Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


'Tak menyesal'

Posted: 25 Sep 2013 06:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Biarpun bergelar juara dan kini menjadi pelari pecut terpantas negara, Nixon Kennedy berasakan keputusannya meninggalkan bidang olahraga sebagai langkah tepat dan langsung tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Barca makin gah

Posted: 25 Sep 2013 06:24 PM PDT

Madrid: Barcelona mengekalkan rekod bersih 100 peratus dalam saingan liga selepas enam perlawanan apabila membelasah Real Sociedad 4-1 awal pagi semalam sama seperti yang dilakukan Atletico Madrid yang turut cemerlang di awal musim.

Rakus belanja perkasa pasukan

Posted: 25 Sep 2013 06:21 PM PDT

Kuala Lumpur: Perbelanjaan pasukan Liga Super dan Perdana pada musim depan dijangka mencecah RM250 juta apabila masing-masing kini bersaing mendapatkan pemain tempatan, import dan jurulatih terbaik bagi merebut kejuaraan yang ditawarkan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Selangkah ke final

Posted: 25 Sep 2013 06:18 PM PDT

Johor Bahru: Skuad remaja negara hanya tinggal selangkah lagi untuk mara ke pentas final Piala Sultan Johor selepas mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, kali ini menewaskan gergasi Eropah, England 3-1 di Stadium Hoki Taman Daya semalam.

City, Chelsea mara mudah

Posted: 25 Sep 2013 09:10 AM PDT

London: Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur berjaya melangkah ke pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam manakala Sunderland memulakan kempen tanpa Paolo Di Canio dengan mengalahkan Peterborough.

Benteke rehat enam minggu

Posted: 25 Sep 2013 09:10 AM PDT

London: Pengurus Aston Villa Paul Lambert semalam mengumumkan penyerang Christian Benteke terpaksa diketepikan hingga enam minggu akibat kecederaan pinggul.

Walcott bedah perut

Posted: 25 Sep 2013 09:09 AM PDT

London: Penyerang Arsenal dan England, Theo Walcott menjalani pembedahan kecil di bahagian perut semalam menyebabkan dia tersisih hingga selepas aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan, menurut pendahulu Liga Perdana itu kelmarin.

Prestasi merosot punca Di Canio dipecat

Posted: 25 Sep 2013 09:08 AM PDT

London: Ketua eksekutif Sunderland Margaret Byrne berkata, keputusan memecat pengurus Paolo Di Canio adalah untuk mengelakkan kelab itu terus berada di kedudukan terbawah Liga Perdana.

Dortmund mara ke pusingan 16

Posted: 25 Sep 2013 09:07 AM PDT

Berlin: Borussia Dortmund memerlukan masa tambahan sebelum mengatasi kelab divisyen dua 1860 Munich 2-0 sekali gus layak ke pusingan 16 terakhir Piala Jerman selepas mendominasi perlawanan awal pagi semalam selain menggegar palang empat kali.

Murray ucap terima kasih

Posted: 25 Sep 2013 09:06 AM PDT

London: Juara Wimbledon, Andy Murray berterima kasih kepada kakitangan perubatan selepas selesai menjalani pembedahan belakang.

No comments:

Post a Comment