Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Amri tekad tebus hampa

Posted: 22 Aug 2013 09:34 AM PDT

Kuala Lumpur: Pertembungan antara Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok pasti menjanjikan saingan sengit kerana kedua-dua pasukan mahu memburu tiga mata sekali gus menebus kekecewaan pada perlawanan pembuka tirai.

Mourinho tunggu lepas perlawanan

Posted: 22 Aug 2013 09:17 AM PDT

London: Pengurus Chelsea Jose Mourinho berkata, beliau tidak akan mengemukakan tawaran baru dalam pemburuan untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney sebelum kedua-dua pasukan bertemu, awal pagi Selasa ini.

AVB nafi capai persetujuan

Posted: 22 Aug 2013 09:14 AM PDT

London: Andre Villas-Boas menafikan persetujuan dicapai untuk menjual Gareth Bale dengan rekod perpindahan dunia ke Real Madrid.

Everton tak terima bidaan baru

Posted: 22 Aug 2013 09:14 AM PDT

London: Pengurus Everton Roberto Martinez berkata, mereka tidak menerima sebarang bidaan lagi daripada Manchester United terhadap Marouane Fellaini dan Leighton Baines.

Saingan sengit peserta

Posted: 22 Aug 2013 09:12 AM PDT

Kuala Lumpur: Persaingan seimbang pada aksi Sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Kellie's Castle, Ahad menjanjikan cabaran sengit tanpa memberi kelebihan sama ada kepada pakar pendaki atau pakar pecut.

Klinik basikal bukit diteruskan

Posted: 22 Aug 2013 09:12 AM PDT

Kuala Lumpur: Selepas mendapat maklum balas positif pada Siri Sirkit 1 di Putrajaya, klinik pengendalian basikal bukit akan diteruskan pada Sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Kellie's Castle.

Pelumba TiRiders teruja

Posted: 22 Aug 2013 09:12 AM PDT

Ipoh: Kelab Berbasikal Teluk Intan (TiRiders) mahu membuatkan kehadirannya dalam sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-cuti 1Malaysia 2013 di Kellie`s Castle, Batu Gajah, Ahad ini, dirasai.

Tuah sekitar Kellie's Castle

Posted: 22 Aug 2013 09:06 AM PDT

Batu Gajah: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yakin penganjuran Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di sekitar Kellie's Castle, Ahad ini dapat menjana pelbagai bentuk aktiviti pelancongan berterusan.

GMTB tekad bukti kemampuan

Posted: 22 Aug 2013 09:04 AM PDT

Ipoh: Pasukan Geng MTBeskal (GMTB) dari Ipoh mahu buktikan penyertaan Sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Kellie's Castle, Batu Gajah, Ahad ini bukan sekadar sebagai pelengkap kejohanan.

'Saya tak mahu urus C&T'

Posted: 22 Aug 2013 09:03 AM PDT

Kuala Lumpur: Tan Aik Mong bertemu barisan jurulatih badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara buat kali kedua sejak Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih presiden baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM), namun beliau menafikan akan mengambil alih tanggungjawab Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T).

No comments:

Post a Comment