Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Malaysia bangkit

Posted: 27 Aug 2013 09:57 AM PDT

Ipoh: Malaysia mempamer aksi terpuji apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Jepun 4-2 pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Asia, semalam sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Kerja keras raih 3 mata

Posted: 27 Aug 2013 09:52 AM PDT

Madrid: Real Madrid melengkapkan dua kemenangan daripada dua perlawanan di bawah kendalian Carlo Ancelotti apabila menang 1-0 ke atas Granada di laman lawan, namun Los Blancos sekali lagi terpaksa bekerja keras meraih tiga mata.

Barcelona harap Messi mampu cergas

Posted: 27 Aug 2013 09:51 AM PDT

Madrid: Barcelona akan memberikan peluang kepada Lionel Messi membuktikan kecergasannya menjelang perlawanan kedua Piala Super Sepanyol menentang Atletico Madrid di Nou Camp, awal pagi esok.

Gol Rossi julang Fiorentina

Posted: 27 Aug 2013 09:50 AM PDT

Florence, Itali: Giuseppe Rossi menjaringkan gol pertama sejak pulih daripada kecederaan lutut untuk membantu Fiorentina mengatasi Catania, 2-1 pada perlawanan pembukaan Serie A, awal pagi semalam.

'Bukan kami'

Posted: 27 Aug 2013 09:49 AM PDT

Manchester: Pengurus Manchester United David Moyes menegaskan kelabnya tidak membuat sebarang tawaran untuk membeli penyerang Tottenham Hotspur, Gareth Bale namun beliau tidak menafikan amat berminat terhadap pemain itu.

Mourinho beri Rooney tempoh 48 jam

Posted: 27 Aug 2013 09:48 AM PDT

Manchester: Pengurus Chelsea Jose Mourinho menganggap usaha kelab itu untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester United, Wayne Rooney mungkin sudah berakhir selepas kedua-dua pasukan seri 0-0, awal pagi semalam.

Bale hilang, AVB pening

Posted: 27 Aug 2013 09:48 AM PDT

London: Pemain sasaran Real Madrid, Gareth Bale tidak melaporkan diri ke pusat latihan Tottenham semalam.

Mourinho tak rela lepaskan Mata

Posted: 27 Aug 2013 09:47 AM PDT

London: Jose Mourinho menegaskan Juan Mata tetap penting dalam perancangannya di Chelsea dan pemain itu tidak akan ke mana-mana.

Pikat pengunjung

Posted: 27 Aug 2013 09:47 AM PDT

Batu Gajah: Selain dihangatkan aksi perlumbaan berbasikal peserta, pengunjung yang hadir ke Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013 turut disajikan pelbagai aktiviti menarik oleh Tourism Malaysia Perak, sejak awal pagi Ahad lalu.

Kopf puji penganjuran

Posted: 27 Aug 2013 09:44 AM PDT

Batu Gajah: Program Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013, Ahad lalu turut mendapat reaksi positif peserta luar negara yang memuji kememeriahan perlumbaan itu.

No comments:

Post a Comment