Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


'Rumah' terapung di udara

Posted: 14 May 2014 10:21 AM PDT

New York: Dua kanak-kanak lelaki parah selepas rumah mainan mereka diterbangkan angin sekurang-kurangnya lima meter di udara, lapor media semalam.

Kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu mengalami kecederaan serius, termasuk seorang daripadanya di kepala.

Seorang daripada mereka terjatuh ke atas kereta yang diparkir manakala rakannya terjatuh di atas kaki lima.

Sementara itu, seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang turut berada di dalam rumah udara mainan itu bernasib baik kerana terjatuh sebaik saja struktur diperbuat daripada getah itu terangkat diterbangkan angin.

Foto

RUMAH mainan (dalam bulatan) yang diterbangkan angin kencang.


Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang di pekarangan sebuah apartmen di South Glens Falls.


Polis peronda South Glens Falls David Gifford tidak dapat mengulas keadaan mangsa, namun budak yang jatuh ke atas kaki lima dilaporkan sedar dan mampu bercakap ketika dibawa ke hospital.

Katanya, rumah mainan itu berukuran tiga meter panjang dan lebar ditemui polis di pekarangan sekolah agak jauh dari situ.

"Menurut saksi, angin tiba-tiba bertiup kencang dan mengangkat struktur berkenaan.

"Memang ini kejadian yang tidak dijangka sama sekali," katanya.

Sementara itu penduduk di blok apartmen berkenaan, Taylor Seymour berkata, ketika kejadian angin kuat yang tiba-tiba bertiup mengakibatkan struktur berkenaan terangkat dan berpusing seperti dilanda puting beliung kecil.

"Saya melihat seorang daripada budak berkenaan terjatuh di atas kereta manakala seorang lagi terjatuh di kaki lima berhampiran.

"Memang ia mengerikan, apabila rumah mainan itu naik semakin tinggi.

"Selepas kanan-kanak terbabit terjatuh, rumah mainan itu terbang melepasi apartmen kami dan pokok-pokok yang ada," katanya.

Seorang elajar Emily Boucher sempat merakamkan gambar rumah permainan itu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang bersiap untuk beriadah di sekolahnya.

Emily dan keluarganya memberi hak eksklusif gambar itu kepada akhbar Post-Star dan hasil daripada bayaran gambar berkenaan akan didermakan kepada keluarga mangsa.

Difahamkan, rumah permainan itu dimiliki seorang penduduk apartmen terbabit yang meletakkannya di situ untuk kegunaan kanak-kanak di kejiranan berkenaan.

Struktur itu diikat pada tanah menggunakan batang kayu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Kondom dalam sotong

Posted: 14 May 2014 10:11 AM PDT

Beijing: Ketika Mai Liang leka menikmati gegelung sotong di sebuah restoran, dia berasa ganjil kerana ada 'daging' yang terlalu liat untuk dikunyah.

Dia tidak menyangka apa-apa sehinggalah meluahkan objek berkenaan dan mendapati ia sebenarnya kondom dan ia nyaris ditelan begitu saja.

Namun, itu bukanlah bermakna kejutan Mai Liang berakhir.

Selepas mengadu kepada pihak restoran yang terletak di wilayah Anhui itu, pemiliknya tampil dan mengambil kondom berkenaan sebelum menelannya.


"Amat menjijikkan! Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah: Adakah kondom itu sudah digunakan?


"Bayangkanlah perasaan saya apabila melihat kondom itu dalam pinggan," katanya.

Sementara itu, pemilik restoran Yi Ze Teng berkata, dia bertindak makan kondom itu untuk "mendiamkan" pelanggannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Sperma tertua dunia ditemui

Posted: 14 May 2014 10:11 AM PDT

Sydney: Sperma tertua dan paling elok terpelihara - dipercayai berusia 17 juta tahun - ditemui daripada spesies udang kecil zaman prasejarah.

Sperma itu ditemui di Tapak Fosil Warisan Dunia Riversleigh di utara Queensland yang sering menjadi tempat penemuan haiwan prasejarah Australia - termasuk kangaru karnivor dan platipus bergigi.

Pakar arkeologi Universiti New South Wales Mike Archer menganggap penemuan itu sesuatu yang menakjubkan.

"Nyata inilah fosil sperma tertua pernah direkodkan. Memang ini bukan kali pertama kami menemui sesuatu yang tidak dijangka, namun penemuan fosil dengan nukleus ini memang hebat," katanya.


Sperma berkenaan dipercayai lebih panjang daripada badan pembawanya - iaitu kira-kira 1.3 milimeter - namun melingkar di dalam organ pembiakan krustasia dikenali sebagai ostracod.


Pasukan penyelidikan diketuai Archer mengumpul fosil berkenaan pada 1988 sebelum diserahkan kepada pakar kajian ostrocod di Universiti La Trobe, John Neil yang mendapati ia turut mengandungi tisu lembut.

Perkara itu dimaklumkan kepada pakar di Eropah dan kajian mikroskopik mendedahkan fosil berkenaan masih mempunyai organ dalaman termasuk organ pembiakan dengan sel sperma gergasi dan nukleus yang menyimpan kromosom serta DNA haiwan berkenaan. - AFP
"Perkara itu pernah dilihat di Perancis jadi mungkin juga ada elemen dalam najis kelawar sebenarnya dapat membantu memelihara tisu lembut," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Yingluck 'buang' nasib malang

Posted: 14 May 2014 10:10 AM PDT

Chiang Mai: Nasib yang sering tidak menyebelahi Yingluck Shinawatra mungkin memaksanya menjalankan upacara keagamaan di Wat Phrathat Doi Suthep semalam bagi membuang nasib malang yang menimpanya.

Bekas perdana menteri itu mengunjungi wat berkenaan ditemani anak lelakinya, Supasek Amornchat dan kakaknya Monthathip Shinawatra.

Gabenor Chiang Mai, Wichien Putthiwinyu dan beberapa penyokongnya turut menyertai upacara itu dengan dibantu sami Phra Thepvorasitthajarn serta 14 orang sami lain.

Selepas terpaksa melepaskan jawatannya pada Mei 7 lalu, Yingluck dikatakan berkampung semula di Chiang Mai yang menjadi antara wilayah paling kuat menyokong kerajaannya.

Seperti abangnya, Thaksin, kuasa Yingluck serta Parti Pheu Thai banyak disokong golongan petani, luar bandar dan rakyat marhaen negara itu.

Kebanyakan petani bertumpu di kawasan wilayah utara Thailand.

Minggu lalu Yingluck terpaksa melepaskan jawatan apabila Mahkamah Perlembagaan mendapati dia menyalahgunakan kuasanya memindahkan pegawai kanan keselamatan Thawil Pliensri pada 2011 atas sebab peribadi.

Pemindahan Thawil membuka ruang untuk Jen Priewpan Damapong - abang ipar Yingluck - dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan pegawai asal, Jen Wichen Photposree (yang menggantikan Thawil di Majlis Keselamatan Negara).

Sehari selepas penghakiman itu, Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan pula memutuskan untuk mengheret Yingluck atas dakwaan cuai dalam skim subsidi kerajaan yang gagal membantu petani.- Agensi

Foto

YINGLUCK (kiri) melakukan ritual dengan bantuan sami di Wat Phra That Doi Suthep di Chiang Mai, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

PAP pertahan video sayap belia

Posted: 14 May 2014 10:09 AM PDT

Singapura: Parti Tindakan Rakyat (PAP) mempertahankan klip video yang disebar secara meluas oleh anggota sayap belia pertubuhan itu dan menganggapnya produksi "jujur dan ikhlas."

Dalam kenyataan di Facebook semalam, PAP berkata, mereka bangga dengan tindakan belia terbabit menyatakan kesediaan "berkhidmat untuk rakyat." "Usaha mereka mencerminkan semangat mahu berkhidmat untuk negara dan mengambil berat terhadap rakyat Singapura.

"Kami tidak menjangka rakaman yang tidak seberapa itu tersebar meluas seperti ini," kata parti berkenaan.

Klip video dengan durasi kira-kira empat minit itu mendapat kritikan orang ramai selepas dimuat naik di YouTube bulan lalu.

Penonton berpendapat, klip video berkenaan dihasilkan tanpa pengolahan dan persediaan yang baik, selain kualiti rakaman tidak memuaskan.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Bayi terbiar 2 hari di sebelah mayat ibu bapa dibunuh

Posted: 14 May 2014 10:08 AM PDT

Yala: Seorang bayi perempuan berusia dua minggu dijumpai dalam keadaan lemah bersebelahan mayat ibu bapanya yang mati dibunuh - dipercayai sekurang-kurangnya sejak tiga hari lalu.

Polis Mae Wad di wilayah Than To memberitahu, pembunuhan di ladang getah di wilayah Yala itu dilaporkan kira-kira 7.45 pagi kelmarin.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, kata jurucakapnya, mereka menemui pasangan warga Myanmar, Boonthong Kongdee dan isterinya Oud Kongdee mati di dalam pondok mereka.

"Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya," katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, pasangan suami isteri itu terbunuh akibat terkena tetakan kapak di kepala.

"Senjata pembunuhan turut ditemui di dalam pondok berkenaan," katanya.

Bayi itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan dilaporkan dalam keadaan selamat.

Pegawai penyiasat berkata, pasangan terbabit bekerja sebagai penoreh getah untuk pemilik ladang Pratin Theansa-ard.

Katanya, mangsa biasanya menghantar getah kepada pembeli dua kali sebulan.

"Polis mengesyaki pembunuh mengenali kedua-dua mangsa dan mungkin didorong perselisihan faham," katanya.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Budak lelaki jadi mangsa seksual guru wanita

Posted: 14 May 2014 10:08 AM PDT

Jakarta: Ibu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa serangan seksual seorang guru wanita, lapor media semalam.

Ibu terbabit berkata, dia musykil apabila anaknya mengadu sakit pada bahagian dubur sejak dua bulan lalu.

"Pada 29 April lalu, anak saya memberitahu duburnya sakit dan enggan ke sekolah.

"Apabila saya bertanya mengenainya, dia memberitahu guru terbabit pernah memaksanya menanggalkan seluar dan menjolok jarinya ke dalam dubur beberapa kali ketika mereka bersendirian di dalam kelas," katanya.

Terkejut dengan dakwaan itu, ibu terbabit membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Berdasarkan keputusan ujian, kata wanita itu, dubur anaknya luka dipercayai akibat terkena objek tumpul beberapa kali.

Menurut wanita itu, dia menghantar anaknya ke tadika itu kerana yakin terhadap aspek keselamatan di situ.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Wartawan Perancis terbunuh di CAR

Posted: 14 May 2014 10:07 AM PDT

Bangui: Seorang wartawan muda Perancis terbunuh di Republik Afrika Tengah (CAR) apabila terperangkap di tengah pertempuran antara dua kumpulan militan.

Butiran insiden di perkampungan Gallo yang terletak di wilayah barat CAR itu didedahkan ketika Majlis Keselamatan PBB mengecam pembunuhan wartawan itu, Camille Lepage, 26, dan berjanji akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Mayat Camille ditemui pasukan pengaman Perancis pada petang kelmarin.

Dia sedang menjalankan tugasan bersama kumpulan militan Kristian "antibalaka" awal minggu ini ketika rombongan mereka diserang kumpulan militan lain.

Foto

SATU daripada gambar kenangan Camille bersama penari tradisional ketika menjalankan tugas di Stadium Bonga Bonga di Bangui, CAR pada 6 Oktober 2013.


Berita kematian wartawan itu menggemparkan Perancis dan menarik perhatian mengenai ketidakstabilan politik di CAR.


Pihak berkuasa Perancis semalam membuka kertas siasatan berhubung kes itu, manakala ibu Camille bangga dengan keberanian anaknya menjalankan tugas.

"Camille tidak takut menjalankan tugasnya. Dia seorang yang hebat dan bersemangat waja," katanya.

Camille berada di CAR sejak September tahun lalu dan bertugas sebagai jurugambar untuk Studio Hans Lucas yang berpangkalan di Paris.

Kematiannya berlaku enam bulan selepas dua wartawan Perancis terbunuh di Mali. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Gigit lidah sampai putus

Posted: 14 May 2014 10:06 AM PDT

Melbourne: Seorang lelaki semalam mengakui membunuh seorang pelacur kerana menuntut bela atas kematian seorang wanita yang didakwa dirogol lelaki terbabit.

Tertuduh yang menjadi saksi utama perbicaraan itu berkata, dia menembak mati Shane Chartres-Abbott, 28, berhampiran kediamannya di pinggir bandar pada Jun 2003.

Saksi yang dirahsiakan identitinya itu berkata, tindakannya itu didorong kemarahan apabila mendapat tahu teman wanita rakannya, Warren Shea, 42, dirogol Chartres-Abbott.

Sebahagian daripada lidah mangsa rogol itu juga putus digigit Chartres-Abbott.

Shea turut didakwa di mahkamah dan menjadi defendan kedua dalam perbicaraan itu.

"Saya menghulurkan bantuan kepada Shea dengan menembak pelacur terbabit.

"Shea tidak begitu gembira dengan tindakan saya kerana saya mengenalinya sebagai lelaki bermaruah dan perbuatan saya bertentangan dengan prinsipnya," katanya.

Saksi terbabit menghadapi tuduhan membunuh Chartres-Abbott - yang dilaporkan berpakaian seperti puntianak - bersama dua defendan lain.

Selain Shea, turut didakwa Evangelos Goussis, 46, yang dikatakan ada bersamanya ketika pembunuhan berlaku.

Sebelum kematiannya, Chartres-Abbott sedang dibicarakan atas dakwaan merogol dan menyebabkan kecacatan ke atas wanita lain pada 2002.

Dalam perbicaraan sebelum itu, Chartres-Abbott dikatakan memberitahu mangsa rogolnya, dia adalah puntianak berusia 200 tahun dan perlu meminum darah untuk terus hidup.

Chartres-Abbott bagaimanapun mengaku tidak bersalah.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Pelanggar hak asasi manusia mengidam jadi presiden?

Posted: 14 May 2014 10:05 AM PDT

Jakarta: Isteri bekas aktivis hak asasi manusia Indonesia semalam menyatakan kebimbangannya apabila seorang tokoh "terpalit dengan jenayah" menawarkan diri menjadi presiden.

Menurut Suciwati Munir, isu hak asasi manusia semakin kurang diberi perhatian di Indonesia.

"Malah, generasi semasa semakin mengabaikannya kerana mereka tidak tahu apa yang pernah berlaku di negara ini satu ketika dulu," katanya ketika berucap di depan Istana Negara semalam.

Suciwati adalah isteri kepada Munir Said Thalib yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Amsterdam, Belanda pada 7 September 2004.

Dia berusia 38 tahun ketika menghembus nafas terakhirnya.

Pengarah Eksekutif Lembaga Pemantau Hak Asasi Manusia Indonesia itu terbunuh selepas diracun melalui perancangan sistematik ketika berada dalam kapal terbang.

Ketika hayatnya Munir gigih memperjuangkan nasib aktivis lain yang menjadi mangsa penculikan terancang unit keselamatan elit Indonesia di bawah Presiden Suharto.

Sejak kematian Munir, Suciwati dan aktivis lain tidak jemu mengadakan protes bagi mengingatkan orang ramai mengenai kematian suaminya.


Katanya, semalam adalah Khamis yang ke-300 dia dan aktivis lain berdemonstrasi menuntut pembelaan ke atas Munir.


"Ini bukan gerakan bersifat politik atau bersifat peribadi, tetapi untuk menimbulkan kesedaran kepada umum," katanya.

Kenyataan Suciwati itu dipercayai diarahkan kepada Prabowo Subianto yang kini bersaing mengumpul sokongan menjelang pemilihan presiden 9 Julai nanti.

Prabowo pernah bertugas sebagai pegawai tertinggi pasukan komando khas sebelum diberhentikan oleh Presiden B J Habibie pada Mei 1998.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

No comments:

Post a Comment