Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


'Tak boleh ada silap'

Posted: 21 Sep 2013 12:48 PM PDT

London: Manchester United dan Manchester City melangkah ke pertemuan setempat buat kali ke-166 malam ini, menyedari kekalahan buat mana-mana pasukan akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada buruan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Patut jejak dari dulu

Posted: 21 Sep 2013 12:45 PM PDT

Kuala Lumpur: Pengambilan pemain berdarah kacukan untuk mewakili pasukan kebangsaan sepatutnya sudah lama dilakukan.

Misteri Argentina

Posted: 21 Sep 2013 12:43 PM PDT

Kuala Lumpur: Skuad hoki remaja negara sudah bersedia untuk bertemu Argentina pada perlawanan pertama Piala Sultan Johor, hari ini dengan teka-teki pasti bermain difikiran barisan pemain serta jurulatih terhadap sejauh manakah kekuatan sebenar lawan.

Impak positif kacukan

Posted: 21 Sep 2013 12:42 PM PDT

Kuala Lumpur: Tidak dinafikan aksi Junior Eldstal mencipta sensasi tersendiri untuk tatapan peminat bola sepak tempatan pada Kejohanan Pestabola Merdeka yang berakhir baru-baru ini.

Cabaran unik Bukit Mawi

Posted: 21 Sep 2013 12:40 PM PDT

Marang: Saingan sengit menanti pelumba aksi Sirkit 3 Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia berlangsung di Bukit Mawi, 5 Oktober ini.

Geng Meppeh buru podium

Posted: 21 Sep 2013 12:39 PM PDT

Marang: Kelab Geng Meppeh atau dalam dialek Terengganu 'pasukan keletihan melampau' dari Kerteh, Kemaman, mahu membuktikan penyertaannya dalam Sirkit Ke-3 Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix di Bukit Mawi berdekatan bandar Marang pada 5 Oktober, bukan sekadar pelengkap pasukan.

Affendi bakar litar Kluang

Posted: 21 Sep 2013 12:39 PM PDT

Kluang: Mohd Affendi Rosli berada pada prestasi terbaik apabila muncul pelumba terpantas dengan catatan rekod baru litar pada sesi ujian masa CP130 Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Stadium Kluang, Johor, semalam.

Grace tebus hampa

Posted: 21 Sep 2013 12:37 PM PDT

Kuantan: Selepas sekadar merangkul perak dalam acara lempar cakera, Grace Wong bangkit mengubati kekecewaan dengan kejayaan meraih emas pada saingan hari ketiga Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Asia semalam dalam acara lempar tukul besi.

HM jagoan bola jaring NSTP

Posted: 21 Sep 2013 12:36 PM PDT

Kuala Lumpur: Pasukan bola jaring Harian Metro (HM) muncul juara manakala skuad bola sepaknya menduduki tempat kedua Karnival Sukan Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di padang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, semalam.

Silat didik pelajar

Posted: 21 Sep 2013 12:36 PM PDT

Melaka: Silat olahraga bakal disenaraikan dalam Liga Sukan Untuk Semua bagi memastikan seni mempertahankan diri itu terus melahirkan bintang dunia.

No comments:

Post a Comment