Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Red Giants belum panik

Posted: 25 Aug 2013 09:03 AM PDT

Kuala Lumpur: Masih tiada kebimbangan buat jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim mengenai nasib pasukannya dalam kempen Piala Malaysia kali ini meskipun gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan awal selepas tumpas kepada 2-3 di tangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelmarin.

Igauan Mourinho

Posted: 25 Aug 2013 08:49 AM PDT

London: Bagi perlawanan kompetitif pertama di gelanggang sendiri sebagai pengurus Manchester United David Moyes tidak pernah mengharapkan pertembungan dengan Chelsea yang dikedalikan Jose Mourinho.

'Everton gugat masa depan Baines, Fellaini'

Posted: 25 Aug 2013 08:49 AM PDT

London: Pengurus Manchester United David Moyes mendakwa bekas kelabnya, Everton akan menjejaskan karier Leighton Baines dan Marouane Fellaini jika mereka menghalang kedua-dua pemain berpindah ke Old Trafford.

Tevez julang Juve

Posted: 25 Aug 2013 08:48 AM PDT

Milan: Penyerang Argentina, Carlos Tevez menyumbat gol pada penampilan sulungnya dalam Serie A buat Juventus ketika menang 1-0 ke atas Sampdoria manakala AC Milan kecundang 1-2 pada hari pertama kempen musim baru di tangan kelab pendatang baru Verona.

Ribery, Robben permata Bayern

Posted: 25 Aug 2013 08:47 AM PDT

Berlin: Franck Ribery dan Arjen Robben meledak gol ketika Bayern Munich mengatasi Nuremberg 2-0 kelmarin sekali gus mengekalkan permulaan sempurna musim ini dan menyertai tiga lagi pasukan yang meraih sembilan mata di puncak liga.

Janji Anuar

Posted: 25 Aug 2013 08:42 AM PDT

Kuala Lumpur: Pelumba pecut negara, Anuar Manan tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk membawa cabaran negara ke temasya Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini.

Durian runtuh atlet SUKMA Melaka

Posted: 25 Aug 2013 08:36 AM PDT

Melaka: Kerajaan negeri memberi ganjaran Adilfitri RM83,000 yang juga insentif kemenangan atlet Melaka yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 di Kuala Lumpur sebagai suntikan motivasi untuk mereka melonjakkan kualiti sukan negeri itu.

Dunlop Unbeaten-03 mampu lonjak Zamri

Posted: 25 Aug 2013 08:36 AM PDT

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Mohd Zamri Baba yakin penggunaan tayar baru, Dunlop Unbeaten-03 mampu melonjakkan peluang menaiki podium pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hujung minggu depan.

Nestle, SSBJ anjur Bola Jaring Perpaduan

Posted: 25 Aug 2013 08:36 AM PDT

Kuala Lumpur: Demi memperkasakan perpaduan, Nestle Cornflakes dan Sekolah Sukan Bukit Jalil mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Bola Jaring Perpaduan Terbuka 2013 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, 14 September ini.

Fauzan tebus kecewa

Posted: 25 Aug 2013 08:35 AM PDT

Batu Gajah: Jaguh negara, Muhamad Fauzan Ahmad Lutfi berjaya menebus kehampaan Sirkit 1 di Putrajaya apabila menawan perlumbaan Kellie's Castle meneruci acara XCO lelaki elit, semalam.

No comments:

Post a Comment