Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bawa ratusan kotak gabus dengan beca

Posted: 17 Aug 2013 10:15 PM PDT

Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayuh beca penuh dengan kotak gabus kosong di jalan raya dekat barat Nanjing di Shanghai.

Isytihar pertubuhan pengganas

Posted: 17 Aug 2013 10:13 PM PDT

KAHERAH: Kabinet Mesir semalam mengeluarkan kenyataan mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin pertubuhan pengganas.

Ada bukti suami dimakan rakan

Posted: 17 Aug 2013 09:47 AM PDT

Moscow: Isteri seorang nelayan warga Russia yang hilang di Siberia mendakwa mempunyai bukti menunjukkan suaminya dibunuh dan dimakan dua temannya.

40 ular sawa dalam bilik hotel

Posted: 17 Aug 2013 09:46 AM PDT

Montreal: Kurang daripada seminggu selepas seekor ular sawa membelit dua kanak-kanak hingga mati, polis semalam menemui 40 ular berkenaan dari bilik sebuah hotel.

Chris Brown diarah kerja khidmat masyarakat 1,000 jam

Posted: 17 Aug 2013 09:45 AM PDT

Los Angeles: Penyanyi Chris Brown diarah melakukan kerja khidmat masyarakat selama 1,000 jam selepas hukuman pengawasan polis ke atasnya berpunca daripada kesalahannya menyerang kekasihnya ketika itu, Rihanna dikuatkuasakan semula.

Wanita kurung 2 lelaki dijel

Posted: 17 Aug 2013 09:44 AM PDT

Madison: Seorang wanita Wisconsin dipenjara selepas dituduh mengurung dua lelaki dan memaksa seorang daripadanya melakukan seks dengannya.

213 penumpang feri hilang

Posted: 17 Aug 2013 09:44 AM PDT

Cebu: Pihak berkuasa Filipina semalam melancarkan usaha mencari lebih 200 penumpang yang hilang selepas feri yang mereka naiki karam dalam pelanggaran dengan sebuah kapal kargo berhampiran Pelabuhan Cebu lewat kelmarin.

Dua anggota polis mati ditembak

Posted: 17 Aug 2013 09:44 AM PDT

Jakarta: Dua anggota polis mati ditembak lelaki tidak dikenali di bandar raya ini, beberapa hari selepas pasukan keselamatan melancarkan serbuan antikeganasan.

4 anggota keselamatan maut

Posted: 17 Aug 2013 09:43 AM PDT

Narathiwat: Empat anggota polis terbunuh semalam selepas sekumpulan anggota pemisah melontar bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka di daerah Rueso di wilayah selatan Thai ini.

Tentera kepung Masjid Al-Fatih

Posted: 17 Aug 2013 09:42 AM PDT

Kaherah: Beratus-ratus orang terperangkap awal semalam dalam ketegangan antara penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dengan tentera Mesir di sebuah masjid yang dijadikan rumah mayat sementara.

No comments:

Post a Comment