Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Ustaz Azhar Idrus, isteri kemalangan

Posted: 17 Aug 2013 10:05 AM PDT

Kuala Terengganu: Penceramah popular Ustaz Azhar Idrus bersama isterinya terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru, di sini, semalam.

Tetak! Tembak!

Posted: 17 Aug 2013 10:02 AM PDT

Johor Bahru: Seorang lelaki bukan saja parah ditetak bertalu-talu, malah ditembak dua das dalam cubaan bunuh di Jalan Ledang, Taman Johor, Tampoi, di sini, tengah malam semalam.

Beli senjata dalam talian

Posted: 17 Aug 2013 10:02 AM PDT

Seremban: Seorang ahli perniagaan berusia 35 tahun yang ditahan kerana memasukkan syabu ke dalam rokoknya, didapati turut menyimpan dua senapang, dua mesingan, sepucuk pistol berserta senjata lain ketika serbuan ke rumahnya di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini, jam 11 pagi kelmarin.

Terkedu lihat majikan berdarah

Posted: 17 Aug 2013 10:01 AM PDT

Nusajaya: Seorang pekerja salun kecantikan terkedu selepas melihat majikannya terbaring berlumuran darah di lantai dengan kesan kelaran di leher, pergelangan tangan dan tikaman di perut di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah, di sini, semalam.

MPV dipandu laju rempuh motosikal polis

Posted: 17 Aug 2013 10:00 AM PDT

Shah Alam: Seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Putra, dekat sini, maut selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment