Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Kenduri gol!

Posted: 23 Sep 2013 07:32 PM PDT

Johor Bahru: Serangan bertali arus menjadi kunci kejayaan skuad remaja negara ketika membelasah Korea Selatan 5-1 pada perlawanan kedua saingan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya semalam.

Suarez kembali!!!

Posted: 23 Sep 2013 07:28 PM PDT

Manchester, England: Luis Suarez akan kembali mencuri tumpuan dalam kancah bola sepak Inggeris selepas penyerang bermasalah Liverpool itu bebas daripada penggantungan 10 perlawanan untuk turun menentang Manchester United pada pusingan ketiga Piala Liga.

Moyes berang aksi anak buah

Posted: 23 Sep 2013 09:09 AM PDT

Manchester, England: Pengurus Manchester United David Moyes berang dengan aksi pemainnya selepas diaib Manchester City, 1-4 dalam pertembungan setempat dan mahu mereka segera bangkit memperbaiki prestasi.

Ozil mampu jadi lebih hebat

Posted: 23 Sep 2013 09:08 AM PDT

London: Arsene Wenger percaya Mesut Ozil mampu mempamerkan lebih banyak sentuhan berbisa selepas pemain antarabangsa Jerman itu meneruskan permulaan mengagumkan di Arsenal.

Black Cats buang Di Canio

Posted: 23 Sep 2013 09:07 AM PDT

London: Paolo Di Canio dipecat sebagai pengurus kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Sunderland awal pagi semalam selepas hanya tujuh bulan mengendalikan kelab timur laut England itu.

Real pamer taring

Posted: 23 Sep 2013 09:03 AM PDT

Madrid: Ketiadaan Gareth Bale yang mengalami kecederaan ketika memanaskan badan tidak menjejaskan rentak Real Madrid yang membenam Getafe 4-1 untuk merapatkan kedudukan dua mata dengan pendahulu Barcelona, awal pagi semalam.

Napoli menang selepas 27 tahun

Posted: 23 Sep 2013 09:00 AM PDT

Milan: Penjaga gol Napoli, Pepe Reina menamatkan rentetan 21 sepakan penalti Mario Balotelli namun gagal membantu pasukannya merampas semula tangga pertama Serie A sekalipun meraih kemenangan pertama ke atas Milan di laman lawan dalam tempoh 27 tahun.

Monaco bangkit ikat PSG

Posted: 23 Sep 2013 09:00 AM PDT

Paris: Monaco bangkit mengikat juara bertahan Paris Saint-Germain, 1-1 awal pagi semalam untuk kekal menghuni tangga teratas Ligue 1 Perancis.

Hari bertuah Stenson

Posted: 23 Sep 2013 08:59 AM PDT

Atlanta, Georgia: Pemain Sweden, Henrik Stenson meraih wang hadiah terbesar golf apabila melengkapkan cabaran dengan dua bawah par 68 semalam untuk merangkul dua trofi dalam sehari, Kejohanan Jelajah dan Piala FedEx.

Jangan terus ejek Vettel: Horner

Posted: 23 Sep 2013 08:59 AM PDT

Singapura: Bos Red Bull Christian Horner menempelak penonton yang berterusan mengejek pendahulu kejuaraan Formula Satu dunia, Sebastian Vettel kerana mereka hanya menyakitkan hati pemandu muda Jerman itu.

No comments:

Post a Comment