Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kembar siam jatuh cinta

Posted: 05 Jul 2014 02:41 PM PDT

New Delhi: Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.

Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran 'Adik-beradik labah-labah' hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.

Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah.

"Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas," kata Jamuna.

Foto

GANGA dan Jamuna bahagia bersama Jasimuddin.


Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira.


"Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi.

"Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya," katanya.

Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki.

Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat.

Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.

Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.

Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.

Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.

"Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami," kata Ganga.

Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu.

"Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami.

Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan," katanya.

Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka.

"Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India," katanya.

Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.

Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan.

Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06

Kertas undi bikin keliru

Posted: 05 Jul 2014 02:20 PM PDT

Jakarta: Pembuangan undi bagi Pilihan Raya Presiden di Kuala Lumpur semalam diwarnai kemarahan segelintir pengundi apabila kertas seakan-akan kertas undian cuba diedarkan di Kedutaan Besar Republik Indonesia dengan hanya menampilkan gambar pasangan calon presiden Prabowo Subianto-Hatta Rajasa.

Aktivis Migrant Care, Wahyu Susilo berkata, perbuatan berkenaan menunjukkan salah satu cubaan untuk mempengaruhi pemilihan calon.

Menurutnya, penyebar yang tidak diketahui identitinya itu hanya berjaya mengedarkan satu salinan selepas dihalang pengundi di situ.

Perkara itu kemudian dilaporkan saksi daripada pasukan Joko 'Jokowi' Widodo -Jusuf Kalla (Jokowi-JK) kepada Jawatankuasa Pemantau Pilihan Raya kerana dianggap melanggar peraturan pilihan raya.


"Jawatankuasa berkenaan sudah berjanji menjalankan siasatan berhubung kes ini," kata Wahyu.


Sementara itu, Pesuruhjaya Pilihan Raya Hadar Navis Gumay yang memantau proses membuang undi di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur berkata, proses pengundian berjalan lancar dan tertib.

Seramai 420,000 pengundi di Kuala Lumpur dan sekitarnya dijangka mengundi dengan sebahagiannya melalui pos manakala kira-kira dijangka mengundi di Kedutaan Besar Republik Indonesia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06

Madonna timbul kontroversi pakai niqab

Posted: 05 Jul 2014 02:16 PM PDT

California: Madonna sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila berani tampil menyiarkan gambar terbaru pakaian pilihannya niqab.

Ratu Pop berusia 55 tahun itu berkongsi gambarnya dengan peminat Instagram menunjukkannya memakai niqab minggu lalu, membuatkan 1.6 pengikut bingung dengan penampilan yang dianggap baru itu.

Gambar itu disiarkan dengan 'hashtag' yang tidak langsung menjelaskan perbuatannya malah seolah-olah seakan tidak mempedulikan apa difikirkan peminatnya.

Penyanyi lagu Material Girl itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam apabila membuat kemunculan tahun lalu memakai topeng rantai besi seperti purdah dengan keterangan 'Revolusi cinta bermula, Insya-Allah.'

Foto

IMEJ terbaru Madonna berhijab di laman Instagram miliknya.


Pada 1998, Madonna pernah memakai pakaian Geisha ketika membuat video muziknya yang menimbulkan kemarahan peminat dari Asia.


Sikap Madonna yang acuh tidak acuh itu dilihat disebabkan tidak mempunyai pemahaman sewajarnya mengenai adat dan budaya negara lain, malah dia dikatakan memandang remeh prinsip serta nilai di sebalik pemakaian niqab sebagai simbol kesopanan wanita Islam.

Bagaimanapun, Ratu Pop itu tidak memberikan ulasan lanjut mengenai gambar berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06

PM enggan letak jawatan

Posted: 05 Jul 2014 01:56 PM PDT

Baghdad: Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki tetap berkeras mahu bertanding sebagai calon bagi penggal ketiga tanpa mengendahkan desakan pelbagai pihak malah berazam tidak letak jawatan selagi pejuang Sunni yang kini menguasai sebahagian besar negaranya berjaya ditumpaskan.

Kenyataan Nuri itu dilihat lebih menyukarkan pembentukan kerajaan baru untuk menyatukan negara yang kini berpecah-belah akibat fahaman agama.

Katanya, majoriti pengundi memilih partinya ketika pilihan raya April lalu bererti dia juga "tidak boleh mengabaikan mereka dalam menghadapi krisis ini.

"Saya tidak akan menyerahkan pencalonan saya sebagai perdana menteri. Jika mengundur sekarang bererti saya mengaku lemah dan tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada negara.


"Saya berikrar kepada Tuhan untuk terus berjuang bersama tentera dan sukarelawan sehingga musuh Iraq berjaya dihapuskan.


"Saya tetap askar yang memperjuangkan hak dan kepentingan Iraq serta rakyatnya. Saya tidak gerun berdepan pengganas dan sekutu mereka," katanya dalam kenyataan yang dibacakan di televisyen kebangsaan.

Kenyataannya itu merujuk kepada pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan beberapa pejuang bersenjata Sunni yang mengawal sebahagian besar wilayah di Iraq.

Nouri yang berfahaman Syiah berulang kali dituduh memonopoli kuasa dan menyumbang terhadap krisis yang kini melanda Iraq apabila gagal memperbaiki hubungan dengan golongan Sunni. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06

46 jururawat pulang ke India

Posted: 05 Jul 2014 01:55 PM PDT

New Delhi: Seramai 46 jururawat warga India yang terperangkap di kawasan yang ditawan pejuang Islam di sebuah bandar di utara Iraq dihantar pulang, semalam.

Kumpulan jururawat itu terperangkap ketika bertugas di sebuah hospital kerajaan di Tikrit apabila bandar itu diserang, bulan lalu.

Setakat ini masih belum jelas sama ada mereka diculik dan ditawan atau sekadar terperangkap dalam serangan berkenaan.

Mereka dipindahkan dari Tikrit ke Mosul Khamis lalu sebelum menaiki pesawat khas dari Arbil semalam dan dijangka tiba di Kerala jam 6.30 pagi waktu tempatan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06

No comments:

Post a Comment