Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Ngap Sayot sedia bedil

Posted: 17 Aug 2013 09:41 AM PDT

Petra Jaya, Sarawak: Tontonan video aksi LionsXII melalui YouTube menjadi sebahagian strategi jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang memiliki acuan tersendiri untuk menamatkan ego juara Liga Super itu pada saingan Piala Malaysia, Selasa ini.

Ramalan Mourinho

Posted: 17 Aug 2013 09:20 AM PDT

London: Pengurus Chelsea Jose Mourinho percaya misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini lebih terbuka menjelang kepulangan yang dinantikan dalam perlawanan pembuka tirai menentang Hull, malam ini.

Detik Hart bukti wibawa: Pellegrini

Posted: 17 Aug 2013 09:19 AM PDT

Manchester: Penjaga gol Manchester City, Joe Hart yang pernah dikecam hebat masih mendapat kepercayaan pengurus baru kelab Manuel Pellegrini tetapi dia perlu membuktikan yang terbaik di England setiap minggu.

'Tottenham makin mantap'

Posted: 17 Aug 2013 09:19 AM PDT

London: Isu perpindahan Gareth Bale terus membayangi Tottenham ketika mereka bersedia untuk sepak mula Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace malam ini.

Marange warnai aksi Palace

Posted: 17 Aug 2013 09:19 AM PDT

London: Pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace berjaya mendapatkan pertahanan Perancis, Florian Marange (gambar) secara percuma dari Bordeaux, kata kelab selatan London itu semalam.

Pengalaman kekuatan Skuad Yob

Posted: 17 Aug 2013 09:15 AM PDT

Ipoh: Tiada latihan khas diterapkan Perak bagi menangani masalah bermain di atas padang rumput tiruan apabila turun menentang LionsXII di Stadium Jalan Besar dalam kancah Piala Malaysia bermula Selasa ini.

Kenari sasar final

Posted: 17 Aug 2013 09:14 AM PDT

Kedah: Ketua jurulatih Kedah, Datuk Ahmad Shafie menetapkan sasaran ke final Piala Malaysia musim ini dengan matlamat menjulang Piala Malaysia buat kali pertama selepas gagal berbuat demikian pada 1987, 1988 dan 1989.

No comments:

Post a Comment