Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Akur dua pertuduhan

Posted: 17 May 2014 11:51 AM PDT

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sudah menjawab pertuduhan mengenai isu rusuhan penyokong The Bos Gaurus selepas perlawanan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak, 15 April lalu.

Setiausaha PAFA Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (gambar kecil) berkata, PAFA mengaku bersalah terhadap dua daripada lima pertuduhan terhadapnya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam surat bertarikh 7 Mei lalu.

"PAFA akur bersalah terhadap kesalahan membakar suar dan mercun yang dilakukan penyokong Perak," katanya.

Begitupun Aziz berkata, PAFA merayu terhadap pertuduhan ketiga, keempat dan kelima serta hukuman bagi kes-kes itu dipertimbangkan ke hukuman paling minimun.

"Berdasarkan pertuduhan, memang PAFA akan dikenakan hukuman maksimum.

Itulah sebabnya kami mohon pertimbangan FAM agar denda dikenakan tidak membebankan," katanya.

Aziz berkata, dalam isu pertuduhan ketiga membabitkan dua petugas media, penyelesaian sudah dibuat dengan pihak terbabit oleh presiden Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Mengenai pertuduhan keempat iaitu bas pasukan Johor DT disembur cat, Aziz berkata, PAFA langsung tidak dimaklumkan mengenai jadual kehadiran pasukan Harimau Selatan serta hotel penginapan.

"Malah jumlah sebenar kenderaan pasukan pelawat juga tidak diketahui.

PAFA hanya dimaklumkan mengenai insiden itu semasa mesyuarat pengurusan pasukan.

"Malah bas itu diletak di hadapan hotel penginapan pasukan.

Foto
Foto


Oleh yang demikian urusan keselamatan adalah tanggungjawab hotel terbabit," katanya.

Setiausaha PAFA itu juga mendakwa tiada serangan dilakukan penyokong Perak terhadap penyokong JDT kerana mereka diarah bergerak ke tengah padang.

"Penyokong Johor DT langsung tidak disentuh.


Namun ada yang enggan mematuhi arahan dan melakukan provokasi terhadap penyokong tuan rumah untuk menghangatkan keadaan.

"Kekecohan berlaku antara anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan penonton, "katanya.

Beliau juga menafikan kurang kawalan keselamatan pada perlawanan itu kerana anggota keselamatan ditambah dari 220 ke 500 anggota pada sebelah petang perlawanan hasil maklumat risikan pihak keselamatan serta provokasi melalui laman sosial oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Phelps kembali ke puncak

Posted: 17 May 2014 07:35 AM PDT

Charlotte, Carolina Utara: Michael Phelps (gambar) kembali ke puncak podium buat kali pertama sejak Sukan Olimpik 2012 apabila menjuarai acara 100m kuak kupu-kupu di Grand Prix Charlotte, semalam.

Phelps melalui dua saringan kelayakan pada sebelah pagi dan turut beraksi dalam acara 200m gaya bebas dan kemudiannya hanya memberi tumpuan pada satu acara di sebelah petang.

Biarpun gagal memperbaiki catatan masa pada kali pertama penampilan semula apabila tewas kepada Ryan Lochte di tempat kedua bulan lalu, ia satu langkah positif untuk bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016.

"Sudah begitu lama.

Seronok kerana berjaya menduduki tempat pertama.

Seronok kerana berada di posisi itu sekali lagi.


Inilah kemenangan pertama sejak kembali bertanding.


Saya harap kemenangan ini dapat diteruskan," kata Phelps.

Bermula garang dan terus selesa hingga ke garisan penamat, Phelps menamatkan perlumbaan dengan catatan 52.13 saat, mendahului separuh badan berbanding naib juara, Pavel Sankovich dari Belarus.

Phelps menyamai catatan masanya di Arizona, kemunculan pertamanya di kolam renang sejak bersara sebaik tamat Sukan Olimpik London tetapi kali ini, dia tidak perlu bersaing dengan Lochte, yang dinasihatkan doktor untuk berehat selepas menjalani pembedahan lutut.

Ditanya sama ada dia mampu menewaskan Phelps, Lochte hanya tersenyum.

"Tidak," katanya, sambil memegang lutut kirinya.

"Lutut saya masih berbalut." Kedua-duanya mempunyai banyak peluang untuk bersaing sesama sendiri musim ini.

Kejohanan Kebangsaan akan diadakan di Carolina Selatan, Ogos ini diikuti Kejohanan Pan Pacific di Australia yang akan menentukan pasukan yang bakal menyertai kejuaraan dunia di Russia.

- AP ends/

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Nadal hempas pulas

Posted: 17 May 2014 07:35 AM PDT

Pemain nombor satu dunia Rafael Nadal (gambar) terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan peluang mempertahankan gelaran Rome Masters selepas menewaskan Andy Murray 1-6, 6-3, 7-5 pada suku akhir, kelmarin.

Murray hanya menang lima daripada 18 pertemuan terakhir menentang Nadal tetapi boleh berbangga dengan dua perlawanan sebelum ini iaitu kemenangan menerusi 'walk over' pada separuh akhir di Miami Masters dan kemenangan di final Terbuka Tokyo pada 2011, kedua-duanya di gelanggang keras.

Biarpun prestasi pemain Scotland di gelanggang tanah liat itu diragui selepas tidak menyertai jelajah akibat pembedahan belakang akhir tahun lalu, Murray mempamerkan aksi menakjubkan di Foro Italico untuk menunjukkan potensi dimiliki sebelum ke Terbuka Perancis akhir bulan ini.

"Saya bermain dengan baik dan memberi masalah kepada Nadal," kata Murray.

"Saya sepatutnya menang perlawanan ini kerana mempunyai peluang.

"Saya mensia-siakan peluang itu.

Peluang yang ada tidak banyak, saya kecewa.

"Bagaimanapun dia menamatkan perlawanan dengan sempurna.

Dia menang tiga perlawanan terakhir." Nadal bakal berdepan pemain Bulgaria Grigor Dimitrov pada separuh akhir, manakala pilihan kedua Novak Djokovic menentang pemain Kanada Milos Raonic.

Djokovic menewaskan David Ferrer 7-5, 4-6, 6-3 manakala Raonic meraih tiket ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas pemain Perancis, Jeremy Chardy.

"Saya tidak tahu bagaimana dia memukul bola tetapi anda tidak menjangkakan pukulan seperti itu," kata Nadal.

"Kemenangan ini memberi makna terhadap saya.


Seronok berada di separuh akhir apatah lagi kemenangan ke atas Andy." Sementara itu pilihan kesepuluh dari Itali, Sara Errani, mengejutkan pilihan kedua dari China, Li Na 6-3, 4-6, 6-2 untuk pertemuan separuh akhir dengan pilihan keenam dari Serbia, Jelena Jankovic yang sebelum itu menewaskan pilihan ketiga dari Poland, Agnieszka Radwanska 6-4, 6-4.

Turut sama ke separuh akhir Ana Ivanovic, biarpun pemain pilihan ke-11 dari Serbia perlu bekerja keras menewaskan Carla Suarez Navarro, 6-4, 3-6, 6-4.

Ana akan bertemu juara bertahan Serena Williams yang menewaskan pemain bukan pilihan dari China, Zhang Shuai 6-1, 6-3.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Gyan main peranan besar untuk Ghana

Posted: 17 May 2014 07:35 AM PDT

Accra: Kapten Ghana, Asamoah Gyan (gambar) akan memainkan peranan besar apabila skuad Black Stars meletak sasaran memperbaiki pencapaian suku akhir sejak kali terakhir beraksi pada Piala Dunia.

Gyan, salah seorang penyerang prolifik Afrika, menjaringkan 39 gol daripada 77 penampilan antarabangsa dan hanya kurang satu gol selaku penjaring terbanyak sepanjang masa negara itu.

Pemain berusia 28 tahun itu juga adalah bintang pemuzik sambilan dikenali `Baby Jet', penganjur tinju, pahlawan seni mempertahankan diri dan pengumpul kereta klasik.

Bekas kapten Ghana, CK Akunnor berkata, Gyan berperanan sebagai pemain keramat Black Stars seperti mana Didier Drogba untuk Ivory Coast.

"Kualiti kepimpinan dimiliki terbukti dan pengaruhnya terhadap pasukan tidak ubah seperti Didier Drogba terhadap pasukan Elephants," kata Akunnor.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Longgar tanpa Carrick

Posted: 17 May 2014 07:34 AM PDT

Rio Ferdinand memberi amaran kepada England mereka membiarkan bahagian tengah longgar pada Piala Dunia selepas mengecualikan Michael Carrick daripada skuad utama beraksi di Brazil.

Bekas kapten England itu mengumumkan meninggalkan Manchester United minggu ini, turut mempertikaikan tindakan menggugurkan pemain bek kiri Chelsea, Ashley Cole.

Jurulatih England, Roy Hodgson minggu ini menyenaraikan Carrick antara tujuh pemain yang menanti giliran.

Keputusan tidak mengecualikan Cole untuk memberi laluan kepada pemain Everton, Leighton Baines dan pemain Southampton, Luke Shaw menarik perhatian banyak pihak.

Ferdinand yang berada di Singapura untuk kunjungan promosi sebuah syarikat komunikasi, menyatakan pasukan 23 pemain itu tidak mempunyai sokongan kuat terhadap pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard.

"Saya melihat kepada skuad England dan tidak melihat ada pemain lain mampu bermain posisi itu secara semula jadi sepertinya terutama peranan dimainkan oleh Steven Gerrard dan ia akan menjadi masalah jika Gerrard cedera atau digantung," kata Ferdinand.

"Saya tidak rasakan ada pemain lain mampu bermain dalam posisi sama seperti Michael Carrick," katanya.

"Saya rasa Carrick pemain bagus dan saya pernah bermain bersama Carrick selama beberapa tahun," kata Ferdinand.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Berita buruk Jerman

Posted: 17 May 2014 07:31 AM PDT

Pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger meninggalkan perlawanan akhir Bayern Munich di Bundesliga musim ini dengan kecederaan lutut sekali gus memberi khabar menakutkan buat peminat Jerman menjelang Piala Dunia.

Jerman benar-benar terdesak mahu Schweinsteiger cergas untuk kempen di Brazil dan masih belum dapat dipastikan sama ada dia cukup bersedia untuk menggalas cabaran itu.

Pemain berusia 29 tahun itu akan meraikan sedekad dalam pasukan Jerman sebelum perlawanan pembukaan Kumpulan G menentang Portugal pada 16 Jun, selepas mendapat cap ke-101 hasil kemenangan dalam persahabatan menentang Chile, Mac lalu.

Schweinsteiger adalah pemain tengah yang cemerlang di kelab dan negaranya, namun penampilannya bersama Bayern Munich musim ini terhad disebabkan beberapa kecederaan.

Beberapa pembedahan buku lali menjejaskan aksinya pada pra musim, kemudiannya berulang pada November dan Disember sebelum berdepan masalah ligamen lutut sewaktu di kem latihan Qatar, Januari lalu.

"Menerusi kehebatan dan pengalaman dimilikinya, dia membawa pengaruh besar dalam permainan kami," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

"Bila dia boleh bermain selama 90 minit dengan keyakinan dan kesedaran taktikal, sememangnya dia amat bernilai buat kami.

"Pemain lain memberi tindak balas bagus jika Bastin bermain dengan baik tetapi anda lihat sendiri, sudah lama dia mengalami kecederaan."

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Penyambung legasi

Posted: 17 May 2014 07:28 AM PDT

Pentas bola sepak Piala Dunia tidak pernah gagal melahirkan generasi bintang dunia bermula dari usia remaja.

Ada antara mereka bergelar legenda agung seperti Pele, Diego Maradona, Franz Beckenbauer hingga munculnya Ronaldo, Zinedine Zidane dan bintang masa kini Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi.

Arena Metro Ahad akan menampilkan 15 daripada mereka hingga tirai Piala Dunia Brazil 2014 dibuka 12 Jun.

4.

Raheem Sterling (England) Aksi pemain remaja kelahiran Kingston, Jamaica ini mencipta kelainan dalam persembahan Liverpool sejak kali pertama diturunkan pengurus Brendan Rodgers dalam kesebelasan utama pada Disember 2013.

Kematangan Sterling tidak sepadan usianya yang baru 19 tahun hingga mendapat kepercayaan Roy Hodgson untuk disenaraikan dalam skuad England pada kelayakan Piala Dunia.

Aksi terakhirnya ketika menentang Denmark mengesahkan kedudukan Sterling dalam skuad ke Brazil untuk penampilan pertama Piala Dunia.

Pengkritik menyifatkan Sterling sebagai pemain paling menarik untuk disaksikan di Piala Dunia dan tidak mustahil mampu meletakkan dirinya selaku penjaring gol England nanti.

5.


Paul Pogba (Perancis) Bakat serta keistimewaan Pogba mungkin terlindung di sebalik bayangan ramai pemain bintang di Old Trafford ketika musim 2011-2012.

Dia hampir tidak langsung diberi peluang beraksi dalam skuad senior sekalipun menganggotai skuad Perancis bawah 20 tahun.


Namun Juventus bijak mengikatnya dan kini dia tonggak kelab utama Serie A itu dan disenaraikan ke Piala Dunia 2014.

Bintang baru Les Bleus itu berdasarkan pandangan Patrice Evra akan mencuri perhatian di Brazil nanti.

6.Diego Reyes (Mexico) Dengan nilai pembelian €7 juta (RM30.9 j) ke kelab gergasi Portugal, Porto, Reyes di laluan tepat mencipta nama di Piala Dunia Brazil 2014.

Berusia 21 tahun dan masih kurang pengalaman, kebijaksanaan menyusun gerakan, skil kawalan bola tinggi serta memiliki hantaran tepat antara keistimewaan untuk namanya disenaraikan dalam skuad Mexico oleh jurulatih Miguel Herrera.

Reyes adalah anggota skuad Mexico yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik London 2012.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Ikut teknik Red Devils

Posted: 17 May 2014 07:26 AM PDT

Program latihan bersama Manchester United Soccer School (MUSS) membabitkan 17 pelatih muda seluruh negara di Manchester, England baru-baru ini disifatkan berjaya dan mencapai matlamat.

Biarpun berlangsung dalam tempoh singkat, pelbagai ilmu pengetahuan, pendedahan dan pengalaman dikutip generasi berusia antara 17 hingga 20 tahun dianggap berharga dan hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Pelatih bukan calang-calang.

Mereka pemain terbaik di setiap posisi daripada lebih 1,400 calon mencuba nasib sama ada menerusi pasukan universiti atau kolej, kelab bola sepak, akademi bola sepak dan sekolah sukan.

Semua dipilih menerusi Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia yang diadakan di lima zon seluruh negara iaitu Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Malaysia Timur sepanjang 2013 dengan grand final di Bangi hujung Februari dan awal Mac lalu.

Program berlangsung dari 2 hingga 11 Mei lalu dianjurkan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) iaitu badan amal dengan sokongan Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) dan kelab Manchester United.

Sepanjang berada di Manchester, semua pelatih diiringi seorang jurulatih Akademi Bola Sepak Bintang Muda CIMB, N Radakrisnan manakala Norzuraida Kamarudin, Mohamed Shariff Koya dan Elizabeth Veronica Moreira mewakili YR1M.

Sesi latihan singkat pelatih program dikendalikan jurulatih berpengalaman MUSS Mick Bennet dan dibantu Dan Barber.

Ia diadakan di kawasan Stadium AJ Bell dalam cuaca sejuk 12 darjah selsius bagi tempoh lima jam setiap hari termasuk sejam bagi kelas bengkel.

Bennet, 51, yang pernah bermain untuk kelab Bolton Wanderers dan Preston pada awal 1980-an berkata, pelatih program ini didedahkan dengan teknik latihan yang sama dilakukan pemain United seperti Nani, Antonio Valencia, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Juan Mata, Wayne Rooney, Danny Wellbeck dan Robin van Persie.

Majoriti pelatih melahirkan rasa gembira dan seronok kerana dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga dari sekolah latihan bola sepak paling terkenal itu.

Pelatih, Muhammad Azeem Azhar tanpa berselindung mengakui tidak menyangka sama sekali menikmati peluang berlatih bersama MUSS manakala rakannya, Muhamad Alif Asyraaf Muliadi pula mengakui biarpun singkat, dia banyak mempelajari perkara baru.


S Kannan pula menganggap pengalaman berlatih membuatkan dia teruja kerana teknik diajar berbeza dengan di Malaysia manakala Nazarudin Bohri turut berkongsi setuju dengan tiga rakannya itu dan mengakui bertuah terpilih menyertai program anjuran YR1M ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YR1M Ung Su Ling berkata, penganjuran program ini selari dengan slogan Bukan Sekadar Piala kerana berjaya membawa 17 pelatih muda menimba pengalaman luas berlatih di MUSS.

"Peluang berlatih di Manchester ini akan memperluaskan lagi pandangan dan sekali gus memberi pendedahan kepada mereka.


"Kita harap ia akan memberi inspirasi menggapai impian semua pemain.

Pada masa sama, menerusi penubuhan pasukan bola sepak 1Malaysia 2014 ini, kita harap ia akan mencetuskan hubungan silaturahim sepanjang hayat dalam kalangan generasi muda ini dengan semangat 1Malaysia," katanya.

CEO Mamee Datuk Wira Pang Tee Chew pula berkata, kerjasama syarikat itu bersama YR1M dan United dalam menjayakan Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia memberi kesan positif kepada pemain.

"Peluang berlatih di MUSS adalah peluang seumur hidup bagi golongan muda negara ini untuk maju dalam kerjaya bola sepak.

"Sebagai rakan global United, kami gembira menjadi sebahagian daripada program ini dan diharap kerjasama ini membantu membangunkan sukan ke arah pembinaan bangsa yang positif," katanya.

Selain berlatih bersama MUSS, pelatih turut dibawa melawat Stadium Old Trafford, mengunjungi bilik persalinan pemain skuad The Red Devils dan padang perlawanan.

Namun paling menyeronokkan, sudah pasti apabila dapat menyaksikan perlawanan United bimbingan Ryan Giggs dengan Hull City.

Pelatih program YR1M di MUSS adalah Muhammad Yusuf Akma Mohd Nawi, Datu Mohd Armin Datu Muhammad, Zulhafiz Abdul Mahal, Muhammad Azeem Azhar, L Kesavan, Muhammad Nursyazwan Zaihan, Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah, Muhammad Alif Asyraaf Muliadi, Muhammad Kamil Ismail, Alias Helmi Ibrahim, G Durrkeswaran, S Kannan, Alif Afham Mustakim Abdul Hisham, G Kalaiselvaan, Nazarudin Bohri, Rahman Shah Marajeh dan Muhammad Amirunzakwan Roslisam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Normala tak lekang idea

Posted: 17 May 2014 07:24 AM PDT

Bercakap soal bola sepak wanita, siapa yang tidak kenal Normala Rashid?

Dengan pelbagai reputasi - sejak berstatus pemain kebangsaan hinggalah kepada peringkat pengurusan - Normala dilihat berada dalam kelas tersendiri dan bukan calang-calang individu mampu mengatasi pencapaiannya.

Normala beraksi mewakili negara dari 1976 hingga 1985 dan sepanjang tempoh itu, sudah banyak kejohanan peringkat tempatan dan Asia disertainya.

Normala yang kini berusia 53 tahun pernah mengetuai unit bola sepak wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan antara kejayaan ditempa anak buahnya ketika itu ialah layak ke separuh akhir Piala AFF 2006, memenangi emas di temasya Sukan Arafura 2007, mewujudkan Kejohanan Futsal Kebangsaan Wanita serta membawa Malaysia layak ke pusingan kedua Piala AFC 2007.

Beliau kini bertugas di Majlis Sukan Negeri Perak dan pada sidang Kongres FAM yang bakal berlangsung di ibu negara, 25 Mei ini, Normala menawarkan diri untuk bertanding jawatan exco bola sepak wanita.

"Saya yakin dengan pengalaman serta pendedahan yang sudah saya terima selama ini, bola sepak wanita mampu dibangunkan semula.

Kita mempunyai ramai pemain berbakat, tapi kebolehan mereka itu gagal dikesan.

"Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa, tetapi saya rasa, pengalaman yang saya ada ini boleh membantu meningkatkan lagi imej bola sepak wanita.

Kalaupun tidak peringkat dunia, biarlah kita dikenali di peringkat Asia sebagai satu pasukan yang boleh dibanggakan.

"Itulah matlamat saya dan sudah merangka beberapa langkah yang boleh diambil untuk melonjakkan nama skuad bola sepak wanita," katanya.

Normala bukan cakap kosong sebaliknya beliau sudah membuktikan kemampuannya sepanjang 32 tahun terbabit dengan pekerjaan - sebahagian besar daripada usia kerjayanya itu diabadikan untuk bola sepak.

Beliau pernah bergelar Pegawai Sukan di Universiti Sains Malaysia (USM) serta Pegawai Pembangunan Sukan di MSN Perak.

Sepanjang pembabitannya dalam pengurusan bola sepak wanita, kelibat Normala sering dilihat di seminar dan mesyuarat peringkat tertinggi hingga ke FIFA.

"Saya yakin dapat menyumbang sesuatu buat pembangunan bola sepak wanita dan berharap perwakilan dapat membuat pemilihan tepat pada sidang kongres nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Mimpi peluk gunung

Posted: 17 May 2014 07:24 AM PDT

Banyak mata akan tertumpu ke New Delhi sepanjang minggu ini menyaksikan pusingan akhir kejohanan badminton Piala Thomas-Uber.

Kali terakhir Malaysia menjulang piala yang dianggap Piala Dunia dalam sukan badminton itu 22 tahun lalu di stadium keramat, Stadium Negara.

Saya terpanggil untuk berbicara mengenai Piala Thomas apabila ketua pengarah projek Piala Thomas-Uber kali ini Rashid Sidek menyebut mengenai kembalikan 'Semangat 92' awal minggu ini.

Rashid, perseorangan utama negara ketika sejarah itu dicipta, mahu anak buahnya mencontohi semangat pasukan diwakilinya ketika itu yang turut dianggotai Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, Razif Sidek, Jalani Sidek, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang.

Rashid berasa skuad negara ketika ini diketuai Datuk Lee Chong Wei ada persamaan skuad diwakilinya 22 tahun lalu.

Saya bagaimanapun menganggap pendapat itu tidak tepat kerana kali ini kita hanya bergantung harap kepada Chong Wei seorang saja yang mampu menjamin satu mata manakala pemain lain termasuk beregu peluang kita 50-50.

Di mana silapnya? Barang kali selepas kejayaan 1992 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagaikan lupa dihanyut mimpi kerana mereka mula memikirkan cara untuk melahirkan seorang jaguh dunia terutama bagi acara perseorangan lelaki.

Maka lahirlah Chong Wei yang kini di hujung karier dengan kudrat makin menipis dan corak permainan mampu dibaca pemain muda.

Pingat emas Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Piala Thomas belum pernah menjadi miliknya.

Sekalipun pemain skuad 1992 tidak sehebat Chong Wei di pentas antarabangsa, skuad itu boleh dianggap seimbang sama ada mencuri dua mata dari acara perseorangan dan satu beregu atau satu mata perseorangan dan dua beregu.

Kini tidak lagi begitu ketika minat penyokong badminton negara semakin berkurangan sebaliknya mereka mula beralih kepada sukan lebih popular, bola sepak.

Namun wahai pemain badminton negara, buktikan apa yang saya tulis ini silap.

Berjuanglah hingga ke titisan peluh terakhir dan buktikan betapa masih ada sinar buat skuad badminton negara di pentas antarabangsa.

Perjuangan bermula hari ini haruslah dengan langkah penuh yakin dan jika anda layak ke final, saya tabik anda semua!

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

No comments:

Post a Comment