Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kemaluan kena potong

Posted: 23 Sep 2013 09:55 AM PDT

Bogota: Seorang lelaki dari selatan Colombia terpaksa membenarkan kemaluannya dipotong selepas dia didakwa menelan dos Viagra secara berlebihan bagi mengambil hati teman wanitanya.

Kokain RM864j dalam pesawat

Posted: 23 Sep 2013 09:48 AM PDT

Paris: Polis Perancis mencatat rekod rampasan kokain terbesar dengan nilai 200 juta euro (RM864 juta) yang disembunyikan dalam beg pakaian dalam pesawat penerbangan Air France dari Caracas, Venezuela ke Paris.

Masuk perangkap sendiri

Posted: 23 Sep 2013 09:48 AM PDT

Tokyo: Seorang isteri cuba membuat suaminya marah dengan membakar kediaman mereka tetapi dia akhirnya terperangkap dalam kebakaran hingga suaminya terpaksa menyelamatkannya.

Ibu tunggal biak ular tampung keluarga

Posted: 23 Sep 2013 09:47 AM PDT

Riyadh: Seorang wanita Arab Saudi memilih cara berbahaya untuk menyara anak perempuannya selepas bercerai daripada suami apabila dia memelihara dan membiak ular.

BIFF serang sukarelawan

Posted: 23 Sep 2013 09:46 AM PDT

Zamboanga: Pemberontak Islam Moro bertempur dengan tentera Filipina dan menahan tebusan dalam kejadian terbaru di selatan negara itu semalam.

Kembar siam keluar dari mulut

Posted: 23 Sep 2013 09:46 AM PDT

Bandung: Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu kembar siam.

Usagi ragut 25 nyawa

Posted: 23 Sep 2013 09:45 AM PDT

Hong Kong: Taufan Usagi membunuh sekurang-kurangnya 25 orang selepas membadai selatan China, melumpuhkan sistem pengangkutan dan menyebabkan puluhan ribu penumpang penerbangan terkandas di Hong Kong semalam.

Haram kelab seni bela diri

Posted: 23 Sep 2013 09:44 AM PDT

Dili (Timur Timor): Polis di Timor Timur tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang masih mengamalkan seni pertahanan diri.

Russia arah terjemahan al-Quran dimusnahkan

Posted: 23 Sep 2013 09:44 AM PDT

Moscow: Mahkamah Russia baru-baru ini mengarahkan agar terjemahan kitab suci al-Quran dimusnahkan setahun selepas larangan kontroversi terhadap koleksi hadis klasik dan buku mengenai Nabi Muhammad (SAW) dikeluarkan.

Hukum tikus makan wang gaji

Posted: 23 Sep 2013 09:44 AM PDT

Ramallah: Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat turun imej berkenaan dalam laman Facebook.

No comments:

Post a Comment