Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Shahril ledak hatrik

Posted: 22 Sep 2013 10:03 AM PDT

Johor Bahru: Skuad hoki remaja negara bermula garang pada saingan Piala Sultan Johor selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Argentina dengan pemain tengah Muhd Shahril Saabah meledak hatrik di Stadium Hoki Taman Daya, semalam.

Gunners menyengat

Posted: 22 Sep 2013 09:46 AM PDT

London: Arsenal membuktikan keazaman mereka untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini apabila meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Stoke City 3-1 di Stadium Emirates malam tadi.

Pedro ledak hatrik bantu Barcelona

Posted: 22 Sep 2013 09:44 AM PDT

Madrid: Pedro Rodriguez meledak hatrik membantu Barcelona mengekalkan rekod 100 peratus pada permulaan kempen La Liga menerusi kemenangan selesa 4-0 ke atas Rayo Vallecano, awal pagi semalam.

Tak sabar nanti Suarez

Posted: 22 Sep 2013 09:43 AM PDT

Liverpool, England: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui beliau tidak sabar menanti kepulangan semula Luis Suarez selepas rekod tanpa kalah pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris musnah berikutan kekalahan 0-1 di tangan Southampton.

Mata turun jumpa Swindon

Posted: 22 Sep 2013 09:43 AM PDT

London: Jose Mourinho mengesahkan Juan Mata akan diturunkan bagi perlawanan Piala Liga menentang Swindon di laman lawan pertengahan minggu ini selepas diketepikan ketika menang ke atas Fulham, kelmarin.

Vettel lagi!

Posted: 22 Sep 2013 09:35 AM PDT

Singapura: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel meraih kemenangan ketiga berturut-turut pada Grand Prix Singapura semalam sekali gus semakin menghampiri kejuaraan Formula Satu dunia kali keempat berturut-turut.

Stenson kekal selesa

Posted: 22 Sep 2013 09:34 AM PDT

Atlanta, Georgia: Pemain Sweden, Henrik Stenson merekod satu bawah par 69 semalam untuk kekal mendahului dengan empat pukulan selepas pusingan ketiga kejohanan penamat musim, Kejohanan Jelajah PGA AS bernilai AS$8 juta (RM25.3 juta).

Tak kejar podium

Posted: 22 Sep 2013 09:34 AM PDT

Marang: Pasukan Heavy66 (Berat Na Nang) tampil pada Sirkit ke-3 Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia di Bukit Mawi, 5 Oktober ini bukan untuk menjadi pencabar ataupun mengejar podium dan populariti, sebaliknya kehadiran pelumba kelab itu lebih berkonsepkan kayuhan santai.

Faiz julang SMK Mutiara

Posted: 22 Sep 2013 09:33 AM PDT

Kuala Lumpur: Penjaga gol Muhammad Faiz Aminuddin menjadi wira SMK Mutiara Impian apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika pasukannya bersaing di suku akhir Piala Liga Kementerian Pelajaran bawah 14 tahun bagi memastikan pasukan dari Pulau Pinang itu melangkah ke separuh akhir Sabtu ini.

NS juara Sukan Penjara

Posted: 22 Sep 2013 09:33 AM PDT

Alor Setar: Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara kejohanan sukan dalam dewan Majlis Sukan Penjara Malaysia 2013 selepas mendominasi acara karom dan dart bagi kategori berpasukan dan individu.

No comments:

Post a Comment