Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tandas jadi tempat tinggal

Posted: 26 Aug 2013 08:30 AM PDT

Shenyang: Berdepan dengan harga dan sewa rumah yang tinggi, sebuah keluarga menemui jalan aneh untuk mengatasi masalah kekurangan kediaman di sebuah daripada bandar raya terbesar China dengan mengubah suai tandas lelaki untuk dijadikan tempat tinggal.

Mayat lelaki disambar buaya ditemui

Posted: 26 Aug 2013 08:25 AM PDT

Sydney: Polis semalam menemui mayat lelaki yang disambar seekor buaya di utara Australia.

Profesor mati dipukul isteri dengan koleh

Posted: 26 Aug 2013 08:22 AM PDT

Tokyo: Seorang suri rumah memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan koleh kopi selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Ratusan hilang tempat kediaman

Posted: 26 Aug 2013 08:20 AM PDT

Yangon: Beratus-ratus penduduk Islam terpaksa berlindung sementara di sebuah sekolah selepas kediaman dan premis perniagaan mereka dibakar pelampau Buddha dalam keganasan agama terbaru di Myanmar.

Ketua FPI rela ditangkap

Posted: 26 Aug 2013 08:19 AM PDT

Jakarta: Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) Rizieq Shihab bersedia ditangkap berhubung gesaannya supaya kerajaan membatalkan pertandingan Ratu Cantik Dunia.

Lelaki mengamuk bunuh 4 orang

Posted: 26 Aug 2013 08:19 AM PDT

Beijing: Seorang lelaki yang tidak puas hati mengamuk di bandar raya di barat daya China, membunuh empat orang dan mencederakan 11 yang lain, kejadian terbaru serangan rambang di negara itu.

Jepun kerah jet pintas pesawat China

Posted: 26 Aug 2013 08:18 AM PDT

Tokyo: Jepun semalam mengerahkan jet pejuang untuk memintas pesawat kerajaan China yang terbang menuju ke pulau yang menjadi rebutan di timur Laut China.

Puluhan ribu tunjuk perasaan bantah rasuah

Posted: 26 Aug 2013 08:18 AM PDT

Manila: Puluhan ribu rakyat Filipina yang berang dengan amalan rasuah kerajaan berarak di tengah Manila dan bandar raya lain untuk menuntut pemansuhan dana yang disalahguna untuk projek ahli Parlimen.

Lelaki Arab kendali sindiket pelacuran di Makkah

Posted: 26 Aug 2013 08:16 AM PDT

Makkah: Suruhanjaya Pencegah Maksiat (Haia) menahan seorang warga Arab yang menjalankan sindiket pelacuran menggunakan wanita pelbagai negara yang menetap melebihi had visa mereka.

Saudi benar ambil amah

Posted: 26 Aug 2013 08:16 AM PDT

Riyadh: Kementerian Buruh Arab Saudi mengambil langkah mengakhiri pasaran gelap untuk pembantu rumah apabila membenarkan syarikat pengambilan pekerja asing membawa masuk amah daripada pelbagai negara bagi memenuhi permintaan.

No comments:

Post a Comment