Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Misteri beras lesap terjawab

Posted: 27 Aug 2013 11:49 AM PDT

Gombak: Kemusykilan seorang wanita apabila barang dapur termasuk beras di rumahnya sering hilang akhirnya terjawab apabila pembantu rumahnya, warga Sri Lanka yang baru sebulan bekerja di i Kampung Laksamana, Selayang, di sini menghilangkan diri bersama pelbagai barangan berharga milik majikannya yang dianggarkan bernilai hampir RM50,000.

Makan Bazar, BBB jadi produk pelancongan

Posted: 27 Aug 2013 11:46 AM PDT

Petaling Jaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merancang menjadikan projek Makan Bazar dan Big Box Boulevard (BBB) sebagai produk pelancongan baru di Lembah Klang.

OHDA perlu tampil kongsi kisah hidup

Posted: 27 Aug 2013 11:45 AM PDT

Kuala Lumpur: "Jangan hukum, jangan hina mereka," kata aktivis sosial, Tan Sri Mohd Zaman Khan ketika mengulas tindakan sesetengah pihak memberi pandangan negatif berhubung kisah orang yang hidup dengan HIV/AIDS (OHDA) dilaporkan Harian Metro, Isnin lalu.

'Bukan kerja kakitangan hospital'

Posted: 27 Aug 2013 11:44 AM PDT

Kuala Lumpur: Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan menerima aduan berkaitan kehilangan wang dan barangan kemas milik Salmah Othman, 54, dan memberitahu kes itu kini sedang disiasat polis.

Syor mohon bantuan OKU, BPT

Posted: 27 Aug 2013 11:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersimpati dengan nasib menimpa keluarga Salmah Othman, 54, apabila suaminya menderita angin ahmar sementara anak lelakinya pula kini koma empat bulan selepas dijangkiti kuman tibi.

No comments:

Post a Comment