Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Aksi positif Azlan

Posted: 15 Sep 2013 03:36 PM PDT

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan penampilan sulungnya dalam Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) dengan nada positif apabila wakil tunggal Idemitsu Honda Team Asia itu muncul di tempat ke-24 pada perlumbaan final Moto2 di San Marino, Itali semalam.

Ancelotti puji Bale

Posted: 15 Sep 2013 03:30 PM PDT

Madrid: Gareth Bale tidak begitu gembira dengan kemenangan pertama bersama Real Madrid, namun pemain termahal dunia itu tetap mendapat pujian jurulatih Carlo Ancelotti selepas menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya ketika menentang Villareal pada perlawanan liga yang berkesudahan seri 2-2.

Moyes mahu siasat Young

Posted: 15 Sep 2013 03:29 PM PDT

MANCHESTER: Pengurus Manchester United David Moyes mengaku mahu bercakap sendiri dengan pemain sayap England Ashley Young (gambar) selepas pemain itu dilihat sengaja merebahkan dirinya ketika menang 2-0 ke atas Crystal Palace.

Risiko Wenger berbaloi

Posted: 15 Sep 2013 03:27 PM PDT

Sunderland: Arsene Wenger mendedahkan beliau mengambil risiko apabila menurunkan Mesut Ozil buat kali pertama di Liga Perdana ketika Arsenal menewaskan Sunderland 3-1 kelmarin.

Villas-Boas puji aksi Eriksen

Posted: 15 Sep 2013 03:26 PM PDT

London: Pengurus Tottenham Andre Villas-Boas memuji Christian Eriksen susulan penampilan pemain Denmark itu ketika menewaskan Norwich 2-0 di White Hart Lane.

Aksi bersahaja Furyk

Posted: 15 Sep 2013 03:26 PM PDT

Lake Forest, Illinois: Jim Furyk yang berkongsi kedudukan pendahulu bersama Brandt Snedeker, menerima tentangan sengit daripada Tiger Woods dan Steve Stricker tetapi masih berjaya mendahului satu pukulan selepas berakhir pusingan ketiga Kejohanan BMW.

Hajat Ogier tak tercapai

Posted: 15 Sep 2013 03:25 PM PDT

Sydney: Pemandu Perancis Sebastien Ogier memenangi Rali Australia semalam tetapi impiannya untuk memenangi kejuaraan Rali Dunia FIA buat kali pertama hanya akan ditentukan pada pusingan seterusnya di Perancis, bulan depan.

Gelaran ke-8 Nicol

Posted: 15 Sep 2013 03:23 PM PDT

Kuala Lumpur: Selepas kegagalan merangkul kejuaraan ketujuh Terbuka Kuala Lumpur diikuti kegagalan skuasy dimasukkan sebagai acara Sukan Olimpik 2020, ternyata ia membangkitkan semangat Datuk Nicol David melakar satu lagi sejarah di Terbuka Malaysia, apabila membawa pulang gelaran kelapan.

Nasib Raja kabur

Posted: 15 Sep 2013 03:22 PM PDT

Shah Alam: Terdapat pelbagai kemungkinan mengenai masa depan ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal yang bakal tamat kontrak penghujung tahun ini walaupun perlawanan terakhir pada tahun depan menentukan nasib Harimau Malaya sama ada layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 atau sebaliknya.

ECC mahu takluk Bukit Mawi

Posted: 15 Sep 2013 03:22 PM PDT

Marang: Berbekalkan beberapa kemenangan dalam kejohanan yang disertai sebelum ini menjadi pemangkin buat pasukan dari Kuala Terengganu, Eretrim Cycling Club (ECC)untuk terus melakar kejayaan dalam Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Sirkit 3 di Bukit Mawi, Marang, 5 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment