Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Potong tubuh demi seni

Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT

Beijing: Artis terkenal China, He Yunchang mempamerkan karyanya 'One-Meter Democracy' yang antara lain memaksanya memotong bahagian badannya untuk mengeluarkan satu tulang rusuk tanpa menggunakan bius.

Tulang rusuk itu kemudian dipakai pada lehernya seperti rantai.

He - yang mendakwa karyanya itu bertujuan 'mengetengahkan ketegangan antara individu dan kerajaan' - melakukan prosedur itu dengan dipantau doktor sebelum potongan dibuat sepanjang satu meter dari leher ke pahanya pada sebelah kanan badan.

Projek itu turut membabitkan sesi 'undian' membabitkan 25 pengundi yang bertujuan membayangkan proses demokrasi.

Foto

HE semasa prosedur pemotongan badan.

Foto

TULANG rusuk yang dijadikan rantai leher.

Foto

HE menunjukkan parut pada badannya.


Difahamkan, 12 pengundi menyokong projek itu manakala 10 menentang dan tiga berkecuali.


Mengulas projeknya itu, He berkata: "Saya mahu hasil karya saya membuatkan orang berfikir.

"Masyarakat China amat kompleks dan saya menganggap penting untuk menggabungkan kekuatan minda serta badan dalam berdepan realiti," katanya.

He terkenal dengan karya yang menguji tahap kekuatan dan ketahanan fizikalnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Bunuh, kerat bapa sendiri

Posted: 10 May 2014 06:18 AM PDT

Maine: Seorang lelaki yang didakwa membunuh dan mengerat mayat bapanya mengisytiharkan dirinya sebagai 'Tuhan, bapa kehidupan' dan meminta media mengikutnya dalam laman Twitter.

Mengikut laporan penyiasat, Leroy Smith III, 24, - yang diarahkan menjalani penilaian kesihatan mental - mengakui mengeluarkan tulang bapanya sebelum ditanam dalam hutan kerana menderanya secara seksual.

Smith didakwa memberitahu pegawai polis dia membunuh bapanya, Leroy Smith Jr, 56 dengan menikamnya di leher dan menggunakan tiga pisau untuk memotong badan mangsa.

Smith mendakwa merakamkan beberapa minit peristiwa itu yang disebarkan menerusi YouTube dan Twitter sebelum memadam dan membuang rakaman dari kamera serta komputernya.

Foto

SMITH III

Foto

SMITH Jr


Defendan yang tidak dibenarkan ikat jamin tidak merekodkan sebarang pengakuan ketika prosiding itu.


Ketika meninggalkan mahkamah, dia sempat memberitahu wartawan: "Aku Tuhan, bapa kehidupan."

Dalam satu wawancara televisyen WGME, Smith menyuarakan keinginannya untuk menceritakan peristiwa itu.

Smith mengaku melakukan pembunuhan itu dan bangga kerana berjaya mendapat perhatian umum.

"Saya berbuat begitu kerana ingin popular. Bagaimana lagi caranya mendapat perhatian kalau bukan begini. Saya bukan sesiapa di sini (Maine)," katanya.

Sementara itu, akhbar Herald Maine melaporkan Smith menikam bapanya pada urat leher dan mengeratnya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam 16 beg sampah berlainan.

Dia kemudian berhenti di beberapa kedai peralatan untuk membeli produk pencuci termasuk ammonia dan peluntur selain menyewa pengewap permaidani untuk menghapuskan bukti.

Katanya, dia pada awalnya membuang mayat itu ke dalam tempat pembuangan sampah di luar apartmen tempat tinggalnya, tetapi mengambilnya semula kerana 'sampah' itu tidak diangkat pekerja pembersihan.

Dia seterusnya memindahkan mayat mangsa ke dalam kereta dan memandu ke Richmond sebelum membuang sampah berkenaan di jalan Lincoln.

Dia merancang kembali ke situ dan menanam mayat bapanya pada Isnin.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Tikam jiran kerana patung Barbie

Posted: 10 May 2014 06:16 AM PDT

Braunau, Austria: Seorang lelaki sanggup menikam jirannya selepas bertengkar mengenai patung Barbie yang didakwa dicuri anak perempuannya.

Murat Ahmet, 35, yang mempunyai tiga anak tidak berpuas hati apabila menganggap jirannya berusia 39 tahun menuduh anaknya mengambil anak patung berkenaan.

Disoal mengenai perbuatannya itu, Murat berkata: "Saya cuma ingin melindungi keluarga saya."

Kejadian berlaku ketika Murat dan keluarganya baru pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan kawannya.


Sekembalinya ke rumah, mereka melihat anak perempuan seorang jiran menunggu kepulangan mereka sebelum terus bertanya kepada kepada anak Murat mengenai kehilangan Barbie miliknya.


Ibu bapa dua kanak-kanak perempuan terbabit kemudian keluar sebelum mengakibatkan pertengkaran tercetus antara Murat dan jirannya itu.

Walaupun pertengkaran itu berakhir, Murat yang masih tidak berpuas hati mengetuk pintu rumah jirannya itu sebelum terus menikamnya kerana didakwa bertindak keterlaluan apabila menuduh anaknya mencuri patung berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kes itu masih disiasat namun Murat menghadapi tuduhan berat kerana mencederakan orang.

"Keadaan mangsa mungkin lebih serius, namun mujur tikaman tidak terkena bahagian yang memudaratkan," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

'Tak takut bertarung'

Posted: 10 May 2014 06:15 AM PDT

Bangkok: Penyokong Baju Merah yang prokerajaan semalam mula berhimpun di ibu kota ini bagi mencabar usaha pihak pembangkang melantik 'kerajaan sementara rakyat' berikutan pemecatan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Ketua pergerakan Jatuporn Prompan berkata, mereka akan terus berhimpun "selagi demokrasi negara ini dalam keadaan tidak selamat."

Dia turut memberi amaran golongan Baju Merah akan bangkit dan bertarung jika berlaku rampasan kuasa atau perdana menteri baru dilantik tanpa proses pengundian, namun menegaskan ia akan dilakukan secara aman kerana tidak mahu melihat sesiapa terbunuh atau cedera.

Sementara itu, jurucakap Baju Merah Thanuwut Wichaidit berkata, puluhan ribu penyokong setia Yingluck dan abangnya Thaksin yang juga bekas Perdana Menteri Thai kini berhimpun di pinggiran ibu kota Bangkok dalam perhimpunan bagi mempertahankan demokrasi.


"Kami mahu membuktikan kami tidak bersetuju dengan usaha penunjuk perasaan antikerajaan untuk meletakkan perdana menteri pilihan mereka yang tidak dilantik menggunakan proses pilihan raya.


"Kami hanya akan menerima perdana menteri yang dilantik secara sah.

"Hakikatnya, penyokong antikerajaan sekadar mahukan rampasan kuasa tidak kiralah sama ada secara 'senyap' atau yang dilakukan pihak tentera. Sudah pasti kami tidak menyokong perbuatan seperti itu," katanya.

Yingluck dipecat kerana salah guna kuasa berhubung pelantikan pegawai keselamatan kanan Thai, selain didapati bersalah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) terhadap pertuduhan cuai menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Tiga hari tunggu pencuri bayar 'hutang'

Posted: 10 May 2014 06:15 AM PDT

Beijing: Seorang pencuri meninggalkan nota berjanji membayar semula lebih 20,000 yuan (RM10,400) dicurinya selain meminta mangsa tidak melaporkan kes itu kepada polis.

Berikutan itu, mangsa dikenali sebagai Wang sanggup menunggu tiga hari untuk pencuri terbabit mengotakan janjinya, namun hampa apabila wang berkenaan tidak dipulangkan.

Wang yang tinggal di sebuah rumah sewa di bandar Yacheng terkejut apabila melihat wang tunai disimpannya di rumah hilang ketika pulang pada petang 6 April tahun lalu.

Pencurinya dikenali sebagai Pei meninggalkan nota berjanji akan memulangkan wang berkenaan menyebabkan Wang menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis.


Pei ditahan tiga bulan kemudian dan baru-baru ini dihukum penjara lima tahun serta denda 10,000 yuan (RM5,200) selepas mengaku suka berbelanja walaupun tidak berpendidikan tinggi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Bintang Hollywood sertai kempen

Posted: 10 May 2014 06:14 AM PDT

Los Angeles: Bintang Hollywood Angelina Jolie menyertai puluhan artis lain menggesa supaya 200 pelajar perempuan Nigeria yang diculik minggu lalu dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka.

Angelina, 38, yang juga Duta Muhibbah Suruhanjaya Tinggi Untuk Pelarian PBB (UNHCR) sempat memberikan pandangannya itu ketika menghadiri tayangan perdana filem terbarunya Maleficent di London, kelmarin.

Dia menyertai puluhan bintang lain termasuk Anne Hathaway, Ellen DeGeneres dan Alicia Keys yang secara terbuka memprotes penculikan pelajar perempuan terbabit melalui kempen secara online yang menunjukkan mereka memegang mesej '#BringBackOurGirls.'

"Kejadian seumpama ini akan terus berlaku selagi ada golongan yang menganggap mereka cukup berkuasa dan boleh terlepas daripada hukuman.

Foto


"Golongan seperti itu perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya bagi memastikan mereka takut berbuat sesuka hati," katanya.


Pelajar terbabit diculik kumpulan ekstremis Boko Haram pada 14 April lalu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Askar Britain hina mayat musuh

Posted: 10 May 2014 06:13 AM PDT

London: Dua askar Britain digantung sementara siasatan dilakukan membabitkan beberapa gambar yang menunjukkan aksi juruterbang berdiri bersebelahan mayat berlumuran darah yang disyaki pejuang Taliban.

Dalam satu gambar lain, seorang askar dilihat tersenyum sambil mencangkung di sebelah mayat sambil menunjukkan isyarat 'bagus.'

Kebimbangan timbul apabila wujud kemungkinan gambar berkenaan digunakan Taliban untuk merekrut anggota selain sebagai propaganda ketika tentera United Kingdom mengundur dari Afghanistan yang dijadualkan akhir tahun ini.

Kementerian Pertahanan berkata perkara itu amat membimbangkan dan kini sedang disiasat.

Foto

SEORANG tentera Britain menunjukkan isyarat 'bagus' di sebelah mayat musuh.


"Bagaimanapun, buat masa ini kami masih belum dapat memastikan sama ada dua gambar itu membabitkan orang yang sama," katanya dalam satu kenyataan.


Jurucakap Regimen Tentera Udara Diraja berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan menghina mayat musuh seperti itu.

"Kami mengesahkan kes ini masih di bawah siasatan dan berharap dapat mengetahui dalang di sebaliknya," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Bekas PM Itali mula hukuman

Posted: 10 May 2014 06:10 AM PDT

Rom: Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi memulakan hukuman khidmat masyarakat terhadapnya yang menjadi hukuman kerana melakukan penipuan cukai.

Berlusconi, 77, yang disingkirkan daripada parlimen selepas didapati bersalah tahun lalu diarahkan melakukan khidmat masyarakat sekali setiap minggu selama setahun memilih melaksanakan hukuman itu di sebuah pusat jagaan pesakit Alzheimer berhampiran Milan.

Berlusconi tiba di pusat jagaan berkenaan dengan diiringi pasukan keselamatannya.

Ketua pusat jagaan itu Massimo Restelli bagaimanapun mengingatkannya supaya tidak menggunakan hukuman itu untuk tujuan politik, malah dia akan dilayan sama seperti sukarelawan lain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

No comments:

Post a Comment