17 Sep 2013 09:14 AM PDT

Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian.

Baham zakar jiran

Posted: 17 Sep 2013 09:07 AM PDT

London: Seorang lelaki yang tidak memiliki gigi didapati bersalah membaham zakar jirannya "seperti sandwic" selepas kedua-dua mereka bertengkar mengenai muzik yang terlalu kuat.

Ibu racun anak sendiri dalam hotel

Posted: 17 Sep 2013 09:06 AM PDT

Sacramento (California): Seorang ibu didakwa meracun anak lelakinya - yang berusia 13 tahun dan menghidap autisme - serta seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dalam sebuah bilik hotel selepas hakim memberikan hak penjagaan kepada bapa mangsa terbabit.

Bangkai kucing dijual sebagai daging kambing

Posted: 17 Sep 2013 09:05 AM PDT

Beijing: Seorang lelaki di Zhengzhou di wilayah Henan mencuri kucing jirannya untuk mendapat bekalan daging haiwan itu sebelum menjualnya sebagai 'daging kambing' di restoran tempatan.

Gunung Sinabung meletus lagi

Posted: 17 Sep 2013 09:05 AM PDT

Medan: Gunung Sinabung di daerah Kato, Sumatera Utara meletus sekali lagi tengah hari semalam, memuntahkan lebih banyak bahan gunung berapi berbanding letusan pertama dua hari lalu.

Penganjur Ratu Dunia rugi besar

Posted: 17 Sep 2013 09:03 AM PDT

Bali: Penganjur Ratu Dunia 2013 mengalami kerugian besar akibat keputusan kerajaan memindahkan pertandingan itu dari Jawa ke Bali berikutan tentangan kuat daripada kumpulan aktivis Islam.

Pemberontak tinggalkan Zamboanga

Posted: 17 Sep 2013 09:03 AM PDT

Zamboanga: Tentera Filipina semalam membebaskan sejumlah besar orang awam yang dijadikan tebusan oleh pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sejak lebih seminggu lalu selepas pertempuran semakin reda.

MNLF culik ketua polis

Posted: 17 Sep 2013 09:02 AM PDT

Zamboanga: Anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang berdepan dengan serangan tentera kerajaan di sini, semalam menculik ketua polis selatan bandar Zamboanga.

Peladang getah terus tunjuk perasaan

Posted: 17 Sep 2013 09:01 AM PDT

Bangkok: Peladang getah di selatan Thai semalam meneruskan tunjuk perasaan dengan menguasai persimpangan jalan raya di daerah Cha'uat di Nakhon Si Thammarat.

Ramai YB terbabit rasuah

Posted: 17 Sep 2013 08:59 AM PDT

Jakarta: Timbalan Pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN) Dradjad Wibowo mengakui ramai anggota Parlimen Indonesia terbabit dengan rasuah.

No comments:

Post a Comment