Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Keluar tandas anak lesap

Posted: 09 May 2014 01:45 PM PDT

Kota Kinabalu: Tindakan seorang bapa meninggalkan kenderaan dipandunya tanpa mengunci pintu dan mematikan enjin membawa padah apabila anak bongsunya berusia tiga tahun dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak Kampung Air di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi, Low Yee Shang, 31, terkedu apabila melihat pacuan empat roda Toyota Hilux diletakkan di luar setesen minyak selepas membuang air kecil hilang bersama anaknya Low Min You, 3, yang turut dilarikan.

"Saya tidak tahan untuk membuang air kecil dan berhenti di sebuah stesen minyak untuk melepaskan hajat.

"Ketika itu, saya melihat Min You sedang tidur di kerusi penumpang belakang dan tidak mahu mengejutkannya sebelum keluar dari kenderaan," katanya ketika ditemui.

Foto

MIN You dilarikan penjenayah.


Menurutnya, susulan itu, dia hanya membiarkan enjin dalam keadaan hidup lalu bergegas ke tandas.


"Bagaimanapun sebaik selesai membuang air, saya bergegas ke kenderaan, tetapi terkejut mendapati ia sudah tiada," katanya.

Bimbang berlaku perkara buruk selain risaukan keselamatan anak, katanya, dia menghubungi polis melaporkan insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Sebaik menerima laporan, sepasukan polis melakukan rondaan dan berjaya mengesan Toyota Hilux milik mangsa ditinggalkan di Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson, kira-kira jam 9.30 pagi (semalam) hari sama, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

"Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit tidak ditemui dipercayai dilarikan suspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mengedarkan foto Min You dan mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di setiap laluan keluar selain pemantauan melalui udara dan laut.

"Setakat ini, polis masih menyiasat insiden ini mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan seseorang dengan tujuan mengurung secara sulit dan salah yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun.

"Difahamkan, kanak-kanak itu ketika kejadian memakai baju-T putih dan seluar pendek hijau.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 088-529 270/207 segera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

Jaga terlampau ditumpas polis

Posted: 09 May 2014 01:42 PM PDT

Sungai Buloh: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.

Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul.

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam.

Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Foto

PENGAWAL keselamatan yang diberkas polis ketika cuba mencabul seorang budak lelaki.


"Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.


"Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

Samun salah masa

Posted: 09 May 2014 01:41 PM PDT

Kapar: Dua daripada empat lelaki yang cuba menyamun sebuah kontena yang diletakkan di dalam kawasan sebuah kedai kereta terpakai di Jalan Batu Tiga, di sini, ditahan apabila premis berkenaan diserbu sepasukan anggota polis, awal pagi kelmarin.

Cubaan kumpulan penjenayah berkenaan kira-kira jam 3 pagi itu disedari pemilik premis terbabit yang berusia 66 tahun sebelum dia melaporkan kejadian itu kepada sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang sedang membuat sekatan jalan raya sempena Op Cantas di Persiaran Sultan Ibrahim, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pemilik terbabit bersama sepasukan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati empat lelaki sedang memunggah barangan dalam sebuah kontena yang diletakkan dalam premis itu.

Beliau berkata, kehadiran polis menyebabkan suspek yang berusia lingkungan 30-an itu terkejut sebelum dua daripadanya meloloskan diri ke kawasan berhampiran, manakala dua lagi diberkas selepas berlaku pergelutan.

"Suspek memasuki kawasan premis selepas mengikat seorang daripada dua pengawal keselamatan yang bertugas bagi membolehkan mereka memunggah barangan elektronik yang disimpan dalam kontena berkenaan.

"Suspek hanya sempat mengeluarkan beberapa alat perakam kamera litar tertutup (CCTV), pencetak dan beberapa alatan elektronik yang nilainya mencecah ribuan ringgit," katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) IPD Klang Utara, di sini, semalam.

Katanya, polis turut merampas tiga parang, tukul, kunci kereta selain beberapa peralatan pecah rumah yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Polis sudah mengenal pasti dua lagi suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan dan percaya dapat menahan mereka dalam masa yang terdekat dan seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Menurutnya, dua suspek yang masing-masing berusia 30 dan 31 tahun itu direman bermula semalam untuk siasatan lanjut dan polis juga tidak menolak kemungkinan suspek sama terbabit dengan kejadian jenayah yang berlaku di kawasan Klang Utara sebelum ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan menggunakan senjata dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan," katanya.

Foto

MOHAMAD Shukor memegang alat perakam CCTV yang cuba dilarikan penyamun.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

Kerja jahat tiga 'polis'

Posted: 09 May 2014 01:39 PM PDT

Kajang: Tiga lelaki warga India bertindak menyamar sebagai anggota polis sebelum memperkosa seorang wanita selepas berpura-pura mahu memeriksa dokumen pasport milik mangsa.

Dalam kejadian jam 10 malam Rabu lalu, mangsa yang berusia 30-an turut diugut akan dijadikan pelacur oleh suspek yang menculiknya berhampiran sebuah pusat beli-belah di kawasan Bandar Mahkota Cheras di sini.

Sumber polis berkata, mangsa warga India sebelum itu ditahan kumpulan suspek ketika sedang berjalan bersama tunangnya.

"Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta mangsa dan tunangnya menyerahkan pasport untuk diperiksa, namun mangsa memberitahu pasport miliknya tertinggal di rumah.

"Tiga lelaki terbabit kemudian mengarahkan tunang mangsa mengambilnya di rumah jika tidak mahu ditahan," katanya.

Menurutnya, ketika tunang mangsa berpatah balik ke rumah, wanita terbabit dibawa ke sebuah hotel di Taming Jaya, di sini.

Ketika berada di hotel itu, suspek mengugut mahu menjadikan mangsa pelacur sebelum mangsa diperkosa bergilir-gilir.

bersama beberapa wanita lain yang berada di situ.

"Bagaimanapun mangsa enggan dan merayu dilepaskan.

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah lagi hotel di kawasan berhampiran sebelum diperkosa secara bergilir-gilir," katanya.

Menurutnya, suspek turut merampas wang tunai RM200 milik mangsa sebelum menghantar mangsa ke Balakong dengan menaiki teksi.

Tambahnya, polis yang menerima laporan kejadian itu kemudian segera mengesan suspek sebelum berjaya menahan kesemua mereka di Ampang dan Gombak, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

Kastam diserang 20 lelaki bersenjata

Posted: 09 May 2014 01:39 PM PDT

Alor Setar: Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah diserang sekumpulan 20 lelaki, sebahagiannya bersenjata tajam, ketika dalam perjalanan membawa beras seludup yang dirampas ke ibu pejabat.

Kejadian berlaku di pekan Simpang Kuala, di sini, membabitkan lapan pegawai dan anggota kastam dengan seorang daripada mereka memandu treler membawa muatan beras seludup itu, jam 1.55 tengah hari kelmarin.

Kira-kira empat jam sebelum itu, treler berkenaan ditahan anggota JKDM terbabit di kawasan kilang Bukit Raya, Pendang, dalam operasi membanteras penyeludupan beras dari negara jiran.

Bagaimanapun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, 20 lelaki tidak dikenali menaiki empat kenderaan Proton Waja, Perodua Kelisa, Honda City dan pacuan empat roda (4WD) tidak dikenal pasti bertindak mengepung pasukan terbabit termasuk treler itu.


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kumpulan lelaki terbabit dikatakan mengugut pasukan itu supaya melepas dan menyerahkan barangan termasuk treler jika tidak mahu dicederakan.


Menurutnya, apabila permintaan itu tidak dilayan, kumpulan penyerang terbabit berang, lalu bertindak menarik keluar anggota kastam yang memandu treler lalu menumbuknya, tetapi berjaya dielak.

Katanya, anggota terbabit diarah rakannya supaya tidak melawan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Hasil siasatan mendapati, pemandu treler enggan menyerahkan barangan kes itu menyebabkan kumpulan lelaki terbabit berang sebelum menariknya keluar dari treler lalu menumbuknya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment