Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Peluang Anuar cerah

Posted: 26 Sep 2013 10:58 AM PDT

Kuala Lumpur: Pencapaian Anuar Manan di Tour of China mencerahkan peluangnya untuk disenaraikan dalam skuad lumba basikal negara yang akan mengibarkan cabaran di temasya Sukan SEA Myanmar.

Spurs tak sabar benam Chelsea

Posted: 26 Sep 2013 10:23 AM PDT

London: Kehilangan Gareth Bale memaksa Tottenham Hotspur membawa masuk beberapa penyerang berbakat namun apa yang mengejutkan apabila permulaan baik mereka musim ini lebih banyak dibantu dengan keampuhan benteng pertahanan.

Suarez ikrar tebus aib, duka

Posted: 26 Sep 2013 10:23 AM PDT

Manchester, England: Luis Suarez berikrar menebus keaibannya selepas penyerang Liverpool itu akhirnya kembali daripada penggantungan ketika kekalahan 0-1 di tangan Manchester United di gelanggang lawan awal pagi semalam.

Lunas dendam

Posted: 26 Sep 2013 10:23 AM PDT

Manchester, England: Penyerang Manchester United Javier Hernandez menjejaskan penampilan semula Luis Suarez apabila pemain Mexico itu menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Liverpool pada pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi semalam.

Mudah buat United, Arsenal jumpa Chelsea

Posted: 26 Sep 2013 10:22 AM PDT

London: Kejayaan Manchester United mengatasi musuh tradisi Liverpool pada aksi Piala Liga membolehkan mereka mendapat undian mudah bertemu Norwich, manakala Arsenal menanti kunjungan Chelsea pada pusingan keempat.

Penalti kontroversi

Posted: 26 Sep 2013 10:21 AM PDT

Madrid: Penalti meragukan Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan sudah cukup membantu Real Madrid kembali merapatkan jurang dua mata di belakang pendahulu liga Barcelona dengan kemenangan 2-1 ke atas Elche di laman lawan, awal pagi semalam.

Roma kekal terajui persada Serie A

Posted: 26 Sep 2013 10:21 AM PDT

Florence (Itali): Pemain buangan Arsenal Gervinho menjaringkan gol pertamanya untuk Roma apabila menewaskan Samp doria 2-0 dan mempunyai kelebihan dua mata berbanding Napoli yang gagal meraih mata penuh untuk kekal di kedudukan teratas Serie A awal pagi semalam.

Messi tak terjejas di sebalik kes cukai

Posted: 26 Sep 2013 10:20 AM PDT

Madrid: Imej baik Pemain Terbaik Dunia empat kali, Lionel Messi diuji apabila dia berdepan hakim atas tuduhan mengelak daripada membayar cukai hari ini.

UFL sedia kerjasama

Posted: 26 Sep 2013 10:20 AM PDT

Kuala Lumpur: Bagi menyediakan kelengkapan berkualiti dan tahan lasak kepada pelumba basikal bukit, UFL Outdoors tampil menjadi penaja Sirkit 3 Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia, di Bukit Mawi, Marang.

Kita layak ke final

Posted: 26 Sep 2013 10:19 AM PDT

Johor Bahru: Malaysia mengesahkan tiket ke pentas final Piala Sultan Johor selepas menewaskan gergasi Asia, Pakistan 4-2 pada perlawanan dramatik semalam sekali gus berpeluang mengulangi kejayaan muncul juara edisi 2011.

No comments:

Post a Comment