Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


1001 alasan

Posted: 24 Aug 2013 11:49 AM PDT

Kuala Lumpur: Trauma ditahan Imigresen Thailand, kebajikan terabai, masalah tempat tinggal serta makan minum dan tidak tahan berlatih di bulan puasa menjadi antara alasan tujuh pelatih skuad sepak takraw kebangsaan meninggalkan pasukan kelab masing-masing yang bersaing dalam Liga Sepak Takraw Thailand, baru-baru ini.

Pengalaman ubah perspektif

Posted: 24 Aug 2013 10:45 AM PDT

"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi bagi saya, mereka membuang peluang terbaik untuk menjadi pemain sepak takraw yang hebat. Bukan mudah untuk Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menghantar mereka ke sana dan mereka adalah kelompok pertama yang menikmati peluang itu.

Shahrin tak mahu lepas peluang

Posted: 24 Aug 2013 10:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Disenaraikan dalam skuad pelumba yang akan mengibarkan cabaran pada temasya Sukan SEA Myanmar 11 Disember ini, pastinya juara sirkit 1, Shahrin Amir pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013.

Nantikan bisa si ikan keli!

Posted: 24 Aug 2013 10:42 AM PDT

IPOH: Awas sengat ikan keli! Itu amaran yang dilaungkan pengurus pasukan Catfish Ipoh, Mohd Azizul Zakaria yang sedia mengecewakan pasukan lain pada sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-cuti 1Malaysia 2013 yang berlangsung di Kellie's Castle, Batu Gajah, hari ini.

Julang mahkota Asia

Posted: 24 Aug 2013 10:41 AM PDT

Kuala Lumpur: Aura saingan Piala Asia kali ini agak berbeza untuk skuad hoki negara. Meskipun secara asasnya Malaysia dikatakan sudah layak ke Piala Dunia, skuad negara umpama tidak mengendahkan semua itu, sebaliknya tetap dahagakan kemenangan buat kali pertama sekali gus melangkah ke Belanda secara bermaruah selain mencari hadiah terbaik buat mendiang Chua Boon Huat. Ikuti pandangan legenda hoki negara, Mirnawan Nawawi terhadap peluang skuad negara pada saingan kali ini.

In-Bee ungguli Terbuka Kanada

Posted: 24 Aug 2013 10:36 AM PDT

Edmonton: Pemain nombor satu dunia, Park In-Bee melakar lima di bawah par 65 untuk bergelar pendahulu hari kedua saingan LPGA Terbuka Kanada.

Kuchar pintas pendahulu hari pertama

Posted: 24 Aug 2013 10:35 AM PDT

New Jersey: Matt Kuchar membenam birdie di lapangan Liberty National untuk memintas pendahulu semalaman, Webb Simpson dan Gary Woodland dengan kelebihan satu pukulan di hari kedua saingan The Barclays.

Serena sedia gegar New York

Posted: 24 Aug 2013 10:35 AM PDT

New York: Serena Williams bergelar pemain pilihan dan dengan keupayaan yang ada pada dirinya, dia dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengungguli kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat yang bermula Selasa ini.

Jangan pandang rendah Cardiff: Pellegrini

Posted: 24 Aug 2013 10:34 AM PDT

Cardiff: Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan kelab baru, Cardiff yang bakal ditentang pada saingan Liga Perdana hari ini.

'Rooney mungkin beraksi'

Posted: 24 Aug 2013 10:28 AM PDT

Manchester: Pengurus Manchester United, David Moyes mendedahkan Wayne Rooney berkemungkinan besar diturunkan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea, Isnin ini walaupun penyerang itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

No comments:

Post a Comment