Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Misi besar hoki inline

Posted: 29 Aug 2013 09:10 AM PDT

Kuala Lumpur: Sebanyak tujuh pasukan akan berentap dalam edisi kelima Kejohanan Hoki Inline Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

'Kami jagoan utara London'

Posted: 29 Aug 2013 08:57 AM PDT

London: Arsenal berazam membuktikan kuasa bola sepak utara London tidak beralih ke Tottenham Hotspur manakala Liverpool berdepan ujian getir mengukuhkan status mereka sebagai pencabar empat pasukan teratas apabila bertemu musuh tradisi Manchester United dalam aksi Liga Perdana, hujung minggu ini.

Anelka kembali

Posted: 29 Aug 2013 08:57 AM PDT

London: Kelab Liga Perdana West Bromwich Albion semalam mengumumkan penyerang Nicolas Anelka yang mendapat cuti ihsan dijangka kembali berlatih hari ini.

Lamela ganti Bale

Posted: 29 Aug 2013 08:56 AM PDT

London: Pengurus Tottenham Hotspur Andre Villas-Boas terpaksa akur melihat penyerang bintangnya, Gareth Bale makin hampir melengkapkan perpindahan ke Real Madrid dengan Erik Lamela bakal menggantikan pemain antarabangsa Wales itu di White Hart Lane.

Aksi pertama Suarez di Old Trafford

Posted: 29 Aug 2013 08:56 AM PDT

London: Penyerang Liverpool yang digantung, Luis Suarez mungkin kembali beraksi menentang Manchester United selepas kedua-dua pasukan diundi sesama sendiri pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris, awal pagi semalam.

Basikal lasak makin popular

Posted: 29 Aug 2013 08:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Kejayaan memberangsangkan penganjuran Sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 Cuti-Cuti 1Malaysia di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak minggu lalu mendorong penganjur untuk menjanjikan perlumbaan lebih mencabar pada Sirkit 3 di Terengganu.

Ziyad cabar atlet normal

Posted: 29 Aug 2013 08:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Atlet elit paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas lontar peluru Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, Julai lalu, akan bersaing dengan atlet normal pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Oktober ini.

'Tiada unsur bookie'

Posted: 29 Aug 2013 08:54 AM PDT

Seremban: Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol.com) menyifatkan kemerosotan pasukan negeri itu dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini lebih kepada kesilapan memilih jurulatih serta pemain yang kurang berwibawa daripada isu rasuah dibangkitkan.

Ibarat barah: MB

Posted: 29 Aug 2013 08:54 AM PDT

Seremban: "Budaya rasuah dalam sukan atau menjual permainan ini boleh diibarat penyakit barah dan tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana akan merosakkan industri sukan negara. Hakikatnya bola sepak sudah tercemar dengan kegiatan rasuah," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Seru magis Misi 33

Posted: 29 Aug 2013 08:53 AM PDT

Shah Alam: "Bukan mudah tapi tidak mustahil".

No comments:

Post a Comment