Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Isytihar kubur besar

Posted: 04 May 2014 09:59 AM PDT

Aab Bareek: Mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah kampung di utara Afghanistan semalam meratapi kematian anggota keluarga mereka.

Sementara itu, usaha membantu 700 keluarga yang kehilangan tempat tinggal di kawasan pergunungan itu dilancarkan.

Sebahagian besar kampung Aab Bareek di wilayah Badakhshan ditelan bumi Jumaat lalu selepas tanah dan batu di sisi gunung runtuh, menimbus kira-kira 300 rumah.

Pegawai kerajaan berkata, ketika ini jumlah kematian ialah seramai 300 orang tetapi memberi amaran ia mungkin naik beratus-ratus lagi selepas laporan awal mendakwa seramai 2,500 orang mungkin terbunuh.

Orang ramai semalam berkumpul di tempat bencana di kawasan pedalaman itu.

Timbunan tanah yang dalam menyebab tidak banyak yang boleh dilakukan dalam operasi menyelamat.

Setakat tengah hari semalam, hanya segelintir mayat berjaya ditarik keluar.

Begum Nisa, 40, yang ditemui meratap berhampiran rumah bapanya yang musnah menceritakan mengenai kejadian itu.

"Ketika itu saya makan tengah hari di sebelah tingkap rumah saya.

"Tiba-tiba saya dengar bunyi kuat sebelum menyedari tanah di sisi gunung berhampiran runtuh.

"Saya menjerit ke arah keluarga saya supaya menyelamatkan diri.

Tetapi sudah terlambat kerana kejadian itu terlalu pantas.

"Saya kehilangan bapa dan ibu.

Foto
Foto


Seorang bapa saudara dan lima anggota keluarga saya yang lain juga tidak ditemui," katanya.

Penduduk tempatan dan pekerja bantuan menggunakan penyodok untuk mencari mangsa yang terselamat tetapi tidak berjaya.

Operasi itu beralih kepada membantu 700 keluarga yang kehilangan tempat kediaman.


Khemah, makanan dan air mula tiba Sabtu lalu.

Sebahagian besar penduduk yang terselamat tidur di kawasan terbuka kerana bimbang kemungkinan kejadian itu berulang.

"Berdasarkan senarai, kira-kira 350 orang disahkan mati.

"Kami tidak dapat meneruskan usaha mencari dan menyelamat kerana rumah itu tertimbus sedalam beberapa meter.

"Kami akan mengadakan solat ghaib dan berdoa untuk mangsa dan menjadikan kawasan itu pusara besar," kata Gabenor Badakhshan, dan eb.

Sebahagian besar penduduk kampung berada di masjid untuk menunaikan solat Jumaat di dua masjid sekitar kampung berkenaan apabila mereka ditimbus oleh lumpur.

Tanah runtuh kedua pula berlaku ketika penduduk lain berusaha menyelamatkan mangsa.

Afghanistan semalam mengadakan upacara bertafakur selepas Presiden Hamid Karzai mengucapkan takziah kepada mereka yang kematian anggota keluarga.

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan berkata, anggotanya berada di tempat kejadian bersama-sama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan kumpulan bantuan lain.

"Tumpuan utama kini ialah terhadap 700 keluarga yang hilang tempat kediaman," kata jurucakap misi PBB itu.

Menurutnya, lebih banyak bekalan air, makanan, ubat-ubatan diperlukan.

Badakhshan ialah wilayah pergunungan di timur laut Afghanistan yang bersempadan dengan Tajikistan, China dan Pakistan.

Wilayah itu agak aman ketika pencerobohan tentera Amerika Syarikat pada 2001 tetapi kegiatan Taliban semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Kejadian tanah runtuh itu menyusuli banjir teruk di bahagian lain di utara Afghanistan yang meragut 150 nyawa dan menjejaskan kehidupan 67,000 penduduk di wilayah Jowzjan, Faryab dan Sar-e-Pul.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Dahan kalimah Allah dijual RM4.4j

Posted: 04 May 2014 09:01 AM PDT

Riyadh: Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untukm membeli dahan yang berukir kalimah Allah.

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

"Dahan itu dijual SR5 juta (RM440 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab," lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Dipenjara, denda RM534j gelap dana awam

Posted: 04 May 2014 09:00 AM PDT

Abu Dhabi: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda berjumlah Dh600 juta (RM534 juta) terhadap seorang lelaki selepas disabitkan dengan kesalahan menggelapkan dana awam dan memalsukan dokumen ketika menjadi penjawat awam.

Hukuman dijatuhkan berdasarkan beberapa pertuduhan termasuk menggelapkan, penyalahgunaan dana awam, pemalsuan dokumen kerajaan, membahayakan kepentingan jabatan awam dan mendapatkan komisen secara haram.

Mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas tiga rakannya kerana bersubahat dan memerintahkan mereka diusir keluar dari UAE selepas menjalani hukuman.

"Dua lagi tertuduh yang bersekongkol turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan akan di usir dari negara itu," lapor sumber, semalam.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Pembantu rumah berzina dihukum rejam

Posted: 04 May 2014 08:59 AM PDT

Abu Dhabi: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman rejam sampai mati ke atas seorang pembantu rumah warga Asia selepas dia didapati bersalah berzina.

Pembantu rumah berkenaan yang sudah berkahwin sebelum ini dikejarkan ke hospital apabila dia mengadu mengalami sakit perut.

Ujian mendapati dia hamil selepas tidur dengan lelaki lain.

Menurut laporan akhbar semalam, pembantu rumah berkenaan mengaku bersalah kerana perbuatan zina dan hakim mengenakan hukuman yang setimpal berdasarkan pengakuannya, selaras dengan undang-undang Islam.

Ini kali pertama selepas beberapa tahun seseorang dikenakan hukuman rejam sehingga mati dalam kes sedemikian di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, jurucakap mahkamah berkata, pembantu rumah berkenaan boleh mengemukakan rayuan.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Bunuh kerana tak dapat hadiah

Posted: 04 May 2014 08:59 AM PDT

Miata Phelan, 24 dituduh sengaja membunuh teman lelakinya, Larry Martin, 28 pada 30 April lalu.

Hakim Kuriakos Ciesil semalam menjatuhkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya.

Menurut laporan ketika kejadian, Miata berdiri di sebelah Martin sambil menjerit, "Inilah yang kamu dapat bila mencari masalah dengan saya.

Saya harap kamu mati sambil menikamnya.

Anak Martin, Lavelle, 8 melihat kejadian itu, kata pembantu Peguam Negeri, Glen Runk.

Sebelum itu, Miata, Martin, Lavelle dan sepupu Martin berusia 25 tahun pergi ke kompleks membeli-belah, kata Runk.

Miata dilaporkan menuduh Martin bersikap mementingkan diri kerana hanya membeli hadiah untuk sepupunya dan anak mereka tetapi tidak untuknya.

Runk berkata, "Semasa memandu pulang, Miata memukul Martin dan hampir menyebabkan kemalangan.


Menurut laporan akhbar, selepas menghantar beberapa barang ke rumah, Miata menendang dan mencakar Martin.

Miata kemudian memecut kereta milik Martin dengan meninggalkan teman lelakinya itu, Lavelle dan sepupunya di tepi jalan.


"Ketiga- tiga mereka berlari pulang ke apartmen yang dikongsi oleh Martin dan Miata." Bagaimanapun, Miata mengunci mereka di luar dan menikam Martin dengan pisau setelah membenarkan lelaki itu masuk.

Lavelle dilaporkan menyaksikan kejadian itu.

Sepupu Martin mendengar jeritannya dan berjaya membawanya keluar namun, Martin disahkan meninggal dunia di Hospital Oak Lawn.

Khamis lalu, Lavelle menceritakan detik terakhir bapanya kepada akhbar The Chicago Sun-Times.

"Perkataan terakhirnya kepada saya ialah saya akan mati tetapi saya menyayangi kamu," katanya.

Ibu Martin, Angela Jenkis pula memberitahu akhbar, anaknya mengajarnya bagaimana untuk mengawal kemarahan.

"Dia mengajar saya bagaimana untuk mengawal kemarahan saya," katanya Angela.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Remaja 13 tahun suspek noda wanita

Posted: 04 May 2014 08:58 AM PDT

Banda Aceh: Polis di sini semalam menangkap tiga orang, termasuk seorang budak berusia 13 tahun kerana didakwa merogol seorang wanita.

Polis juga masih memburu lima orang lagi berhubung kes berkenaan.

Ketua polis daerah Langsa, Hariadi berkata, kelapan-lapan suspek menyerbu rumah wanita berusia 25 tahun itu dan menahan mangsa yang ditangkap ketika hendak melakukan seks dengan seorang lelaki berusia 40 tahun yang sudah berkahwin.

"Mereka mengikat lelaki berkenaan di bilik sebelah dan kemudian secara bergilir-gilir merogol wanita terbabit," kata Hariadi, semalam.

Menurut Hariadi, lima suspek yang diburu pihak polis itu sudah dikenal pasti.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Tolak tamat kemelut politik

Posted: 04 May 2014 08:58 AM PDT

Bangkok: Pemimpin kerajaan sementara dan parti Phue Thai semalam menolak sama sekali pelan ketua pembangkang Abhisit Vejjajiva untuk menamatkan kemelut politik Thai.

Rancangan itu yang antara lain meminta peletakan jawatan kerajaan sementara akan menangguhkan pilihan raya selama dua tahun juga mencetuskan keraguan di kalangan beberapa parti lain.

Abhisit membentangkan cadangannya itu dalam sidang media kelmarin.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Lelaki didakwa liwat 50 budak

Posted: 04 May 2014 08:57 AM PDT

Pihak berkuasa bandar ini, polis serta Jawatankuasa Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mula melakukan siasatan kemungkinan suspek pedofilia Andri Sobaro atau Emon meliwat lebih 50 kanak-kanak.

Polis Sukabumi di Jawa Barat menahan Andri Jumaat lalu selepas menerima aduan daripada ibu bapa seorang kanak-kanak.

"Setakat ini, 51 orang tampil mendakwa menjadi mangsanya," kata Ketua Polis Sukabumi Hari Santoso.

Andri, 24, didakwa menawarkan mangsa sebanyak Rp50,000 (RM14) sebelum membawa mereka ke tempat sunyi untuk diperkosa.

"Dia mengumpan mangsa dengan wang atau pakaian," kata Hari.

Lelaki itu, katanya, dipercayai memperkosa 55 kanak-kanak dan kebanyakannya tinggal di kawasan kediamannya.

"Dia mula melakukan jenayah itu sejak Januari lalu dan menyasarkan budak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun.

"Kami akan terus menyiasat latar belakangnya.

Siasatan awal menunjukkan dia menyedari sepenuhnya tindakannya ketika melakukan jenayah itu.


Dia tidak mengalami masalah mental," kata Hari.

Hari percaya lebih ramai mangsa akan tampil.


Suspek berkenaan akan didakwa mencabuli Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sehingga semalam, 21 kanak-kanak sudah disoal dan diperiksa oleh polis dan doktor.

Sementara itu, Setiausaha KPAI Erlinda berkata, Andri mengaku meliwat seorang kanak-kanak sebanyak tujuh kali.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Bimbang pilihan raya Julai bazir wang

Posted: 04 May 2014 08:57 AM PDT

Bangkok: Sejumlah besar rakyat Thai bimbang pilihan raya baru yang dicadang diadakan Julai depan hanya akan membazirkan wang.

Kajian yang dilakukan oleh Suan Dusit Poll, itu menunjukkan 52.29 peratus rakyat Thai berpendapat demikian sementara 15.6 peratus berkata, mereka mengharapkan pilihan raya itu akan berlangsung secara telus, bersih dan adil.

Sebanyak 11.01 peratus lagi mahukan semua parti politik mengambil langkah menyelesaikan kemelut politik yang sudah berlarutan sejak November tahun lalu.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan Suruhanjaya Pilihan Raya minggu lalu bersetuju untuk mengadakan pilihan raya baru pada 20 Julai depan selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan pilihan raya Februari lalu tidak sah.

Kajian lain yang dilakukan Institut Pembangunan Pentadbiran Kebangsaan menunjukkan sebahagian besar penduduk Thai berpendapat pilihan raya baru itu tidak akan berjalan lancar.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

Pemberontak jadikan pelombong 'perisai manusia'

Posted: 04 May 2014 08:56 AM PDT

Manila: Sekumpulan militan komunis yang terbabit dalam pemberontakan paling lama di Asia semalam menjadikan puluhan pekerja lombong emas di Filipina sebagai "perisai manusia" ketika berhadapan dengan tentera negara itu.

Kira-kira 80 anggota Tentera Pembebasan Baru Filipina (NPA) menghalang 39 pelombong termasuk empat kanak-kanak daripada meninggalkan tapak lombong di Lembah Compostella kelmarin.

Ia bertujuan menghalang tentera memasuki kawasan itu dan menahan mereka, kata ketua tentera wilayah, Leftenan Kolonel Michael Logico.

Pegawai tempatan berjaya memujuk pemberontak terbabit membebaskan kebanyakan tebusan walaupun dipercayai masih ramai yang ditahan di tapak lombong berkenaan.

"Ia langkah terdesak.

Mereka menggunakan tebusan sebagai perisai manusia kerana tahu tanpa tebusan itu, mereka mudah diserang," kata Logico, semalam.

Menurutnya, tentera melancarkan serangan di dua kawasan minggu lalu untuk mengusir pemberontak berkenaan berikutan laporan mereka mengganggu penduduk kampung.

Dua batalion membabitkan kira-kira 800 anggota tentera dikerahkan untuk operasi berkenaan.

Kawasan pergunungan di selatan Filipina yang menjadi lokasi pertempuran kaya dengan hasil bumi dan menarik ribuan pelombong menjalankan aktiviti perlombongan haram sejak beberapa tahun lalu.

Enam perkampungan di sekitar kawasan itu juga menjadi 'lubuk' wang hasil peras ugut yang dilakukan pemberontak.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04

No comments:

Post a Comment