Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Pemain keliru pilih arahan

Posted: 03 Aug 2013 12:40 PM PDT

Kuala Lumpur: "Memang ada pelatih mengadu kepada saya mereka keliru dan tidak tahu arahan mana yang perlu diikut. Prawet (Intar) dan Taweet (Wongkaen) menggunakan kaedah latihan yang lain sedangkan saya juga menggunakan pendekatan lain.

Gerrard rayu Suarez kekal

Posted: 03 Aug 2013 12:36 PM PDT

London: Steven Gerrard mendedahkan dia pernah menolak tawaran sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim lalu dan menggesa rakan sepasukannya, Luis Suarez melakukan perkara sama.

Ibra dilahirkan untuk United: Schmeichel

Posted: 03 Aug 2013 12:35 PM PDT

London: Peter Schmeichel yakin penyerang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic dilahirkan untuk bermain bersama Manchester United dan dia turut tidak menyembunyikan hasratnya untuk melihat pemain itu menyertai kelab yang muncul juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu.

Woods kekal pendahulu

Posted: 03 Aug 2013 12:35 PM PDT

Amerika Syarikat: Pemain nombor satu dunia, Tiger Woods menyamai catatan terendah kariernya apabila merakam sembilan di bawah par 61 untuk mendahului pemain lain dengan kelebihan tujuh pukulan pada pusingan kedua Kejohanan Jemputan WGC-Bridgestone.

Na Yeon pamer aksi garang di hari kedua

Posted: 03 Aug 2013 12:34 PM PDT

United Kingdom: Pemain Korea Selatan, Choi Na Yeon mempamer aksi cukup memberangsangkan apabila melakukan 67 pukulan sekali gus bergelar pendahulu hari kedua Kejohanan Wanita Terbuka British.

Impian Saina tercapai

Posted: 03 Aug 2013 12:26 PM PDT

New Delhi: Pemenang pingat Olimpik dan ikon badminton India, Saina Nehwal teruja menjadi sebahagian daripada pasukan yang terdiri daripada bekas juara Olimpik dan wira zaman kanak-kanaknya, Taufik Hidayat.

Tabur bakti jaga keluarga

Posted: 03 Aug 2013 12:25 PM PDT

Kuala Lumpur: Jika orang lain memendam cita-cita tinggi seperti menjadi seorang juruterbang, doktor atau peguam, atlet terjun meningkat naik negara, Cheong Jun Hoong sebaliknya lebih cenderung memilih keluarga dengan menjadi seorang suri rumah dan seorang ibu.

Disiplin julang prestasi jagoan

Posted: 03 Aug 2013 12:24 PM PDT

Kuala Lumpur: Kata orang jika hendak berjaya biar berguru dengan orang yang betul. Begitulah harapan dua atlet muda, Muhammad Adi Danial Salman, 15 dan Syasya Izzati Mohd Nazri, 14 yang berhasrat menjadi pelari hebat lari berpagar hingga mampu beraksi pada Sukan Olimpik.

Idea lapan nakhoda

Posted: 03 Aug 2013 12:23 PM PDT

Kuala Lumpur: Yang mana satu perlu diikut? Itu mungkin persoalan yang tidak pernah lekang daripada benak semua pemain sepak takraw selepas skuad kebangsaan mempunyai lapan jurulatih termasuk dua perunding Thailand yang dibawa masuk khas Majlis Sukan Negara (MSN).

Sukan SEA penentu nasib Prawet, Taweet

Posted: 03 Aug 2013 12:22 PM PDT

Kuala Lumpur: "Masa depan dua perunding Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Prawet Intar dan Taweet Wongkaen akan dinilai menerusi pencapaian skuad kebangsaan pada Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini," kata ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

No comments:

Post a Comment