Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Sajian ghairah atas meja

Posted: 18 May 2014 11:22 AM PDT

Kuala Lumpur: Tarian seksi dengan hanya memakai pakaian dalam menjadi tarikan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, yang diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam serbuan Op Noda kira-kira jam 9.30 malam itu 69 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, 67 berasal dari Thailand dan masing-masing seorang dari Sepanyol dan Pakistan.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrin Mohd Rose berkata, semua wanita itu berusia antara 24 dan 30 tahun dan ketika serbuan dua pusat hiburan itu dipenuhi lebih 50 pelanggan lelaki.

"Semua wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala premis hiburan itu tidak mempunyai lesen yang sah," katanya.

Foto

ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan.


Seorang penjaga pusat hiburan itu memberitahu semua wanita warga asing terbabit menari dengan hanya berseluar dalam dan memakai coli di atas meja bagi menghiburkan pelanggan.


"Kelab buka jam 10 malam pada setiap hari, bagaimanapun tarian berahi hanya akan bermula tepat jam 12 tengah malam," katanya yang enggan dikenali.

Menurutnya, penari akan menari selama 20 minit untuk satu sesi sebelum berehat dan disambung semula 30 minit kemudian sehinggalah jam 2 pagi sebelum premis ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

Siasat dalang di sebalik kegiatan maksiat

Posted: 18 May 2014 11:13 AM PDT

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu melakukan kajian bagi mengenal pasti sama ada wujud sindiket tertentu yang didalangi warga tempatan yang menguruskan kegiatan maksiat membabitkan pelancong asing.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kemungkinan warga tempatan terbabit dalam membantu menguruskan kegiatan pelacuran oleh pelancong mak nyah atau pondan di negara ini boleh berlaku bagi melicinkan aktiviti mereka.

"Saya fikir wujud asas untuk melakukan kajian ini kerana mungkin ada pihak tertentu terdiri warga negara kita sendiri aturkan semuanya untuk mereka (pelancong mak nyah) dan mereka hanya perlu datang untuk melakukannya (aktiviti pelacuran).

"Pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen juga boleh berbincang dengan semua agensi penguat kuasa untuk mengambil langkah lebih serius terhadap mereka yang menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai kegiatan pelancong mak nyah yang masuk ke negara ini secara sah, namun melakukan aktiviti pelacuran sepanjang tempoh lawatan berkenaan.

Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh dikaitkan apabila Malaysia seolah-olah dijadikan markas maksiat.

"Mungkin juga pergolakan di Thailand membawa mereka datang ke negara ini..

mungkin juga mereka ambil kesempatan Tahun Melawat Malaysia untuk lebih mudah masuk ke negara ini...kita tak tahu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

Menangis tunjuk baldi

Posted: 18 May 2014 11:13 AM PDT

Banting: "Sehari sebelum kejadian, arwah berkelakuan pelik apabila menangis sambil tangannya menunjuk ke arah baldi hitam dan baldi itulah yang kemudian meragut nyawanya."

Demikian kata Aminah Sameon, 39, ibu kepada Mohammad Syawal Firdaus Nasir, 2, yang mati akibat lemas selepas terjatuh ke dalam baldi simpanan air di laman rumahnya di Taman Pahlawan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Syawal yang juga anak bongsu dari sembilan beradik itu pada mulanya hilang tanpa disedari ahli keluarga.

Aminah berkata, sebelum itu Syawal leka bermain seorang diri di kawasan rumah, namun disedari hilang abang mangsa yang berusia enam tahun.

Foto

NASIR dan isterinya, Aminah menunjukkan gambar dan baju yang menjadi selimut digemari anak mereka, Syawal.


Menurutnya, sebaik menyedari kehilangan Syawal, ahli keluarga terus mencarinya di sekitar kawasan rumah sebelum kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan kebiruan serta tidak sedarkan diri di dalam baldi di kawasan ruang luar rumahnya.


"Saya dan suami kemudian bergegas ke dua klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan kecemasan sebelum doktor bertugas menasihatkan merujuk ke Hospital Banting kerana klinik berkenaan tidak mempunyai kepakaran merawat kes itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

Doktor terpaksa panggil bomba

Posted: 18 May 2014 11:11 AM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pekerja kontrak warga Indonesia terpaksa menahan azab lebih satu jam apabila jari manis tangan kanannya dihiris cincinnya sendiri akibat tersangkut pada sebatang besi.

Kejadian berlaku di sebuah tapak pembinaan di Sri Damansara, di sini, kira-kira 3.30 petang Jumaat lalu ketika Agus Suprianto, 24, melakukan kerja pembinaan di situ.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan cincinnya tertarik lalu menghiris jarinya sehingga menampakkan bahagian tulang malah sebahagian isi jarinya itu turut terkeluar.

"Saya menjerit kesakitan dan cuba mendapatkan bantuan rakan sekerja yang hanya beberapa meter dari tempat kejadian.

Saya di bawa ke klinik berdekatan sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang, semalam.

Katanya, dia terpaksa menahan azab selama lebih satu jam sehinggalah mendapat rawatan di Hospital Ampang apabila pihak hospital memberikan suntikan menahan sakit.

"Saya jadi tak bermaya kerana terpaksa menahan kepedihan akibat kejadian itu," katanya.

Agus yang bertugas selama tiga tahun di negara ini berkata, dia terus dibawa ke bilik pembedahan, tetapi doktor berhadapan masalah untuk menanggalkan cincin jenis besi tahan karat itu sehingga terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba.

"Esoknya pihak bomba datang dan cuba menanggalkan cincin ini mengggunakan sejenis alat pemotong.

Selepas setengah jam, baru cincin itu dapat ditanggalkan," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Pandan, Pegawai Bomba Kanan II, Mustadar Sulung berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam memotong cincin berkenaan menggunakan sejenis pemotong besi khas.

Foto

METROAGUS menunjukkan jarinya yang tercedera.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

Gadis 10A tiada MyKad

Posted: 18 May 2014 10:54 AM PDT

Tumpat: Selama 18 tahun bersekolah di sini sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013, seorang remaja perempuan Thailand tidak mahu masa depannya hancur disebabkan gagal menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

Suhaibah Ibrahim, 19, bekas pelajar Sekolah Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan, dekat sini, memperoleh 10A dan 2B dalam SPM lalu, namun bimbang tidak ke mana disebabkan kesukarannya memperoleh kad pengenalan kerana dilahirkan di Pattani, Thailand.

Dia yang kematian bapa, Ibrahim Mohd Zin, 50, rakyat tempatan yang berasal dari Kampung Bukit, di sini, sebelum ini meneruskan persekolahan menggunakan pas pelajar yang diperbaharui pada kadar RM240 setahun bagi sekolah menengah dan RM120 setahun untuk sekolah rendah.

"Ibu, Ropiah Wae Doloh berasal dari Thailand mendaftarkan saya untuk mengikuti pendidikan di sebuah sekolah agama di Pasir Mas sebelum ke Maahad Muhammadi ketika memasuki tingkatan empat pada 2012.

Foto

SUHAIBAH (kiri) menunjukkan keputusan SPM bersama Ropiah (kanan) dan Nasmini (tengah).


"Selama ini memang saya dan empat adik belajar menggunakan pas pelajar dan kerana itu saya juga tidak berharap memperoleh keputusan cemerlang kerana kesukaran yang kami lalui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

No comments:

Post a Comment