Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Jatuh longkang lari serbuan

Posted: 20 Aug 2013 10:36 AM PDT

Kuala Lumpur: Akibat panik selepas tempat kerjanya di Pasar Awam, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, di sini, diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya, seorang lelaki warga asing cedera selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri, semalam.

RM500 tak cukup!

Posted: 20 Aug 2013 10:34 AM PDT

Banting: Tujuh penyamun bertopeng ski bertindak ganas mencederakan seorang pemilik dan pekerja sebuah premis pengurup wang berlesen selepas berang kerana hanya memperoleh RM500 dalam kejadian samun bersenjata di Jalan Bunga Pekan, di sini, semalam.

Pencabul panik mangsa melawan

Posted: 20 Aug 2013 10:33 AM PDT

Kuala Lumpur: Perbuatan gila seorang lelaki yang mencabul dan cuba meliwat seorang remaja lelaki di kawasan semak berhampiran sebuah pangsapuri di Salak Selatan, di sini mengundang padah apabila mangsa melawan menyebabkan lelaki terbabit panik dan melarikan diri.

Beri sokongan bukan mengutuk

Posted: 20 Aug 2013 10:32 AM PDT

Kuala Lumpur: Usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan operasi besar-besaran dipanggil Op Cantas Khas di seluruh negara sejak Sabtu lalu bagi menangani kes jenayah yang semakin menjadi-jadi wajar tidak sepatutnya dikritik dengan pelbagai tanggapan negatif.

Polis miliki data penjenayah

Posted: 20 Aug 2013 10:32 AM PDT

Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti kumpulan penjenayah termasuk ahli kongsi gelap yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah yang turut membabitkan bekas tahanan Ordinan Darurat (OD) dan mereka akan diburu menerusi Op Cantas Khas.

No comments:

Post a Comment